Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi

Directions Website Contact the school

Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi Program SMSG(EDI) di Universiti Malaysia Terengganu menawarkan kursus-kursus yang kompetitif dan relevan dengan industri semasa khusus

Ada ke yg masih tgh fikir nak letak course apa dalam rayuan UPU?Ha, jgn pening2. Pilih Program Sarjana Muda Sains Gunaan...
19/08/2026

Ada ke yg masih tgh fikir nak letak course apa dalam rayuan UPU?

Ha, jgn pening2. Pilih Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi, UMT. Ada lagi kuota, dan kurang competitive…yelah kita kan kan negeri paling bahagia 😉

Psst: Ketua Program kata, siapa yang pilih dan Berjaya dapat rayuan SMSG(Elektronik dan Instrumentasi) dia nak belanja Zus. Nanti dah register kat UMT boleh tuntut kat dia 🤭 🤭 🤭

https://vt.tiktok.com/ZSVBvjQmt/

https://sites.google.com/umt.edu.my/teeftkkumt/home

17/08/2026

Adik-adik yang masih cari pilihan Rayuan UPU, boleh pertimbangkan:

🎓 Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik & Instrumentasi), UMT
Kod: UG6545001

✅ Masih ada kuota
✅ Terima Asasi, Matrikulasi dari aliran Sains & Sains Sosial
✅ Terima Diploma Politeknik, IPTS, DVM (KV) & DLKM pelbagai bidang

Jika cukup syarat, letak sebagai pilihan pertama untuk peluang lebih baik.

📞 Ketua Program: 011-230 40623
📝 Saringan awal: https://forms.gle/AbjGSZxdBbU4x2m47

16/08/2026

Kepada adik2 yg sdg isi rayuan UPU, Jom pilih UMT, program Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi) - UG6545001

Program kami masih ada kuota tau, kalau letak sebagai pilihan pertama, insyaAllah boleh dapat.

Program ni juga terima pelajar aliran sains dan juga sains sosial (sastera, ekonomi, STAM, geografi, sains sukan, etc). Diploma politeknik, IPTS, DVM, DLKM pun boleh apply 🫶🏻

Calon yang berminat, sila isi borang berikut untuk semakan awal kelayakan dan maklumat lanjut daripada pihak program:

https://forms.gle/ykTfZRbi2yG5McV87

📢 KUOTA MASIH ADA bagi program di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)🎓 Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instru...
15/08/2026

📢 KUOTA MASIH ADA bagi program di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

🎓 Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi) dengan Kepujian - SMSG(EDI) dK
📌 Kod UPU: UG6545001
Akreditasi penuh MBOT

💼 Laluan kerjaya yang luas dalam pelbagai industri teknologi: instrumetasi, automasi, Oil & Gas, pemprosesan, pembuatan, telekomunikasi, semikinduktor, IoT, tenaga terbaharu, dan banyak lagi

📣 RAYUAN UPU SEDANG DIBUKA!
📅 14 – 23 Ogos 2026
⏰ Tutup: 23 Ogos 2026 | 5.00 PETANG

👉 RAYU SEKARANG. Jangan tunggu saat akhir!

Boleh hubungi terus Ketua Program di talian 011-230 40623 untuk bantuan rayuan upu anda.

Calon yang berminat, juga boleh isi borang berikut untuk semakan awal kelayakan dan maklumat lanjut daripada pihak program:

https://forms.gle/ykTfZRbi2yG5McV87

14/08/2026

Keputusan UPU dah keluar

Ada x yang dapat
Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi), Universiti Malysia Terengganu? 😉

14/08/2026
Jom join Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi untuk peluang menyertai program inovasi & aktivi...
17/05/2026

Jom join Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi untuk peluang menyertai program inovasi & aktiviti2 menarik sepanjang pengajian.

🏅 Tahniah Pelajar Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi FTKK! 🏅

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Azfar Danial Bin Zulkifli dan Ahmad Firdaus Bin Badrul Hisham, pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi), atas kejayaan meraih Gold Medal melalui projek Oceanic Order: Navigate and Learn dalam Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition (Pi-ENVEX 2026).

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar EDI bukan sahaja cemerlang dalam bidang elektronik dan instrumentasi, malah mampu menyumbang kepada inovasi teknologi maritim melalui pembangunan aplikasi pintar untuk pembelajaran, navigasi, keselamatan dan penjejakan kapal secara masa nyata.

Syabas kepada semua ahli kump**an dan penyelia projek.
EDI FTKK terus cemerlang! ⚡🌊




Jom dengar p**a cerita Sofia!Sofia merupakan pelajar lepasan Diploma dari Germany-Malaysia Institute (GMI) yang kini men...
07/05/2026

Jom dengar p**a cerita Sofia!

Sofia merupakan pelajar lepasan Diploma dari Germany-Malaysia Institute (GMI) yang kini menyambung pengajian dalam Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi di UMT - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan - FTKK, UMT ⚡

Kini, Sofia berada di Tahun 3 semester akhir sebelum menjalani Latihan Industri selama 6 bulan dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan sebagai graduan dalam bidang elektronik dan instrumentasi.

✨ Dari diploma ke degree, dari minat ke kerjaya masa depan.
Tunggu apa lagi?

Jadikan Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi sebagai pilihan pertama UPU anda 🥰

📌 Kod UPU: UG6545001

Siapa yang layak memohon?
✅ STPM (Sains, Perakaunan, Sastera, Ekonomi, Perniagaan, Geografi dan lain-lain)
✅ Diploma berkaitan
✅ Matrikulasi (Sains, Perakaunan dan lain-lain)
✅ STAM
✅ DVM
✅ DLKM

💡 Mungkin hari ini anda hanya sedang memilih program… tetapi pilihan itu boleh menentukan masa depan anda.

Check out TEE.UMT’s video.

Dari seorang pelajar Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi,  Ts. Dr. Arunkumar Subramaniam kini...
04/05/2026

Dari seorang pelajar Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi, Ts. Dr. Arunkumar Subramaniam kini merupakan Head of Measurement and Automation Technology di KURZ Production Sdn. Bhd.

Ingin menjadi seperti Ts. Dr. Arun—pakar dalam sistem pengukuran, automasi industri serta pengaturcaraan PLC, HMI dan SCADA?

Jika ya, mulakan langkah anda bersama kami di UMT - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan - FTKK🚀

Jadikan Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi sebagai pilihan pertama UPU anda
📌 Kod UPU: UG6545001

Siapa layak memohon?
STPM: Sains, Sastera, Ekonomi, Perniagaan, Geografi, etc ✅
Diploma: ✅
Matrikulasi: Sains, Akaun, etc ✅
STAMP: ✅
DVM: ✅
DLKM: ✅

“Mungkin hari ini anda hanya bermula… tapi suatu hari nanti, anda p**a yang menjadi inspirasi.” 💡

39 likes, 9 comments. “Saudara Arunkumar Alumni EDI Batch 2017 yang sekarang merupakan Head of Department Measurement and Automation Technology di Kurz Production Sdn Bhd. Tunggu apa lagi? Jom masuk program EDI dan jadikan ia pilihan no 1 anda.”

12/02/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada
Nurul Ain Husna Binti Razali,
Pelajar Tahun 4, Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, FTKK, Universiti Malaysia Terengganu atas kejayaan cemerlang meraih Anugerah Atlet Terbaik 2023 & 2024 serta Anugerah Sukan MASUM 2023/2024 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 🥳

Kejayaan ini mencerminkan keseimbangan kecemerlangan akademik dan kokurikulum, selari dengan aspirasi pembangunan mahasiswa holistik UMT.





Address

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kuala
21030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Program Sarjana Muda Sains Gunaan - Elektronik & Instrumentasi:

Shortcuts

Share

Category