UMT - Universiti Malaysia Terengganu

UMT - Universiti Malaysia Terengganu

Share

For more details: https://linktr.ee/officialumt

Ocean of Discoveries, for Global Sustainability Kini KUSTEM di kenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan

Photos from Naib Canselor UMT's post 25/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐‡๐€๐‰๐€๐“ & ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐€๐’๐ˆ๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‰๐”๐๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐”๐Œ๐“

25 Jun 2026

Berkesempatan bersama warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan para pesara dalam Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena Sambutan Jubli Perak UMT di Pusat Islam Sultan Mahmud pagi tadi.

Kehadiran yang amat memberangsangkan mencerminkan rasa kebersamaan dan kasih sayang seluruh warga terhadap universiti yang kita cintai ini.

Majlis yang penuh penghayatan ini menjadi wadah untuk kita menzahirkan rasa syukur atas perjalanan 25 tahun UMT serta memanjatkan doa agar universiti ini terus dikurniakan keberkatan, perlindungan dan kejayaan yang berterusan. Semoga UMT sentiasa teguh melangkah ke hadapan, melahirkan generasi berilmu, memacu kecemerlangan akademik dan penyelidikan, serta terus memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga setiap doa dan munajat yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT, demi kesejahteraan dan kegemilangan UMT pada masa hadapan.

Pautan gambar Media Kreatif UMT : https://www.facebook.com/share/p/17trAcYQbp/?mibextid=wwXIfr


*************************************************

SOLAT HAJAT & YAASIN RECITATION CEREMONY IN CONJUNCTION WITH UMT'S SILVER JUBILEE CELEBRATION

This morning, the Sultan Mahmud Islamic Centre hosted the Solat Hajat and Yaasin recitation ceremony. The event was held in proud celebration of UMT's Silver Jubilee.

The highly encouraging attendance reflects the sense of togetherness and affection that the entire community holds for our beloved university.
This deeply moving ceremony served as a platform for us to express our gratitude for UMT's 25-year journey, and to offer prayers for the university to be continuously granted blessings, protection, and ongoing success.

May UMT always step forward stronglyโ€”nurturing knowledgeable generations, driving academic and research excellence, and continuing to benefit society and the nation.
Thank you to everyone who attended and made this event a success. May every prayer and supplication offered be accepted by Allah SWT for the future well-being and glory of UMT.

25/06/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŽ‰ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐ŸŽ‰๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

Jom sertai pelbagai aktiviti menarik dalam program ๐’๐ž๐ง๐š๐ฆ๐ซ๐จ๐›๐ข๐ค & ๐‚๐จ๐ฅ๐จ๐ฎ๐ซ ๐‘๐ฎ๐ง ๐”๐Œ๐“ sempena Sambutan Jubli Perak UMT 2026!

๐Ÿ“… 26 Jun 2026 (Jumaat)
โฐ 7.30 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT
๐ŸŽŸ๏ธ Masuk Percuma

Pelbagai acara tradisional dan santai menanti anda!

๐Ÿค ACARA BERPASUKAN
โœ… Rakit Darat
โœ… Tapak Gajah
โœ… Gelek Rim Basikal
โœ… Kaki Hantu
โœ… Terompah Gasi
โœ… Lambungan Kasih Sayang
โœ… Lari Dalam Guni
โœ… Makan Biskut
โœ… Bola Sepak Penalti
โœ… Bola Jaring Penalti

๐Ÿ‘ค ACARA INDIVIDU
โœ… Selambut
โœ… Congkak

๐ŸŽ Cabutan Bertuah Istimewa menanti para peserta dengan pelbagai hadiah menarik!

๐Ÿ‘• T-Shirt Percuma untuk 500 peserta terawal
(*terhad kepada staf UMT sahaja)

๐Ÿ“ฒ Penyertaan terbuka kepada staf dan keluarga, pelajar serta komuniti setempat.
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Puan Siti Zainab
011-3537 5334

Ayuh bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan suasana, mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan sempena Sambutan Jubli Perak UMT 2026!


Photos from Media UMT's post 25/06/2026

๐๐จ๐ฌ๐ญ๐š๐ฅ๐ ๐ข๐š ๐๐ˆ๐’๐Œ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐›๐ฅ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐”๐Œ๐“

Setiap universiti mempunyai tempat istimewa yang menyimpan cerita, kenangan dan perjalanan warganya. Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), salah satu lokasi yang begitu dekat di hati warga kampus ialah Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM).

Bagi ribuan alumni yang pernah menuntut ilmu di sini, nama PISM pasti mengundang nostalgia tersendiri. Di sinilah mereka menunaikan solat berjemaah bersama rakan-rakan sekuliah, menghadiri kuliah agama, berbuka puasa sepanjang Ramadan, menyertai program kerohanian, malah ada yang menjadikan ruang ini sebagai tempat mencari ketenangan ketika berdepan cabaran kehidupan sebagai mahasiswa.

Bagi staf p**a, PISM bukan sekadar tempat menunaikan kewajipan harian, tetapi menjadi ruang pertemuan yang merapatkan silaturahim sesama warga kerja. Sementara bagi masyarakat sekitar, pusat islam ini sentiasa terbuka sebagai institusi yang menyatukan komuniti melalui pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Sejak mula digunakan hampir dua dekad lalu, Pusat Islam Sultan Mahmud berkembang seiring perjalanan UMT yang kini memasuki usia 25 tahun. Dengan kapasiti hampir 4,000 jemaah pada satu-satu masa, ia menjadi antara pusat ibadah utama yang sentiasa hidup dengan pelbagai pengisian ilmu dan aktiviti kerohanian.

Jika dinding dan tiangnya mampu berbicara, pasti ada ribuan kisah yang boleh diceritakan. Kisah mahasiswa tahun pertama yang pertama kali menjejak kaki ke kampus. Kisah graduan yang datang menunaikan solat syukur selepas tamat pengajian. Kisah warga universiti yang berkumpul memanjatkan doa ketika negara berdepan ujian. Malah, tidak kurang juga kisah alumni yang kembali semula ke kampus setelah bertahun-tahun meninggalkan menara gading.

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UMT, satu perubahan yang cukup signifikan berlaku di ruang solat utama PISM apabila karpet asal yang digunakan sejak penubuhannya digantikan buat pertama kali.

Bagi mereka yang pernah belajar atau bekerja di UMT, hamparan karpet kekuningan yang menjadi identiti ruang solat utama itu tentunya masih segar dalam ingatan.

Kini, selepas hampir 20 tahun berkhidmat, karpet tersebut digantikan dengan wajah baharu yang lebih segar dan moden. Menariknya, karpet baharu itu menampilkan corak floral berinspirasikan bunga Telipot yang cukup sinonim dengan negeri Terengganu.

Pemilihan corak tersebut bukan sekadar memberi sentuhan estetik kepada ruang ibadah, malah membawa identiti tempatan yang dekat dengan jiwa masyarakat setempat.

Di sebalik pemilihan reka bentuk itu, tersimpan satu kisah menarik yang menggambarkan identiti unik UMT sebagai universiti yang terkenal dengan bidang kelautan dan marin.

Ketika berucap pada Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun UMT, Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim mendedahkan bahawa pada peringkat awal, pihak universiti sebenarnya bercadang untuk memasukkan elemen marin dalam rekaan karpet tersebut.

"Pada asalnya, kita mahu tonjolkan identiti UMT yang berfokus marin dengan meletakkan corak Sea Fans pada garisan saf, tetapi ia tidak sesuai setelah mendapat nasihat daripada pihak berautoriti kerana Sea Fans merupakan kump**an haiwan," katanya.

Akhirnya, bunga Telipot dipilih sebagai alternatif yang lebih sesuai, sekali gus mengekalkan elemen alam semula jadi yang dekat dengan identiti Terengganu serta suasana kampus UMT yang dikelilingi kehijauan dan keindahan pesisir pantai.

Walaupun kelihatan seperti perubahan kecil, pertukaran karpet ini sebenarnya membawa makna yang lebih besar. Ia melambangkan perjalanan masa dan kematangan sebuah institusi yang sentiasa bergerak ke hadapan tanpa melupakan sejarah dan akar budayanya.

Sempena sambutan Jubli Perak ini juga, seluruh warga UMT, alumni dan komuniti sekitar dijemput hadir memeriahkan Forum Perdana Khas Jubli Perak UMT yang akan berlangsung pada 25 Jun 2026 di Pusat Islam Sultan Mahmud. Program tersebut dijangka menghimpunkan warga kampus dan masyarakat dalam suasana penuh ilmu, refleksi serta kesyukuran atas perjalanan suku abad UMT.

Mungkin bagi sesetengah orang, PISM hanyalah sebuah bangunan. Namun bagi mereka yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMT, ia jauh lebih daripada itu. Di sinilah tersimpan ribuan doa, harapan dan kenangan yang merentasi generasi.

25/06/2026

Hebahan Discovery UMT 2026 x FTKK TechXperience 2.0

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu menjemput anda untuk hadir ke reruai FTKK sempena Discovery UMT 2026 dan merasai pengalaman menarik melalui FTKK TechXperience 2.0.

Pengunjung khususnya lepasan STPM berpeluang untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai program pengajian, konsultasi peluang kerjaya, serta mengenali dengan lebih dekat projek, inovasi dan aktiviti interaktif yang ditawarkan oleh FTKK.

Antara program pengajian yang ditawarkan di FTKK ialah:
โœ… Sarjana Muda Sains Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan Teknologi Persekitaran (Kepujian)
โœ… Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik & Instrumentasi) dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga dan Kuasa) dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dengan Kepujian
โœ… Program Ijazah Dual

Menariknya, melalui FTKK TechXperience 2.0, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti:
๐Ÿ”น Sudut Informasi Program UG FTKK
๐Ÿ”น Boat Simulator, Model Kapal dan Underwater Drone
๐Ÿ”น Demonstrasi 3D Printing
๐Ÿ”น TEE Tech Quest: Circuit and Detective Challenge
๐Ÿ”น Model Penjana Tenaga Boleh Diperbaharui dan Demonstrasi Alat & Teknologi Alam Sekitar

๐Ÿ“ Tempat: Dewan Sultan Mizan, UMT
๐Ÿ“… Tarikh: 25โ€“28 Jun 2026
๐ŸŒŸ Acara: Discovery UMT 2026

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka dunia inovasi, teknologi dan masa depan bersama FTKK.
Jumpa kami di reruai FTKK!

Hebahan Discovery UMT 2026 x FTKK TechXperience 2.0

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu menjemput anda untuk hadir ke Booth FTKK sempena Discovery UMT 2026 dan merasai pengalaman menarik melalui FTKK TechXperience 2.0.

Di booth FTKK, para pengunjung khususnya lepasan STPM berpeluang untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai program pengajian, konsultasi peluang kerjaya, serta mengenali dengan lebih dekat projek, inovasi dan aktiviti interaktif yang ditawarkan oleh FTKK.

Antara program pengajian yang ditawarkan di FTKK ialah:
โœ… Sarjana Muda Sains Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan Teknologi Persekitaran (Kepujian)
โœ… Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik & Instrumentasi) dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga dan Kuasa) dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian
โœ… Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dengan Kepujian
โœ… Program Ijazah Dual

Menariknya, melalui FTKK TechXperience 2.0, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti:
๐Ÿ”น Sudut Informasi Program UG FTKK
๐Ÿ”น Boat Simulator, Model Kapal dan Underwater Drone
๐Ÿ”น Demonstrasi 3D Printing
๐Ÿ”น TEE Tech Quest: Circuit and Detective Challenge
๐Ÿ”น Model Penjana Tenaga Boleh Diperbaharui dan Demonstrasi Alat & Teknologi Alam Sekitar

๐Ÿ“ Tempat: Dewan Sultan Mizan, UMT
๐Ÿ“… Tarikh: 25โ€“28 Jun 2026
๐ŸŒŸ Acara: Discovery UMT 2026

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka dunia inovasi, teknologi dan masa depan bersama FTKK.
Jumpa kami di Booth FTKK!

25/06/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“, ๐’๐„๐๐€๐Œ๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐Ž๐‹๐Ž๐”๐‘ ๐‘๐”๐

Semua staf & keluarga, pelajar serta komuniti dijemput hadir bagi memeriahkan program Sukan Rakyat yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

๐Ÿ“… 26 Jun 2026 (Jumaat)
โฐ 7.30 pagi โ€“ 12.00 tengahari
๐Ÿ“ Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT

๐ŸŽฏ Jangan lepaskan peluang! Rebut peluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM4,000 dengan pelbagai ganjaran menarik menanti anda termasuk gold bar, basikal, peralatan elektrik dan pelbagai hadiah istimewa yang pasti mengujakan!

25/06/2026

Sempena sambutan Jubli Perak Universiti Malaysia Terengganu, jom kita temubual salah seorang Pro Naib Canselor kita, iaitu Profesor Ts. Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir.

Jom kita dengar perkongsian pengalaman Prof. Mohd Fadzil sepanjang berkhidmat di UMT Cita Warisan dan harapan beliau sempena sambutan Jubli Perak kali ini!

UMT menerajui agenda ekonomi biru negara!

Photos from Media Kreatif UMT's post 25/06/2026

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN

25/06/2026

๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐๐ˆโ€ผ๏ธ

Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Sambutan Jubli Perak UMT

Assalamualaikum wbt,

Marilah kita sama-sama hayati inspirasi dan harapan 25 tahun UMT melalui perkongsian ilmu Forum Perdana Ehwal Islam:

๐Ÿ—“๏ธ25 Jun 2026 (Khamis)
โฐ8.30 malam
๐Ÿ•ŒMasjid UMT

๐“๐š๐ฃ๐ฎ๐ค:
"๐Š๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐Š๐š๐ข๐ฅ ๐๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐ฃ๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ...โ€

Ahli Panel:
๐ŸŽ™๏ธDatoโ€™ Dr Haji Zulkifly bin Muda,
Mantan M***i Terengganu
๐ŸŽ™๏ธUstaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin,
Pengarah YADIM Terengganu
๐ŸŽ™๏ธProf. Ts. Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir,
Pro Naib Canselor (Strategi, Prestasi, Korporat), UMT

Moderator:
๐ŸŽคHaji Zukiferee bin Ibrahim,
Pengarah, Pejabat Komunikasi Korporat, UMT

Semua dijemput hadir.

๐ŸŽCabutan bertuah menarik menanti anda!

Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT,
Pejabat Komunikasi Korporat, UMT

25/06/2026

๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ ๐„๐•๐„๐‘๐˜ ๐’๐“๐„๐ ๐‚๐Ž๐”๐๐“๐’! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ

Jom sertai ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐…๐ข๐ณ๐ข๐ค๐š๐ฅ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š (๐–๐จ๐๐€๐ƒ) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT)!

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda.

๐Ÿ“… 27 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ 7.30 pagi โ€“ 3.00 petang
๐Ÿ“ Tapak Pesta Konvokesyen UMT

โœจ Antara aktiviti yang bakal berlangsung:
๐Ÿšถ 1.5 KM Langkah Santai
๐Ÿ’ช Ultimate Fitness Challenge
๐Ÿคธ Aerobithon 2 Jam
๐ŸŽฏ Sukaneka Kesihatan
๐Ÿ… Cabaran Sukan Sihat
โ™ฟ Wellness on Wheels (WoW)
๐Ÿฆท Karavan Kesihatan Pergigian
๐Ÿง  Kuiz & Cabaran Kesihatan
๐Ÿ“š Pameran Interaktif
๐ŸŽ Cabutan Bertuah

๐ŸŽ“ Pelajar UMT juga berpeluang memperoleh Merit MyStar!

Majlis akan disempurnakan oleh:
YBhg. Dato' Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

bersama

YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim
Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu

Ayuh jadikan setiap langkah lebih bermakna ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif!


24/06/2026

Selamat datang adik-adik pelajar baharu asasi STEM dan Diploma Perikanan ke UMT Cita Warisan ๐Ÿ’œ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu sesi 2026/27!

Pendaftaran hampir mencecah 800 orang pelajar baharu pada โ€˜intakeโ€™ kali ini. Semoga perjalanan ini menjadi batu loncatan buat kalian menjadi insan yang berilmu dan memberi manfaat kepada orang sekeliling!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Universiti Malaysia
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Sunday 07:30 - 17:30