Terengganu Strategic & Integrity Institute - TSIS

Directions Website

Terengganu Strategic & Integrity Institute - TSIS Badan Pemikir Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) wujud hasil gabungan di antara Terengganu Development Institute (TDI) dengan Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) pada 1 Januari 2011 dan telah diperbadankan pada 20 Februari 2011 di bawah Akta Syarikat 1965. TSIS pada awal penubuhan dikenali dengan Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sebelum dijenamakan semula pada 9 Mac 2015. Beroperasi di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu, TSIS diterajui oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu oleh seramai 60 orang pegawai dan kakitangan. TSIS ditubuhkan bertujuan untuk menjadi pemikir utama dalam merancang, meneliti dan mencadangkan dasar-dasar yang cekap untuk kemajuan negeri terengganu.

๐‹๐๐“๐Ÿ: ๐‘๐Œ๐Ÿ.๐Ÿ’๐Ÿ‘ ๐›๐ข๐ฅ๐ข๐จ๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ค๐š๐ข.๐‹๐๐“๐Ÿ‘: โ€œ๐Š๐ž๐ค๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง.โ€LPT2 dan LPT3 terus menjadi isu yang sering dibangkitkan ...
25/09/2026

๐‹๐๐“๐Ÿ: ๐‘๐Œ๐Ÿ.๐Ÿ’๐Ÿ‘ ๐›๐ข๐ฅ๐ข๐จ๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ค๐š๐ข.
๐‹๐๐“๐Ÿ‘: โ€œ๐Š๐ž๐ค๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง.โ€

LPT2 dan LPT3 terus menjadi isu yang sering dibangkitkan dan dibahaskan di Parlimen.

๐—Ÿ๐—ฃ๐—ง๐Ÿฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ผ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ.๐Ÿฐ๐Ÿฏ ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฃ๐—ง๐Ÿฏ, ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป โ€œ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ปโ€ ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜„๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป.

Rentetan perbahasan ini membawa kepada persoalan yang lebih besar: bagaimanakah keutamaan pembangunan infrastruktur antara negeri sebenarnya ditentukan?

Di beberapa negara, pengagihan fiskal dan keperluan pembangunan wilayah menggunakan formula serta indikator yang lebih tersusun, antaranya mengambil kira jumlah penduduk, jurang pembangunan, kapasiti fiskal, kos penyediaan perkhidmatan serta faktor geografi. Pendekatan sebegini membantu mengurangkan kebergantungan kepada pertimbangan secara budi bicara dan percaturan politik.

๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ท๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—น๐˜‚๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐˜๐˜‚๐—ฟ ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ, ๐˜€๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ณ๐—ถ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ, ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต.

๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜๐˜†๐—น๐—ฒ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜, ๐—š๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—›๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—ง๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ตPernah rasa gaji dah naik, tapi masih rasa duit tak c...
24/09/2026

๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜๐˜†๐—น๐—ฒ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜, ๐—š๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—›๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—ง๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต

Pernah rasa gaji dah naik, tapi masih rasa duit tak cukup?

Apabila pendapatan meningkat, gaya hidup dan corak perbelanjaan juga boleh berubah secara beransur-ansur tanpa disedari. Perubahan kecil yang berterusan boleh menyebabkan komitmen dan perbelanjaan meningkat.

Fenomena ini dikenali sebagai ๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜๐˜†๐—น๐—ฒ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜๐˜†๐—น๐—ฒ ๐—–๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฝ.

Lebih membimbangkan, bukan sahaja simpanan gagal bertambah, malah simpanan yang sebelum ini berjaya dikumpulkan juga boleh mula digunakan untuk menampung perbelanjaan.

๐Ÿ’ก Salah satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan ialah memperuntukkan ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐˜‚๐˜€ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป, sebagai tambahan kepada simpanan sedia ada.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜, ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ด๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—บ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—›๐—”๐—• ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—›๐—œ๐—๐—”๐—จ ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐— ๐—ข๐—ก๐—œ๐—” ๐—›๐—œ๐—๐—”๐—จKerajaan Negeri Terengganu kini melangkah ke h...
23/09/2026

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—›๐—”๐—• ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—›๐—œ๐—๐—”๐—จ ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐— ๐—ข๐—ก๐—œ๐—” ๐—›๐—œ๐—๐—”๐—จ

Kerajaan Negeri Terengganu kini melangkah ke hadapan dalam agenda peralihan tenaga hijau menerusi penerokaan projek Ammonia Hijau, Mini-Hidro, dan Tenaga Boleh Baharu (RE) berskala besar, menepati Pelan Teknologi Hijau Terengganu (PITiH2030) yang dirancang Kerajaan Negeri dibawah Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Langkah strategik ini turut mendapat perhatian antarabangsa apabila Terengganu dijemput membentangkan inisiatif ini di Ibu Pejabat International Maritime Organization (IMO), London bersempena persidangan 12th Session of the IMO Sub-Committee on Carriage of Cargoes and Containers (CCC 12) dengan kerjasama syarikat multinasional dan swasta pada 15 & 16 September 2026.

Impak & Inisiatif Utama:
1. Ammonia Hijau sebagai Green Bunkering: Memanfaatkan sumber air tempatan sebagai feedstock untuk membekalkan bahan api maritim rendah karbon bagi perkapalan antarabangsa.

2. Sokongan Mini-Hidro: Penjanaan tenaga bersih berterusan bagi menyokong operasi unit elektrolisis dan pemprosesan ammonia.

3. Peluang Pelaburan & Kerjaya: Membuka rantaian nilai holistik (huluan ke hiliran), menarik pelaburan berimpak tinggi, dan mewujudkan peluang pekerjaan kemahiran tinggi tempatan.

Dengan kedudukan geografi yang strategik dan sumber semula jadi yang kaya, Terengganu bersedia memimpin rantaian nilai tenaga hijau di rantau Asia Tenggara.

Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob
Pakar Perunding TSIS

๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ถ๐—ป๐—ถ.Kata beliau...
23/09/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ถ๐—ป๐—ถ.

Kata beliau, โ€œSaya amat berharap agar acara dan hiburan yang diadakan di negeri ini benar-benar menjadi platform yang merehatkan jiwa, menyegarkan minda dan menyejahterakan masyarakat ke arah mencapai keredaan Allah SWT.โ€

Kenyataan ringkas beliau ini bukan sahaja menggambarkan keterbukaan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap penganjuran sebarang acara dan hiburan di negeri ini, malah lebih penting menggariskan โ€˜benchmarkโ€™ bagi setiap acara dan hiburan yang diadakan itu. Penanda aras ini bukan sahaja perlu menjadi panduan penting kepada pihak penganjur, bahkan lebih mustahak untuk diterjemahkan dahulu terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), melalui pelesenan dan pengawalseliaan supaya meningkatkan kepatuhan terhadap enakmen, kaedah-kaedah dan garis panduan yang berkenaan.

Namun, apabila berulang kali berlaku isu ketidakpatuhan ini sehingga mencetuskan kontroversi awam, tanpa dinafikan bahawa pihak penganjur memang patut dipertanggungjawabkan atas kesalahan itu, persoalan yang lebih besar yang perlu dijawab ialah sejauh manakah kerangka tadbir urus dan amalan sedia ada di peringkat PBT benar-benar berkesan dalam menangani isu ini lebih-lebih lagi sebelum acara atau hiburan itu dilangsungkan?

Ikuti kupasan penuh dari perspektif TSIS menerusi penulisan En. Mohd Eikhwan M. Ali, Pegawai Eksekutif Strategi TSIS.

Saya masih teringat dan sangat tertarik dengan ucapan Menteri Besar Terengganu dalam satu majlis sebelum ini. Kata beliau, โ€œSaya amat berharap agar acara dan hiburan yang diadakan di negeri ini benar-benar menjadi platform yang merehatkan jiwa, menyegarkan minda dan menyejahterakan masyarakat ke a...

MEMBINA MASA DEPAN PELANCONGAN HALAL: PERSPEKTIF DARI WHATOC KRABI 2026Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)...
23/09/2026

MEMBINA MASA DEPAN PELANCONGAN HALAL: PERSPEKTIF DARI WHATOC KRABI 2026

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) telah menyertai World Halal & Tourism Conference (WHATOC Krabi 2026) yang berlangsung pada 2 hingga 5 September 2026 di Krabi, Thailand.

Penyertaan ini membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan pengalaman rentas negara mengenai perkembangan pelancongan halal dan mesra Muslim.

Namun, lebih daripada sekadar penyertaan, terdapat satu perspektif utama;

Masa depan pelancongan halal bukan lagi sekadar mengenai makanan halal dan kemudahan solat, tetapi tentang pembinaan sebuah ekosistem pelancongan yang dipercayai, bermakna, inklusif dan lestari.

10 perspektif utama daripada WHATOC Krabi 2026 dirumuskan untuk melihat bagaimana perubahan ini boleh diterjemahkan dalam konteks pembangunan pelancongan Terengganu.

Bagi Terengganu, pendekatan ini membuka ruang untuk menghubungkan warisan Islam, identiti Melayu, alam semula jadi, komuniti dan produk halal sedia ada bagi membentuk pengalaman pelancongan yang lebih bermakna dan bernilai.

Daripada pematuhan kepada pengalaman.
Daripada pengalaman kepada makna.
Daripada pelancongan kepada pembangunan ekosistem ekonomi dan komuniti.


๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐——๐—œ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”โ€œKenapa saya sudah tidak seronok bekerja?โ€ Persoalan ini merupakan antara signal hila...
23/09/2026

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐——๐—œ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

โ€œKenapa saya sudah tidak seronok bekerja?โ€

Persoalan ini merupakan antara signal hilang motivasi di tempat kerja.

Teori Penentuan Kendiri (Self-determination theory) mula diperkenalkan oleh ahli psikologi Edward Deci dan Richard Ryan sejak tahun 1980-an, dan kekal relevan sehingga kini. Menurut teori ini, motivasi bukan sesuatu yang wujud secara automatik dalam diri pekerja. Ia bergantung kepada sejauh mana tiga keperluan psikologi asas mereka dipenuhi.

3 Keperluan Psikologi Asas tersebut ialah :

1. Autonomi : Rasa mempunyai kawalan dan pilihan dalam cara kerja dilakukan, bukan sekadar mengikut arahan tanpa ruang untuk berfikir

2. โ Kecekapan - Rasa mampu dan berjaya melaksanakan tugas, hasil daripada peluang berkembang dan diberi cabaran yang sesuai.

3. โ Hubungan Sosial - Rasa disokong, dihargai dan menjadi sebahagian daripada pasukan.

Kajian meta-analisis oleh Hagger & Star (2026) mengesahkan bahawa teori ini turut terpakai secara konsisten di tempat kerja. Di sinilah peranan bos menjadi penentu.
Kajian mendapati bahawa apabila pemimpin secara aktif menyokong ketiga-tiga keperluan ini, ia secara langsung mendorong motivasi kendiri pekerja iaitu jenis motivasi yang datang dari dalam (bukan kerana takut ditegur atau sekadar mengejar bonus).

Motivasi kendiri ialah perkara paling konsisten diterjemahkan kepada prestasi dan kesejahteraan yang lebih baik.

Jadi, jika pasukan kita berdepan krisis burnout atau hilang semangat, mungkin yang perlu kita tanya ialah,
Bagaimanakah kita dapat memenuhi keperluan asas psikologi ini terhadap pekerja kita.

Sokongan pemimpin dalam memenuhi autonomi, kecekapan dan hubungan sosial pekerja amat signifikan untuk kesejahteraan organisasi.

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ72.3% daripada 65 inisiatif Belanjawan Terengganu 2026 telah diambil t...
22/09/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

72.3% daripada 65 inisiatif Belanjawan Terengganu 2026 telah diambil tindakan atau selesai. Perkembangan ini menjadi antara fokus utama dalam Mesyuarat ICC-KGI Bil. 2/2026 yang berlangsung semalam di Bilik Gerakan, Tingkat 17, Wisma Darul Iman.

Dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, mesyuarat meneliti perkembangan semasa pelaksanaan inisiatif Belanjawan 2026 serta perkara-perkara yang masih memerlukan perhatian dan tindakan lanjut.

Walaupun sebahagian besar inisiatif telah menunjukkan perkembangan positif, masih terdapat inisiatif yang berada pada peringkat perancangan. Justeru, gerak kerja pelaksanaan akan terus diperkemas dan diberi penumpuan bagi memastikan baki inisiatif dapat diselesaikan menjelang akhir tahun.

Sebagai Sekretariat ICC-KGI, TSIS terus menyokong proses penyelarasan, pemantauan dan pelaporan kemajuan pelaksanaan, supaya setiap inisiatif dapat bergerak dengan lebih tersusun dan berfokus.

Yang dirancang perlu dilaksanakan.
Yang dilaksanakan perlu dipantau.
Dan yang memberi manfaat kepada rakyat perlu dipastikan keberhasilannya.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ.Hakikatnya dalam organisasi, stra...
22/09/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฟ.

Hakikatnya dalam organisasi, strategi menentukan destinasi, manakala operasi adalah kenderaan yang membawanya sampai. Cabaran utama bukan pada memilih mana yang lebih penting, tetapi bagaimana memastikan keupayaan strategik dan kecekapan operasi bergerak seirama tanpa ada jurang pemisah.

Jemput baca perkongsian ringkas mengenai kepentingan menyelaraskan hala tuju dan tindakan ini.

https://tsis.terengganu.gov.my/think-strategically-execute-operationally/

Dalam sesebuah organisasi, kejayaan bukan hanya bergantung kepada sejauh mana baiknya sesuatu perancangan, tetapi juga kepada sejauh mana perancangan tersebut diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan. Di sinilah pentingnya memahami perbezaan antara strategi dan operasi.

Tahukah anda?Di Terengganu, terdapat 40 Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang merangkumi:๐Ÿข 32 Pusat Khidmat Masyarakat ADU...
22/09/2026

Tahukah anda?

Di Terengganu, terdapat 40 Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang merangkumi:

๐Ÿข 32 Pusat Khidmat Masyarakat ADUN
๐Ÿ›๏ธ 8 Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen

Ini bermakna setiap kawasan DUN dan Parlimen di negeri kita mempunyai saluran perkhidmatan setempat untuk rakyat mendapatkan khidmat, menyampaikan aduan serta membawa perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan.

Selaras dengan visinya, PKM berusaha menjadi peneraju dalam memberikan perkhidmatan yang membantu memajukan negeri dan menyejahterakan rakyat.

Antara misi utama PKM adalah untuk:

โœ… Menjadi pusat perkhidmatan rakyat yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri.
โœ… Membantu menangani permasalahan rakyat sebaik mungkin.
โœ… Menjadi penghubung dan pemudah cara antara rakyat, wakil rakyat serta kerajaan.
โœ… Mewujudkan persekitaran pejabat dan budaya kerja yang kemas, seragam dan mesra rakyat.

Di sebalik perjalanan setiap PKM, usaha penyelarasan pengurusan wajar dilaksanakan secara teratur oleh bagi memastikan operasi dan penyampaian perkhidmatan berjalan dengan lancar serta berkesan.

๐—ญ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ต๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ, ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜‚๐—ต ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ?๐Ÿค”Biar pun teknologi makin c...
20/09/2026

๐—ญ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ต๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ, ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜‚๐—ต ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ?๐Ÿค”

Biar pun teknologi makin canggih, media konvensional tetap berdiri teguh sebagai rujukan utama untuk berita yang berautoriti dan sahih.

Memang betul ada cabaran seperti kos yang tinggi dan penyampaian yang sekadar sehala, akan tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa media konvensional masih relevan.

Address

Bangunan TSIS, Jalan Kemajuan
Kuala
20300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu Strategic & Integrity Institute - TSIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share