01/06/2026
KERIANGAN & MEMORI INDAH SAMBUTAN HARI GURU MADRASAH DARUL FALAH 🎉 ✨
Alhamdulillah. Selesai sudah Sambutan Hari Guru Madrasah Darul Falah Sesi 2026. Sambutan hari guru disambut dengan meriah sekali dengan pelbagai aktiviti.
Bermula dengan beberapa hari sebelumnya iaitu sesi undian murid bagi memilih ikon guru mengikut kategori yang dipertandingkan. Antara kategori yang dipertandingkan ialah kategori Guru Paling Penyayang, Guru Paling Garang, Guru Paling Bergaya, dan Guru Paling Pop**ar. 🧕🏻👨🏻🏫
Selepas itu, majlis hari ini dimulai dengan acara sukaneka guru-guru. Antara acara sukaneka yang dipertandingkan ialah acara bowling botol ustaz dan ustazah, 'shoot' bola jaring ustaz dan tuju gol ustazah. Acara berlangsung dengan begitu meriah pagi sambil disaksikan dan diberi sokongan padu oleh murid-murid.
Selepas selesai aktiviti sukaneka, tibalah sesi pemberian hadiah kepada guru-guru. Murid-murid perlu mencari guru di hadapan bangunan madrasah untuk memberi hadiah kepada guru-guru yang disayangi. ❤️
Selepas waktu rehat di kantin, semua yang terlibat berkumpul di dewan untuk majlis sambutan hari guru yang dirasmikan oleh YB Haji Ustaz Mohd Shafizi bin Ismail. Suasana dewan kemudiannya diserikan dengan alunan nasyid yang menyentuh jiwa dan ucapan penuh emosi daripada wakil murid. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah iaitu dimulai dengan hadiah penghargaan buat semua guru, hadiah sukaneka dan akhir sekali anugerah yang ditunggu-tunggu iaitu anugerah guru undian murid.
Terima kasih kepada semua guru, staf dan murid-murid serta ibu bapa/penjaga atas sokongan padu bagi menjayakan sambutan hari guru sesi 2026 ini. 😊
Selamat Hari Guru! 💐
sumbangan anda boleh disalurkan melalui link dibawah :-
https://madrasahdarulfalah.org