25/10/2023
Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layuuu..
Dagang pak malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir di aidilfitri.
JOM KENALI JK ALUMNI
Wajahnya pernah menghiasi salah satu artikel dalam Majalah Keluarga Julai 2017, berkenaan topik ibu/anak susuan.
Bergelar seorang lactivist, beliau merupakan Certified Breastfeeding Peer Counselor , sukarelawan pembimbing Ibu-ke-Ibu yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu.
Mempunyai double degree (LLB dan LLBS) dari Kuliyyah Undang2 Ahmad Ibrahim, UIA, beliau adalah salah seorang yang terpilih dalam barisan AJK baharu persatuan kali ini.
Memperkenalkan puan Nur Salsabiila binti Mohammad Sofian, alumni SPM dari batch 2007.
Mesra dengan panggilan Bella, beliau juga aktif dalam memberi kesedaran berkenaan undang2 syariah di media sosial melalui tanda pagar .
Tahniah Bella dan semoga kehadiran Bella dalam jawatankuasa persatuan yg baru dapat menyuntik semangat baru dan memajukan persatuan ke satu tahap yg lebih tinggi.
Jangan tak tau yg Bella pernah menjadi wakil sekolah dalam Pesta Pantun, dan pernah menjuarai Pesta Pantun peringkat negeri Selangor bersama pasukannya.
Jadi;
Pergi ke kedai membeli megi,
Membeli megi bersama telur,
Kenapa baca seperti pantun,
Ini bukannya pantun.
Adios! Sekian admin melaporkan.
Nak beli pantun?
Klik sini:https://shorturl.at/cgyHW