Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu- Rasmi

Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu- Rasmi Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu terletak dalam daerah Kuala Terengganu.Jaraknya dari bandar Kuala Terengganu kira-kira 16 km.

Sekolah Menengah Teknik Terengganu menawarkan 4 kursus iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Perdagangan.

TAHNIAH DAN SYABAS! Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ikhwan Farrisz bin Haslizam atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dal...
20/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ikhwan Farrisz bin Haslizam atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Menembak – 25m Standard Pistol Men (Berpasukan) di SUKMA.

Satu pencapaian yang membanggakan!
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama pasukan.

Syabas, Ikhwan! Teruskan membidik kejayaan!
Terengganu Nelang! Tektra Gemilang!

AYUH, KHALISH! TERENGGANU BOLEH! MOHAMMAD KHALISH RAYYAN BIN MOHD SYAZWAN, murid 4KA3 SM Teknik Kuala Terengganu, mewaki...
20/08/2026

AYUH, KHALISH! TERENGGANU BOLEH!

MOHAMMAD KHALISH RAYYAN BIN MOHD SYAZWAN, murid 4KA3 SM Teknik Kuala Terengganu, mewakili Negeri Terengganu dalam acara menembak di SUKMA.

Seluruh warga SMTKT mendoakan agar Khalish terus tenang, fokus dan memberikan yang terbaik di medan pertandingan.

Bidik dengan yakin, sasarkan kejayaan!
Semoga dipermudahkan dan berjaya mengharumkan nama Terengganu!

All the best, Khalish! Kami bangga denganmu!

20/08/2026
Sebagai guru, amanah bukan sekadar memimpin, tetapi memastikan setiap murid sentiasa dilindungi, dibimbing dan diberi ru...
17/08/2026

Sebagai guru, amanah bukan sekadar memimpin, tetapi memastikan setiap murid sentiasa dilindungi, dibimbing dan diberi ruang untuk berkembang.

Melindungi. Membimbing. Memperkasa.
Kerana setiap murid adalah amanah, dan tanggungjawab kita adalah tanggungjawab bersama.

Tahniah & Selamat Berjuang, Muhammad Ammar Hadif! 🏹Warga SM Teknik Kuala Terengganu ingin merakamkan setinggi-tinggi tah...
17/08/2026

Tahniah & Selamat Berjuang, Muhammad Ammar Hadif! 🏹

Warga SM Teknik Kuala Terengganu ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa bangga kepada Muhammad Ammar Hadif, murid 5KM3, yang telah terpilih mewakili Negeri Terengganu dalam SUKMA bagi acara memanah.

Esok merupakan hari yang dinanti-nantikan. Semoga Ammar terus fokus, tenang dan yakin dengan kemampuan diri ketika beraksi di gelanggang.

Tarik nafas, bidik sasaran dan lepaskan dengan penuh keyakinan. 🎯

Seluruh warga SMT Kuala Terengganu mendoakan agar Ammar diberikan kekuatan, ketenangan dan kejayaan dalam pertandingan yang bakal berlangsung.

Selamat bertanding, Ammar!
Bawa nama Terengganu, harumkan nama sekolah!
Kami bangga denganmu!

Program roket A+ SBP-T KEMENTERIAN PENDIDIKAN Melibatkan semua 9 buah SBP-TBerpusat di SMT KUALA TERENGGANU.TARIKH 13 - ...
15/08/2026

Program roket A+ SBP-T KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Melibatkan semua 9 buah SBP-T
Berpusat di SMT KUALA TERENGGANU.

TARIKH 13 - 15 OGOS 2026
Sasaran : 30 orang murid dari setiap SMT.

OBJEKTIF
1. meningkatkan pencapaian murid dalam MP Fizik, kimia dan matematik tambahan
2. Meningkatkan gred purata sekolah
3. Meningkatkan keyakinan dan motivasi murid

MEMBINA SAHSIAH, MENCORAK MASA DEPAN Alhamdulillah, Program Pemantapan Sahsiah Murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik...
13/08/2026

MEMBINA SAHSIAH, MENCORAK MASA DEPAN

Alhamdulillah, Program Pemantapan Sahsiah Murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan semangat kebersamaan.

Program ini merupakan inisiatif bersama Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu dan PIBG TEKTRA dalam usaha membentuk generasi yang berakhlak, berdisiplin, berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang kukuh.

🌸Menghargai pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa
🌸Memantapkan sahsiah, jati diri dan nilai keagamaan
🌸Mengeratkan hubungan murid, ibu bapa dan pihak sekolah
🌸Membina pemikiran positif serta persediaan menghadapi SPM
🌸Menyemai motivasi, keyakinan diri dan ketahanan dalam menghadapi cabaran

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG TEKTRA, pihak sekolah, ibu bapa/penjaga serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu, nasihat dan pengalaman yang dikongsikan menjadi bekalan berharga buat anak-anak TEKTRA untuk melangkah lebih yakin menuju kejayaan.

Bersama kita membina sahsiah, membentuk karakter dan mencorakkan masa depan anak-anak TEKTRA.

TEKTRA CEMERLANG, SAHSIAH GEMILANG, MASA DEPAN TERBILANG!

SELAMAT DATANG PESERTA PROGRAM ROCKET A+! Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu berbesar hati menjadi tuan rumah bagi...
13/08/2026

SELAMAT DATANG PESERTA PROGRAM ROCKET A+!

Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Program Rocket A+ SBP-T Kementerian Pendidikan Malaysia yang melibatkan mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

📚 13 – 15 Ogos 2026
📍 SM Teknik Kuala Terengganu

Program ini menjadi platform untuk para peserta memperkukuh penguasaan akademik, bertukar ilmu serta membina keyakinan dalam menghadapi cabaran pembelajaran.

Semoga sepanjang program ini, para peserta memperoleh ilmu, pengalaman dan inspirasi untuk terus melangkah menuju kecemerlangan SPM.

Selamat datang ke SM Teknik Kuala Terengganu!
Rocket A+ — Terbang Tinggi, Capai Impian!

SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Peringkat Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu“Malaysia MADANI: Kesejaht...
09/08/2026

SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾
Peringkat Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air melalui Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung pada:

📅 9 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 7.30 pagi
📍 Dewan Teknokrat, SM Teknik Kuala Terengganu

Bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa merdeka dan hayati erti sebuah kemerdekaan yang diwarisi dengan penuh pengorbanan. 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati!

09/08/2026

SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾
Peringkat Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air melalui Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung pada:

📅 9 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 7.30 pagi
📍 Dewan Teknokrat, SM Teknik Kuala Terengganu

Bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa merdeka dan hayati erti sebuah kemerdekaan yang diwarisi dengan penuh pengorbanan. 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati!

Address

Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu Jalan Lapangan Terbang
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu- Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu- Rasmi:

Shortcuts

Share

Category