Bitara International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences

Bitara International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences

Share

academic journal

27/01/2022

Panggilan kertas kerja tahun 2022

BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080) 27/01/2022

Assalamualaikum wrm wbt.,

BITARA The International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences invites papers to be published in its upcoming Volume 5 Issue 1-4 (Febuary-December 2022).

The journal is published quarterly and relates to the studies on Civilization and humanities that cover multidisciplinary knowledge such as:

The articles can be from any of the following areas:

- Islam and Civilization.
- Islamic History
- Islam History of Economics.
- Islam History of Socials.
- Islam History of Politics.
- Islam and Social Sciences (Psychology, Education, Languages, Arts, Law and History)
- Muslim Theology and Philosophy.
- Muslim Ethics and Moral.
- al-Quran and Hadith.
- Islam and Identity.
- Islam and STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics).
- Islam and Cognitive/Natural Science.
- Islam and Political Issues.
- Islam and Future Studies.
- Islam and Gender..
- Islam and Spirituality Islam and Other Religions.
- Islam and Environmental Issues.
- Islam and Culture.
- Islam and Human Rights.
- Islam and Middle Eastern Studies.
- Islam and Minority Muslim.
- Islam and Contemporary Issues.
- Islam, Information Technology and Communication.

Fee Details:
No submission fee charged to authors. However, if the paper is accepted for publication, author(s) will be asked to pay RM300.00 or USD75.00 as article publication fee in order to consider the operating costs.

The journal accepts Malay, Arabic and English papers.

All the submissions are made online at https://bitarajournal.com or can be mailed to [email protected]. Subject of the email being: "Submission (First Author's Name)"

Submissions must be in MS Word (.doc or docx.) format only.
Submissions made in any other format shall not be considered.

The Main Text should be in font size 12, Times New Roman,1.5 spacing, and justified alignment.

Thank you.

For further inquiries feel free to contact us at
+6010-900 3040
Dr. NOORSAFUAN BIN CHE NOH
Universiti Sultan Zainal Abidin

BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080) Founded in 2018, BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN 2600-9080) is a refereed international journal of civilizational studies and human sciences; published quarterly, and can be said to be the newest academic journal dealing with the theme in Malaysia.

BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080) 25/01/2021

Panggilan artikel Jurnal untuk diterbitkan tahun 2021

Tuan, puan dan para pensyarah yang dihormati,

BITARAJournal (www.bitarajournal.com) mencari artikel untuk diterbitkan pada tahun ini. Jika ada artikel yang pernah dibentang di mana-mana seminar yang belum diterbitkan, boleh di hantar ke emel/Whatapps/Telegram/bip untuk diterbitkan. BITARAJurnal merupakan jurnal berwasit dan berindeks. BITARAJurnal menerima artikel yang ditulis dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Proses penerbitan artikel biasanya dalam tempoh 2-4 minggu. Penerbitan Volume 4 issue 1 ini dikenakan bayaran pemprosesan penerbitan Artikel RM250. Semua artikel yang diterbitkan dalam www.bitarajournal.com boleh dijadikan sebagai syarat penerbitan LNPT dan syarat penerbitan bergraduasi. BITARAJurnal menerima artikel dalam bidang sains sosial dan kajian kemanusiaan.

Terima kasih.

Sebarang pertanyaan atau penghantaran boleh berhubung di:

🖥 EMAIL: [email protected] / [email protected]
📲 Dr. Noorsafuan Che Noh (FKI, UniSZA): 010-900 3040 (telegram/whatapps/bip)

BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080) Founded in 2018, BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN 2600-9080) is a refereed international journal of civilizational studies and human sciences; published quarterly, and can be said to be the newest academic journal dealing with the theme in Malaysia.

13/08/2020

Asiyah Az-Zahra Ahmad Kumpoh. 2020. ‘Masuk Melayu’ in The Context of Conversion to Islam. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(3): 83-94.

Abstract:

By employing Wimmer’s (2008) four dimensions of variation of ethnic boundaries, this study discusses the factors and conditions that lead to the existence of the ‘Masuk Melayu’ identity in Brunei Darussalam. The interview data collected from 56 informants suggest that the high degree of cultural differentiation, social closure and political salience in the 1960s and 1980s highlights the ‘Masuk Melayu’ identity of the converts. However when the degree of these dimensions was lowered in the 1990s onwards due to the socio-cultural transformations following Brunei’s independence in 1984, this study has found that the ‘Masuk Melayu’ identity did not occur during the period. This study also suggests that the fourth dimension, generational stability, has no impact on the ‘Masuk Melayu’ identity due to the converts’ unchallenged recognition of their kinship and personal networks.

Download Percuma:

View of ‘Masuk Melayu’ in The Context of Conversion to Islam

13/08/2020

Ermy Azziaty Rozali, Mohd Hafiz Othman & Napisah Karimah Ismail. 2020. Pengaruh Kerajaan Uthmaniyyah dalam Pentadbiran Islam di Negeri Johor pada Abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar (1862-1895) dan Sultan Ibrahim (1895-1959). BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(3): 65-82.

Abstrak:

Sultan Abu Bakar terkenal sebagai pemerintah Melayu yang menjalankan transformasi dan pemodenan dalam pentadbirannya. Baginda juga terkenal bersahabat baik dengan British semasa memegang tampuk pemerintahan. Terdapat pengkaji menyimpulkan bahawa pentadbiran baginda dikaitkan dengan pengaruh Barat iaitu British. Namun begitu, kurang perbincangan sisi pandang dasar Islamisasi dalam pentadbiran Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim dalam pentadbiran Johor. Persoalan ini rentetan dari hubungan diplomatik Kerajaan Johor dengan Kerajaan Uthmaniyyah iaitu Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Istanbul pada abad ke-19. Penulisan artikel ini bertujuan untuk menganalisis dasar Islamisasi yang dipengaruhi dari Kerajaan Uthmaniyyah dalam konteks pemodenan dalam pentadbiran Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 menetapkan bahawa negeri Johor diiktiraf sebuah negeri yang berdaulat dan bebas mengamalkan dasar-dasar Islamisasinya. Hubungan diplomatik tersebut juga mengukuhkan lagi kedudukan politik negeri Johor dari ancaman British. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian sejarah bersumberkan data-data kontemporari. Objektif penulisan ini adalah untuk memaparkan dan membuat analisis berdasarkan sumber sejarah kontemporari tentang transformasi dasar Islamisasi Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim di negeri Johor. Hasil penulisan ini mendapati Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim melaksanakan dasar Islamisasi dalam pentadbiran Kerajaan Johor rentetan hubungan diplomatiknya dengan Kerajaan Uthmaniyyah, antaranya penggunaan gelaran sultan dan penggubalan perundangan Islam.

Download Percuma:

View of Pengaruh Kerajaan Uthmaniyyah dalam Pentadbiran Islam di Negeri Johor pada Abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar (1862-1895) dan Sultan Ibrahim (1895-1959) [The Ottoman’s Influence in Islamic Administration of Johore State in 19th Century by...

13/08/2020

Syarifah Rahimah Tuan A. Rahman & Aliza Alias. 2020. Faktor pemilihan tadika swasta Islamik oleh ibu bapa: Satu kajian kes di Daerah Marang, Terengganu. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(3): 49-64.

Abstrak:

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi ibu bapa dalam memilih tadika untuk anak-anak, seperti kurikulum yang ditawarkan, kos yuran, mobiliti serta kemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika atau prasekolah tersebut, hubungan baik yang sedia wujud dan lain-lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor ibu bapa di Daerah Marang, Terengganu memilih tadika swasta Islamik bagi memenuhi keperluan pendidikan prasekolah anak-anak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif digunakan melalui reka bentuk kajian kes. Sampel dalam kajian ini adalah 3 informan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Tadika PASTI di daerah Marang, Terengganu. Data deskriptif yang telah ditranskripsi dianalisis melalui analisis perbualan Jefferson System. Kajian ini mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai faktor pemilihan tadika prasekolah ibu bapa khususnya bagiibu bapa yang mementingkan pendidikan prasekolah Islam untuk dilalui oleh anak-anak. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada maklumat-maklumat mengenai kelebihan-kelebihan tadika prasekolah melalui senarai tema yang timbul di akhir kajian dari segi faktor pendidikan di awal usia, khidmat transit, khidmat nurseri, pendidikan Islamik, guru berpengalaman dan yuran yang berpatutan. Tema-tema akhir yang didapati dalam kajian ini boleh mencetuskan kecenderungan ibu bapa dalam memilih prasekolah untuk anak-anak. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapatmembantu memenuhi kosa ilmu dari segi faktor pemilihan prasekolah oleh ibu bapa, kepelbagaian tadika-tadika prasekolah yang terdapat di Malaysia, kelebihan-kelebihan prasekolah khususnya prasekolah yang bercirikan Islamik diMalaysia dan lain-lain lagi.

Download Percuma:

View of Faktor Pemilihan Tadika Swasta Islamik oleh Ibu Bapa: Satu Kajian Kes di Daerah Marang, Terengganu [Factors of Choosing Islamic Preschool by Parents: A Case Study in Marang, Terengganu]

13/08/2020

Zainal Azira Ahmad Zabidi, Ibnor Azli Ibrahim & Ezad Azraai Jamsari. 2020. Penglibatan golongan wanita dalam bidang ketenteraan menurut cerminan Syariah. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(3): 34-48.

Abstrak:

Operasi ketenteraan dan jihad mempertahankan tanah air amat sinonim dengan jiwa dan fizikal golonganlelaki. Namun, sejak era Nubuwwah misi ketenteraan turut disertai golongan wanita dengan peranan tersendiri dan tertakluk kepada keizinan daripada Nabi Muhammad SAW. Dunia kini membuka ruang penyertaan seluas-luasnya kepada golongan wanita dalam bidang ketenteraan hingga ke barisan tempur. Fenomena ini menimbulkan persoalan berbangkit serta sensitiviti agama dan adat. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk meneliti penglibatan golongan wanita dalam tentera menurut cerminan Syariah. Penulisan ini bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber primer dan juga sekunder. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa penyertaan golongan wanita bidang dalam ketenteraan menurut perspektif Islam adalah terletak di bawah urusan eksklusif pemerintah dan tertakluk kepada syarat-syarat yang patuh Syariah. Kajian ini turut memberi implikasi yang signifikan kepada pembuat dasar khususnya untuk menjadikan elemen Syariah sebagai asas kepada penyediaan prosedur dan garis panduan mengenai pengurusan wanita khasnya dalam konteks pemerkasaan wanita dalam lapangan kerjaya ketenteraan dan pertahanan.

Download Percuma:

View of Penglibatan Golongan Wanita dalam Bidang Ketenteraan menurut Cerminan Syariah [Women’s Involvement in the Military Field according to the Reflection of Shariah]

13/08/2020

Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin, Azmul Fahimi Kamaruzaman, Firdaus Khairi Abdul Kadir & Ahmad Faathin Mohd Fadzil. 2020. Aplikasi model hafazan al-Qur’an Ulul Albab di Sekolah Imtiaz Terengganu. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(3): 10-9.

Abstrak:

Program hafazan al-Qur’an IMTIAZ dilahirkan daripada idea konsep Ulul Albab yang bertujuan melahirkan generasi Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk memahami aplikasi program hafazan al-Quran IMTIAZ dengan tepat dan mendalam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi analisis dokumen, temu bual, focus group discussion dan pemerhatian. Data kajian dianalisis secara deskriptif berpandukan tema-tema utama yang dihasilkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program hafazan al-Quran di IMTIAZ dijalankan secara menyeluruh dan konsisten. Teori hafazan al-Ghawthani dipraktikkan menerusi lapan kaedah iaitu takrir, halaqah (problem), talaqqi, tasmi‘ (problem), muraja‘ah, fiqh ayat, gundal dan taqsim.

Download Percuma:

View of Aplikasi Model Hafazan al-Qur’an Ulul Albab di Sekolah Imtiaz Terengganu [Application of the Model Memorizing the Qur'an Ulul Albab in School Imtiaz Terengganu]

13/08/2020

Wani Syafiqah Adnan, Indriaty Ismail, Mazlan Ibrahim. 2020. Toleransi beragama dalam filem Bajrangi Bhaijaan (2015). BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(3): 1-9.

Abstrak:

Filem merupakan salah satu wasilah untuk menonjolkan toleransi beragama terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Toleransi agama merupakan perkara penting yang dibahaskan di peringkat global. Penyampaian melalui filem adalah sangat berkesan kepada masyarakat pada hari ini untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Filem Bajrangi Bhaijaan merupakan satu fenomena yang tercetus antara dua buah negara yang bergolak. Filem ini sebenarnya telah mengangkat toleransi beragama di mata masyarakat. Penulis telah memfokuskan filem Bajrangi Bhaijaan di dalam kajian ini. Artikel inidilakukan adalah untuk mengkaji bentuk-bentuk toleransi agama. Kedua adalah untuk meneliti bentuk-bentuk toleransi agama di dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Ketiga adalah untuk menganalisis bentuk-bentuk toleransi agama di dalam filem Bajrangi Bhaijaanterhadap masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah metodologi kajian kepustakaan. Maklumat diperolehi menerusi rujukan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti buku-buku, tesis, kertas kerja, surat khabar, artikel, internet, dan bahan-bahan lain yang sesuai dijadikan rujukan. Bahan-bahan tersebut diperolehi di Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM) dan Perpustakaan Fakulti Pengajian Islam (UKM). Hasil kajian akan menemukan bentuk toleransi antara filem Bajrangi Bhaijaandan masyarakat Islam di Malaysia.

Download Percuma:

View of Toleransi Beragama dalam Filem Bajrangi Bhaijaan (2015) [Religious Tolerance in Bajrangi Bhaijaan Film (2015)]

12/08/2020

Rabiatuladawiyah Saleh & Mohd Nizam Sahad. 2020. Sorotan Literatur Sistematik Isu dan Cabaran Pengajaran al-Quran Murid Berkeperluan Khas. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(2):199-211.

Abstrak:

Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada semua umat Islam. Ia merangkumi semua aspek kehidupan orang Islam. Murid berkeperluan khas (MBK) juga tidak terlepas dari mempelajari al-Quran. Murid berkeperluan khas merupakan murid yang termasuk dalam golongan orang kelainan upaya. Kajian pembelajaran al-Quran dalam bidang pendidikan khas amat kurang dikaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dua aspek, isu dan cabaran yang dilalui oleh guru semasa mengajar murid berkeperluan khas. Sumber pencarian artikel yang diperolehi adalah secara atas talian daripada Jurnal Pendidikan Islam dan Jurnal Pendidikan al-Quran Sunnah dan Keperluan Khas (JQSS) dari pangkalan data Google Scholardan Mendeleyyang dirujuk adalah dari tahun 2013 sehingga tahun 2019. Data yang terkumpul dianalisis secara tematik menggunakan aplikasi Atlas Ti. Dapatan kajian mendapati terdapat lima isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengajar murid berkeperluan khas. Antaranya ialah kekurangan pengetahuan dalam mendidik MBK, teknik pengajaran dan kemahiran, tahap kesediaan guru, dan kekangan masa dalam pengajaran MBK. Kesimpulannya, semua agensi dan komuniti perlu memberi komitmen yang padu dalam memberikan pendidikan al-Quran untuk golongan orang kurang upaya. Dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi membantu pembelajaran al-Quran untuk MBK.

Download Percuma:

View of Sorotan Literatur Sistematik Isu dan Cabaran Pengajaran al-Quran Murid Berkeperluan Khas [Systematic Literature Review on Issues and Challenges al-Quran of Pupils with Special educational Needs]

12/08/2020

Muhammad Faris Abdul Fatah & Muhamad Faisal Ashaari. 2020. Asimilasi masyarakat Cina dengan Orang Melayu di Kelantan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(2): 186-198.

Abstrak:

Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri di Malaysia yang didiami oleh majoriti komuniti Melayu Islam. Selain itu, komuniti lain seperti Cina, India dan Siam turut mendiami negeri ini. Masyarakat Cina merupakan golongan kedua terbesar yang mendiami negeri Kelantan. Masyarakat Cina Kelantan mempunyai hubungan yang unik dan kuat dengan masyarakat Melayu Islam. Mereka mudah bergaul, makan bersama, bercakap dalam dialek Melayu Kelantan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama masyarakat Melayu. Namun demikian, asimilasi yang berlaku ini tidaklah menjadi sebab tertariknya mereka kepada Islam. Mereka cenderung mengamalkan agama dan kepercayaan mereka. Menerusi kajian ini, metode analisis kandungan digunakan untuk kajian mengenai asimilasi masyarakat Cina di Kelantan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang asimilasi masyarakat Cina di Kelantan.

Download Percuma:

View of Asimilasi Masyarakat Cina dengan Orang Melayu di Kelantan [Asimilation of Chinese Community and Malays in Kelantan]

12/08/2020

Zulkefli Aini & Nur Uswah Ahmad Fauzi.2020. Mesej akidah dan syariah dalam komunikasi dakwah Orang Asli Muslim di Selangor. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(2): 173-185.

Abstrak:

Kajian lepas menunjukkan tahap penghayatan ajaran Islam dalam kalangan Orang Asli muslim masih rendah. Keadaan ini disebabkan mereka kurang berpengetahuan tentang perkara-perkara asas dalam ajaran Islam seperti akidah dan syariah. Oleh itu, kajian ini menganalisis topik-topik akidah dan syariah dalam pengetahuan Orang Asli yang dibincangkan bersama pendakwah. Data diperolehi daripada temubual mendalam bersama sembilan orang pendakwah yang aktif berdakwah kepada masyarakat Orang Asli di Selangor. Kajian mendapati topik-topik akidah meliputi perkara-perkara tertentu dalam rukun iman, iaitu kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada hari akhirat dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar. Manakala topik-topik syariah adalah berkaitan dengan fekah ibadah, iaitu bersuci, solat, puasa, zakat dan haji; fekah muamalah, iaitu jual beli; dan fekah munakahat, iaitu perkahwinan dan perceraian.

Download Percuma:

View of Mesej Akidah dan Syariah dalam Komunikasi Dakwah Orang Asli Muslim di Selangor [The Messages of Akidah and Syariah in Da’wah Communication to the Muslim Orang Asli in Selangor]

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Faculty Of Islamic Contemporary Studies, Sultan Zainal Abidin University
Kuala
21300