MPMKUDQI

Directions Website

MPMKUDQI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPMKUDQI, Community College, Markaz Tarbiyyah PAS, Kubang Lembek, Manir, Kuala.

Ruang ini biarlah bicaranya tentang idealis manusia bergelar mahasiswa muslim, semangat muda yang sentiasa meransang adrenalin dan diskusi tentang bagaimana mahu menggemilangkan Islam kembali.

[ JUMAAT MUBARAK, WAKTU MUSTAJAB BERDOA ]بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَىٰنِ الرَّحِيمِAssalamu’alaikum Wrbt.Hari Jumaat merupaka...
18/09/2026

[ JUMAAT MUBARAK, WAKTU MUSTAJAB BERDOA ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَىٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum Wrbt.

Hari Jumaat merupakan antara hari yang penuh dengan keistimewaan dan keberkatan. Justeru, marilah kita mengambil kesempatan pada hari ini untuk memperbanyakkan doa serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan dengan penuh pengharapan dikurniakan sebaik-baik jawapan dan menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan.

“Tarbiyah Fikrah, Pengukuh Gerakan Jemaah”



(SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63)Tanggal 16 September adalah hari dimana kita menyambut Hari Malaysia. Hari Malaysia adalah ...
16/09/2026

(SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63)

Tanggal 16 September adalah hari dimana kita menyambut Hari Malaysia. Hari Malaysia adalah hari untuk meraikan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatu. Semoga kita terus maju dan berjaya dalam segala bidang. Selamat Hari Malaysia! Mari kita teruskan perjuangan untuk masa depan yang lebih baik.

Di kesempatan ini kami dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia

Semoga semangat patriotik ini tertanam dalam diri kita.

"Tarbiah Fikrah, Pengukuh Gerakan Jemaah"



[MINGGU PENGETAHUAN DAN SILATURAHIM]Untuk makluman semua pelajar baharu, anda dikehendaki menyertai Minggu Pengetahuan d...
13/09/2026

[MINGGU PENGETAHUAN DAN SILATURAHIM]

Untuk makluman semua pelajar baharu, anda dikehendaki menyertai Minggu Pengetahuan dan Silaturahim (MPS).

📅 Tarikh: 11–12 September 2026

📆 Hari: Jumaat–Sabtu

📍 Tempat: Dewan Dato' Harun Taib (KUDQI)

Ahlan wa sahlan diucapkan kepada semua mahasiswa/i baharu. Semoga program ini dapat menjadi ruang untuk menimba ilmu, mengeratkan ukhuwah serta membina silaturahim sesama mahasiswa.

"Tarbiyah Fikrah, Pengukuh Gerakan Jemaah"

Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah
26/27


[MINGGU PENGETAHUAN DAN SILATURAHIM]Untuk makluman semua pelajar baharu, anda dikehendaki menyertai Minggu Pengetahuan d...
12/09/2026

[MINGGU PENGETAHUAN DAN SILATURAHIM]

Untuk makluman semua pelajar baharu, anda dikehendaki menyertai Minggu Pengetahuan dan Silaturahim (MPS).

📅 Tarikh: 11–12 September 2026
📆 Hari: Jumaat–Sabtu
📍 Tempat: Dewan Dato' Harun Taib (KUDQI)

Ahlan wa sahlan diucapkan kepada semua mahasiswa/i baharu. Semoga program ini dapat menjadi ruang untuk menimba ilmu, mengeratkan ukhuwah serta membina silaturahim sesama mahasiswa.

"Tarbiyah Fikrah, Pengukuh Gerakan Jemaah"

Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah
26/27


[ Majlis Timbal Balik 26/27]9 September 2026Ucapan tahniah dan takziah kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 26/27. Te...
11/09/2026

[ Majlis Timbal Balik 26/27]

9 September 2026

Ucapan tahniah dan takziah kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 26/27. Terima kasih kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 25/26 atas jasa dan perjuangan mereka dalam melaksanakan misi pada sesi lepas.

Program Timbal Balik bertujuan menyerahkan fail kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 25/26 kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 26/27 serta memberikan cenderahati kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 25/26 sebagai penghargaan atas pengorbanan, tenaga, dan kerjasama mereka.

Sekali lagi, Jazakumullahu Khairan Kathira.

"Tarbiyah Fikrah, Pengukuh Gerakan Jemaah"

[SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU]Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI ingin mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada semua mahasis...
09/09/2026

[SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU]

Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI ingin mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada semua mahasiswa/wi baharu sesi 26/27.

Pihak Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan anda untuk melanjutkan pengajian di sini. Semoga usaha menuntut ilmu ini sentiasa diiringi dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT

Selamat maju jaya dan teruskan usaha anda mencapai kejayaan di masa hadapan.

Sekian, Terima kasih.

"Tarbiyah Fikrah, Pengukuh Gerakan Jemaah"



[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-69]"Jiwa Merdeka" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Mal...
30/08/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-69]

"Jiwa Merdeka" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif.

Sebagai umat Islam, jiwa yang merdeka perlu dilentur dan dibentuk mengikut acuan Islam. Terus berpegang kepada Al-Quran dan sunnah kerana setiap juzuk dalam kehidupan telah digariskan dengan begitu sempurna oleh Islam. Ayuh, tanamkan iltizam demi agama, bangsa dan negara tercinta. Jadikan tema ini sebagai tema yang bermanfaat buat kita semua.

Kami dari Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-69" buat seluruh rakyat Malaysia.

MERDEKA! MERDEKA !! MERDEKA !!! ALLAHUAKBAR !



[ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ]                                                                       صَلُّوا عَلَى النَّ...
25/08/2026

[ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ]

صَلُّوا عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ ﷺ

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat, mengingati perjuangan Baginda serta berusaha menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi turut diterjemahkan melalui akhlak, amalan dan sunnah Baginda.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ
daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI



Address

Markaz Tarbiyyah PAS, Kubang Lembek, Manir
Kuala
21200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPMKUDQI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share