SMK Rantau Panjang Bestari Jaya - Official

SMK Rantau Panjang Bestari Jaya - Official Group ini adalah untuk memuatnaik gambar² aktiviti² yg dilaksanakan serta berkongsi kejayaan SMKRP

Pemakluman cuti sempena Maulidur Rasul
24/08/2026

Pemakluman cuti sempena Maulidur Rasul

🌿 KE ARAH PEMBANGUNAN SAHSIAH 🌿Alhamdulillah, program Ke Arah Pembangunan Sahsiah telah berjaya dilaksanakan dengan peng...
22/08/2026

🌿 KE ARAH PEMBANGUNAN SAHSIAH 🌿

Alhamdulillah, program Ke Arah Pembangunan Sahsiah telah berjaya dilaksanakan dengan pengisian yang bermanfaat buat murid.

Terima kasih kepada En. Hari Prakash Chandran atas perkongsian ilmu dan motivasi yang sangat bermakna. Semoga program ini dapat membentuk murid yang berintegriti, berdisiplin, saling menghormati serta memiliki sahsiah yang unggul. 🌟

“Sahsiah Unggul, Insan Cemerlang, Masa Depan Gemilang.”

🌙 ALHAMDULILLAH, SELESAI SAMBUTAN MAULIDURRASUL & SERANTAU BERSELAWAT 2026 🌙Alhamdulillah, Sambutan Maulidurrasul dan Se...
22/08/2026

🌙 ALHAMDULILLAH, SELESAI SAMBUTAN MAULIDURRASUL & SERANTAU BERSELAWAT 2026 🌙

Alhamdulillah, Sambutan Maulidurrasul dan SeRantau Berselawat telah berlangsung dengan lancar dan penuh penghayatan. 🤍

Terima kasih kepada semua warga SeRantau yang telah menjayakan program ini. Semoga setiap selawat yang dilafazkan menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan menjadi amalan dalam kehidupan.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد 🌹

STEMPreneur Inovasi & Keusahawanan Masa Depan (Fasa 2) Tarikh: 19/8/2026
22/08/2026

STEMPreneur Inovasi & Keusahawanan Masa Depan

(Fasa 2)
Tarikh: 19/8/2026

🎉 AKTIVITI KOKURIKULUM: PERMAINAN TRADISIONAL 🎉Petang ini warga SeRantau bersama-sama memeriahkan aktiviti kokurikulum b...
19/08/2026

🎉 AKTIVITI KOKURIKULUM: PERMAINAN TRADISIONAL 🎉

Petang ini warga SeRantau bersama-sama memeriahkan aktiviti kokurikulum bertemakan Permainan Tradisional. Pelbagai permainan seperti batu seremban, congkak, teng-teng, konda-kondi, bowling kelapa, lompat getah dan sepak takraw telah dijalankan dengan penuh ceria. 🥥🪁✨

Aktiviti ini bukan sahaja menghidupkan kembali warisan permainan tradisional, malah mengeratkan hubungan serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.

🇲🇾 3 Kaum, 3 Budaya, 1 Perpaduan
❤️ Aktif • Ceria • Sihat • Berbudaya • Bersatu

🏆 TAHNIAH TEAM SeRANTAU! 🚀🍄Alhamdulillah, tahniah atas pencapaian dalam SEJAYA COOPSTEM Carnival 2026 di SMK Tiram Jaya....
19/08/2026

🏆 TAHNIAH TEAM SeRANTAU! 🚀🍄

Alhamdulillah, tahniah atas pencapaian dalam SEJAYA COOPSTEM Carnival 2026 di SMK Tiram Jaya.

🥈 Inovasi Cendawan — Tempat Ke-2
🚀 Roket Air — Tempat Ke-5

Syabas kepada semua murid atas usaha dan semangat yang ditunjukkan. Terima kasih kepada guru penasihat atas bimbingan serta barisan pentadbir yang sentiasa memberi sokongan.

Semoga SeRantau terus melakar kejayaan! 🌟

Jejak Pemimpin Muda 2026 🌟Alhamdulillah, selesai sudah Program Jejak Pemimpin Muda 2026. ❤️Terima kasih tidak terhingga ...
16/08/2026

Jejak Pemimpin Muda 2026 🌟

Alhamdulillah, selesai sudah Program Jejak Pemimpin Muda 2026. ❤️

Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua atas kepercayaan dan peluang, barisan pentadbir atas sokongan, serta Cikgu Illya Shahida selaku guru penasihat unit pengawas dan penyelaras program atas dedikasi yang luar biasa. 🌟

Terima kasih juga buat semua guru, AKP serta para suami dan isteri atas sokongan, pengorbanan masa dan tenaga.

Paling bahagia melihat anak-anak seronok, ceria dan kenyang sepanjang kem! ☺️❤️

Mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga segala usaha kita menjadi kenangan indah dan amal yang diberkati. 🌸

MAKLUMAN  BERKAITAN INFLUENZAApa yang perlu dilakukan?1. Memantau kesihatan anak-anak dan tidak menghantar mereka ke sek...
09/08/2026

MAKLUMAN BERKAITAN INFLUENZA

Apa yang perlu dilakukan?

1. Memantau kesihatan anak-anak dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya menunjukkan simptom seperti demam, batuk, aakit tekak, sakit-sakit badan atau selesema. Pastikan menghantar anak-anak jagaan ke sekolah sekiranya sihat.
2. Membawa anak jagaan untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala Influenza.
3. Menggalakkan amalan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan memakai pelitup muka jika bergejala.
4. Memaklumkan kepada pihak sekolah /guru kelas sekiranya anak disahkan menghidap Influenza agar tindakan pencegahan dan rawatan dapat diambil.
5. Memastikan agar anak-anak minum air putih secukupnya.
6. Menasihati anak-anak agar tidak berkongsi makanan atau minuman.

Kesihatan dan keselamatan murid adalah keutamaan kami.

Kerjasama daripada ibu bapa amat dihargai dalam usaha membendung penularan penyakit ini. Pihak sekolah mengharapkan agar murid-murid berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa/penjaga.Unit HEM telah melancarkan dua program intervensi keha...
09/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa/penjaga.

Unit HEM telah melancarkan dua program intervensi kehadiran, iaitu:

🔥 Serantau On Fire
📞 Serantau On Call

Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memastikan kehadiran murid ke sekolah secara konsisten.

Sehubungan itu, pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama dan sokongan semua ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.

💪 Kehadiran anak-anak merupakan tanggungjawab bersama.
🏫 Sekolah membimbing,
👨‍👩‍👧‍👦 ibu bapa menyokong,
🌟 anak-anak melangkah menuju kejayaan.

Ayuh kita bersama-sama memastikan tiada anak tercicir dan setiap hari persekolahan dimanfaatkan sebaiknya.

“Hadir ke sekolah, hadir untuk berjaya.”

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua. 🤝

Address

Km 16, Jalan Rawang Bestari Jaya
Kuala
45600

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Rantau Panjang Bestari Jaya - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category