Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies

Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies, Educational Research Center, R-TIHiLS, Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong, Kuala.

Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies (R-TIHiLS) merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk mengumpul, mengurus dan memelihara bahan-bahan persejarahan dan perundangan terutama yang melibatkan kedaulatan Negeri Terengganu

Sekitar Program Telaah buku Haji Abdul Rahman Limbong: Rekod Kolonial serta Epilog perjuangan watan- Pesta buku Antaraba...
30/05/2026

Sekitar Program Telaah buku Haji Abdul Rahman Limbong: Rekod Kolonial serta Epilog perjuangan watan- Pesta buku Antarabangsa, PWTC 30 Mei 2026- terima kasih semua- moderator hebat- Syed Munawar; Dr Ismar liza Mahani Ismail, Mr. Fekry, Cg Ct Fatimah serta Pengarah Penerbit UMT, PM Dr Che Hasniza.

Buku boleh diperolehi di Pejabat R-TIHiLS dengan harga RM40.00. boleh hubungi ditalian 017-9156434

Telaah  membawakan kupasan khas buku Haji Abdul Rahman Limbong: Rekod Kolonial dan Epilog Perjuangan Watan bersama Dr. H...
28/05/2026

Telaah membawakan kupasan khas buku Haji Abdul Rahman Limbong: Rekod Kolonial dan Epilog Perjuangan Watan bersama Dr. Hamdan Bin Aziz.

Sebuah sesi yang menelusuri sejarah perjuangan watan, keteguhan prinsip serta semangat mempertahankan maruah bangsa melalui sudut rekod kolonial dan naratif perjuangan tokoh ulama tersohor tanah air.

πŸ—“οΈ 30 Mei 2026
πŸ•ž 3:30PM – 4:30PM
πŸ“ Dewan Tun Dr Ismail, WTC

Jangan lepaskan peluang mengikuti kupasan ilmiah yang membina fikiran dan jiwa negara.

06/05/2026
04/05/2026
KUALA TERENGGANU, 4 MEI 2026 – R-TIHiLS yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Sejarah dan Perundang...
04/05/2026

KUALA TERENGGANU, 4 MEI 2026 – R-TIHiLS yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Sejarah dan Perundangan DiRaja Terengganu (R-TIHiLS), Dr. Hamdan bin Aziz bersama 3 Pegawai Penyelidik R-TIHiLS telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Terengganu pada jam 10.00 pagi. Ketibaan delegasi R-TIHiLS telah disambut mesra oleh Pengarah JUPEM Terengganu, YBrs. LSr Siti Zainun binti Mohamad bersama pengurusan tertinggi jabatan.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh wakil Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP) JUPEM Kuala Lumpur untuk membentangkan taklimat Persempadanan Maritim melibatkan negeri Terengganu. Selain itu, pertemuan ini juga dihadiri oleh wakil JUPEM Pahang yang turut serta dalam perkongsian maklumat persempadanan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak JUPEM Terengganu atas kesudian menerima kunjungan dari R-TIHiLS serta BEP dan JUPEM Pahang atas perkongsian maklumat yang amat berinformasi ini.

R-TIHiLS ke Muzium Bukit BesiTerima kasih Pn Wani, pegawai/kurator muzium kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan kegia...
30/04/2026

R-TIHiLS ke Muzium Bukit Besi

Terima kasih Pn Wani, pegawai/kurator muzium kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan kegiatan perlombongan oleh Syarikat Nippon Mining dan EMMCO.

Terima kasih juga kepada Encik Wan Rosli-AJK PSMCT dan SU Kehormat PSMKD atas pemudah cara kedatangan kami.

Kegiatan perlombongan berakhir pada 1971.

Kunjung hormat R-TIHiLS yang diketuai KPE dan pegawai penyelidik ke Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang.Terima kasih tid...
30/04/2026

Kunjung hormat R-TIHiLS yang diketuai KPE dan pegawai penyelidik ke Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang.

Terima kasih tidak terhingga Puan Pengarah Arkib Negeri Pahang dan kakitangan kerana sudi menyambut kedatangan kami. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan.

-Dewan penyelidikan
-Bilik pemuliharaan/baik pulih dokumen

R-TIHiLS yang diketuai KPE, Dr. Hamdan, serta dua pegawai penyelidik, Pn. Nursyamimi dan En. Khairul berkunjung ke Muziu...
30/04/2026

R-TIHiLS yang diketuai KPE, Dr. Hamdan, serta dua pegawai penyelidik, Pn. Nursyamimi dan En. Khairul berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Antara bahan pameran yang mempunyai perkaitan dengan Terengganu ialah;

1. Silisilah kesultanan Terengganu yang mempunyai ikatan perkahwinan dengan keluarga Diraja Pahang, Sutan Zainal Abidin III Terengganu dengan Tengku Long Puteri Sultan Ahmad 1 Pahang. Sultan Sulaiman Terengganu dengan Tengku Ampuan Mariam, juga puteri Sultan Ahmad 1 dan Sultan Ali dengan Tengku Ainul Jamil puteri Sultan Abu Bakar Pahang.

2. Gamelan Pahang yang kemudian di perkenalkan di Terengganu p oleh Tengku Ampuan Mariam dan Sultan Sulaiman.

3. Manuskrip Al-Quran tulisan tangan serta kitab yang banyak persamaan dengan manuskrip Mushaf Quran Terengganu

4. Peta lama Pahang yang mempunyai perkaitan dengan Terengganu terutama persempadanan daerah Kuantan-Kemaman

5. Makam Sultan Muhammad Syah Ibni Sultan Mansur Syah Melaka

KPE R-TIHiLS, Dato' Hj Mohd Yusof serta pegawai R-TIHiLS menjalankan kajian awal berkaitan tapak pertabalan Sultan Zaina...
28/04/2026

KPE R-TIHiLS, Dato' Hj Mohd Yusof serta pegawai R-TIHiLS menjalankan kajian awal berkaitan tapak pertabalan Sultan Zainal Abidin 1, pada 1708 (anggaran) di Kota Batang Mahang, Kg. Tanjung Baru, Hulu Terengganu.

Sedikit info- Tun Zainal Abidin Ibni Al Marhum Tun Habib Abdul Majid (kemudian Sultan Zainal Abidin , SZAI) ditabalkan menjadi Raja Terengganu oleh Nang Chayam (Mas Jayam) Ratu Patani. Dari Patani baginda bersama 80 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat turut bersama ke Tanjung Baru.

Kedatangan SZAI ke Tanjung Baru, mendapat perkenan kekanda baginda Sultan Abdul Jalil ibn Al Marhum Tun Habib (Johor) yang menghantar Raja Tua (Daeng Menambun) melantik dan menabalkan Tuanku SZA1.

Kajian awal mendapati lokasi Padang Seberang dan Setar, Tanjung Baru adalah pusat pemerintahan SZAI sebelum ke Langgar, Pulau Manis seterusnya ke Kuala Terengganu.

Pohon Terap menjadi saksi...

DAULAT TUANKU𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π ππ€π†πˆππƒπ€π’π”π‹π“π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sa...
26/04/2026

DAULAT TUANKU

𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π ππ€π†πˆππƒπ€
𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 26 April 2026 bersamaan 9 Zulkaedah 1447H.

DAULAT TUANKU

Address

R-TIHiLS, Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong
Kuala
20566

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096224067

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies:

Shortcuts

Share