Dapur Panas dan Majlis Iftar Perdana UniSIRAJ 2026
Tarikh: 16 Mac 2026
Tempat: Halfmoon, UniSIRAJ Kampus Pauh
゚viralシfypシ゚
Bahagian Komunikasi Korporat UniSIRAJ
Laman Rasmi Bahagian Komunikasi Korporat UniSIRAJ. Di Sini Pencinta Sunnah Dilahirkan.
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA UniSIRAJ DAN KPMAIWP
Tarikh: 10 Mac 2026
Masa: 3.30 petang
Tempat: Galeri 4 Mazhab UniSIRAJ, Kampus Pauh Putra.
UniSIRAJ dan Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) secara rasmi memeterai jalinan kerjasama strategik melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Kampus UniSIRAJ Pauh Putra. Dokumen perjanjian ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor UniSIRAJ, YBrs. Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dan Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP, Profesor Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, sebagai simbolik komitmen kedua-dua institusi dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan Islam.
Melalui pematerian MoU ini, UniSIRAJ dan KPMAIWP akan bekerjasama erat dalam pelbagai aspek termasuk perkongsian kepakaran akademik, penyelidikan, serta pembangunan program mahasiswa. Kolaborasi ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang baharu yang memberi manfaat kepada warga kampus dan masyarakat, sekali gus memperkukuh peranan kedua-dua pihak dalam melahirkan generasi yang berilmu dan beridentiti nasional.
"DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN"
゚viralシfypシ゚
BICARA NAIB CANSELOR
Jangan sia-siakan pahala.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi sekolah untuk mendidik hati dan menjaga lisan. Jangan biarkan pahala puasa kita bocor dan hilang begitu saja dek kerana mengumpat, marah yang tidak terkawal, atau leka dengan perkara yang sia-sia.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
Bila terlalu perform semasa bekerja. Anda p**a bagaimana?
゚viralシfypシ゚
27/02/2026
MESYUARAT BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN CANSELORI
Tarikh: 27/2/2026 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Jabatan Canselori
SYUMUL, TAQWA, DINAMIK
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
10/02/2026
MAKLUMAN PENJENAMAAN SEMULA & PENGAMBILALIHAN HALAMAN FACEBOOK PPS KEPADA BKK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa selaras dengan penjumudan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) pada 1 Februari 2026, halaman Facebook ini kini secara rasminya diambil alih oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UniSIRAJ.
Penukaran nama halaman ini adalah sebahagian daripada langkah penyelarasan komunikasi di bawah BKK bagi memastikan penyampaian maklumat terus berjalan lancar dan efisien.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengikut atas sokongan yang diberikan kepada PPS sebelum ini. Kami berharap anda akan terus bersama kami di bawah identiti baharu ini untuk mendapatkan berita, aktiviti, dan pengumuman rasmi.
Teruskan bersama kami untuk info yang lebih segar dan terkini!
Bahagian Komunikasi Korporat
UniSIRAJ
19/12/2025
BERITA PPS UniSIRAJ - 17 DISEMBER 2025
PPS UniSIRAJ DEKATI PELAJAR ASNAF PERLIS MELALUI PROGRAM PENGENALAN “DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN”.
19/12/2025
PROGRAM PENGENALAN UniSIRAJ “DPSD”
Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UniSIRAJ telah menganjurkan Program Pengenalan UniSIRAJ “Di Sini Pencinta Sunnah Dilahirkan” bertempat di Masjid Al-Ghufran Batu 2 Lama dengan penyertaan 170 pelajar asnaf dari SMK Dato’ Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Perlis.
Program kerjasama melalui AsiaGlobal Marketing&Consultant (AGMC) ini bertujuan memperkenalkan UniSIRAJ sebagai IPT pilihan serta pendedahan awal laluan pengajian universiti. Program ini turut diserikan dengan Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) antara PPS UniSIRAJ dan AGMC bagi memperkukuh kerjasama akademik dan pembangunan pelajar pada masa hadapan.
PPS, UniSIRAJ
09/12/2025
Coretan perjalanan Graduan Sulung Doktor Falsafah UniSIRAJ - Dr. Ahmad Yusairi Yusli.
𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐡𝐃 𝐂𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐈𝐑𝐀𝐉
PERLIS, 2025 — Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) hari ini melakar sejarah apabila mengumumkan Ahmad Yusairi bin Yusli sebagai Graduan Sulung Doktor Falsafah (PhD) universiti tersebut sempena Majlis Konvokesyen UniSIRAJ 2025.
Ahmad Yusairi, yang kini merupakan Pensyarah Jabatan Syariah di UniSIRAJ, memulakan perjalanan akademiknya di Maktab Mahmud Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Bayt, Jordan. Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2017 dengan pencapaian Jayyid Jiddan, diikuti pengajian Sarjana dalam bidang Pengajian Islam yang diselesaikan pada tahun 2019 dengan CGPA 3.82.
Beliau mula berkhidmat sebagai pegawai mubaligh di Jabatan M***i Negeri Perlis sebelum menyertai KUIPs pada tahun 2020 sebagai pensyarah. Walaupun komitmen tugas yang padat sebagai pendidik dan pendakwah, beliau tetap berjaya meneruskan pengajian Doktor Falsafah bermula tahun 2022 dan menyempurnakan penulisan tesis dalam tempoh 1 tahun 10 bulan.
Beliau menjalani peperiksaan viva pada Oktober 2024 dan melengkapkan pembetulan tesis pada November 2024. Kejayaan ini selari dengan pengiktirafan penuh program Doktor Falsafah KUIPs yang diperoleh pada April 2024, sekali gus membuka laluan kepada penganugerahan beliau sebagai graduan PhD pertama UniSIRAJ.
Selain kejayaan akademik, Ahmad Yusairi turut memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada anak istimewa dan aktif menyumbang kepada masyarakat melalui pengisian kuliah dan dakwah di masjid-masjid sekitar negeri Perlis.
Sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan keilmuan beliau, Ahmad Yusairi telah dilantik sebagai Pengarah pertama Institut Pemikiran Al-Qaradawi (IPQ), UniSIRAJ pada Mac 2025. Pelantikan ini sekali lagi mencatat sejarah apabila beliau muncul sebagai graduan sulung PhD dan pada masa yang sama mengetuai institusi pemikiran strategik universiti.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen UniSIRAJ dalam melahirkan ilmuwan berdaya saing, berintegriti serta berperanan aktif dalam pembangunan ilmu dan masyarakat sejagat.
25/11/2025
SESI PEPERIKSAAN LISAN (VIVA VOCE) PELAJAR SARJANA PENGAJIAN ISLAM UniSIRAJ
Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UniSIRAJ ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada Aisyah binti Abdul Wahab pelajar program Sarjana Pengajian Islam (MQA/FA 15733) atas kejayaan lulus dalam Sesi Peperiksaan Lisan (Viva Voce) pada 25 November 2025 (Selasa).
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penyelia:
Penyelia Utama:
Dr. Mohammad Dhiya’ul Hafidh Fatah Yasin (FPI)
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa Peperiksaan Lisan (Viva Voce):
▪️Pengerusi - Dr. Muhammad Ihsan Idris (FPI)
▪️Pemeriksa Dalam - Dr Muhammad Lukman Mat Sin (FQS)
▪️Pemeriksa Luar - Dr. Muhammad Fairuz A. Adi (UIS)
▪️Wakil Fakulti - Ustaz Ahmad Akmal Wan Muhayudin
▪️Sekretariat dan Wakil PPS - Encik Roshazril Japri
Sekalung ucapan tahniah juga diucapkan kepada Dekan, Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Penyelidikan (TDPP) serta seluruh warga Fakulti Pengajian Islam (FPI), UniSIRAJ.
Semoga Allah SWT memberkati usaha ini. Jazakumullahu Khairan Kathira.
”SYUMUL, TAQWA, DINAMIK”
Di Sini Pencinta Sunnah Dilahirkan
28/10/2025
MAJLIS PEMASYHURAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN (UNISIRAJ)
Tarikh: 13 November 2025 (Khamis)
Tempat: Dewan 2020, Kangar, Perlis.
23/10/2025
SESI PEPERIKSAAN LISAN (VIVA VOCE) PELAJAR SARJANA PENGAJIAN ISLAM UniSIRAJ
Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UniSIRAJ ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH & SYABAS kepada ENCIK MUHAMMAD SYAKIR MAT KAMAL pelajar program Sarjana Pengajian Islam (MQA/FA15733) atas kejayaan lulus dalam Sesi Peperiksaan Lisan (Viva Voce) pada 23 Oktober 2025 (Khamis).
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada para penyelia:
Penyelia Utama
Dr. Mohd Aizul Yaakob (FPI)
Penyelia Bersama
Dr. Khalilullah Amin Ahmad (USM)
Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa Peperiksaan Lisan (Viva Voce):
▪️Pengerusi - Dr. Muhammad Ihsan Idris (FPI)
▪️Pemeriksa Dalam - Dr. Mohammad Dhiya’ul Hafidh Fatah Yasin (FPI)
▪️Pemeriksa Luar - Profesor Madya Dr. Muhammad Fawwaz Muhammad Yusoff (USIM)
▪️Wakil Fakulti - Encik Ahmad Akmal Wan Muhayudin
▪️Sekretariat dan Wakil PPS - Encik Roshazril Japri
Sekalung ucapan tahniah juga diucapkan kepada Dekan, Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Penyelidikan (TDPP) serta seluruh warga Fakulti Pengajian Islam (FPI), UniSIRAJ.
Semoga Allah SWT memberkati usaha ini. Jazakumullahu Khairan Kathira.
”SYUMUL, TAQWA, DINAMIK”
Di Sini Pencinta Sunnah Dilahirkan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Kuala
02000
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |