Tarbiyatul Aulad Centre

Tarbiyatul Aulad Centre

Share

Melahirkan Generasi Berilmu dan Berakhlak Mulia ๏ฟฝ

Photos from Tarbiyatul Aulad Centre's post 04/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ž๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐๐ข๐ซ๐š๐ค๐š๐ฆ ๐ฌ๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐†๐ข๐ซ๐ฅ ๐“๐š๐ฅ๐ค: โ€œ๐’๐š๐ฒ๐š ๐ƒ๐š๐ก ๐๐š๐ฅ๐ข๐ ๐กโ€ ๐Ÿ’.๐ŸŽ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข.

๐ŸŒท Senyuman Hari Ini, Bekalan Untuk Masa Hadapan ๐ŸŒท

Di sebalik gelak tawa, aktiviti dan kemeriahan sepanjang Girl Talk: โ€œSaya Dah Balighโ€ 4.0, tersimpan satu misi yang besar iaitu membantu anak-anak memahami fasa baligh dengan ilmu, adab dan kefahaman yang betul.

Alhamdulillah, hari ini kami melihat anak-anak yang berani bertanya, teruja belajar dan semakin yakin memahami perubahan yang bakal mereka lalui sebagai seorang muslimah.

Terima kasih kepada semua ibu ayah yang telah mempercayai kami untuk berkongsi ilmu dan membimbing anak-anak dalam fasa penting kehidupan mereka.

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman agama yang mendalam kepada setiap anakanda, memelihara hati dan akhlak mereka, serta menjadikan mereka anak-anak solehah yang membesar dengan iman, ilmu dan rasa cinta kepada agama.

โœจ Kerana seorang muslimah yang hebat bukan lahir secara kebetulan, tetapi dibentuk dengan ilmu, tarbiyah dan doa yang berterusan.

Photos from Tarbiyatul Aulad Centre's post 03/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐Œ๐จ๐ฆ๐ž๐ง ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐Š๐ž๐ฆ ๐“๐š๐ซ๐›๐ข๐ฒ๐š๐ก ๐€๐ง๐š๐ค ๐’๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐Ÿ’.๐ŸŽ

Hari terakhir, tapi kenangan dan pengalaman insya-Allah akan kekal lama didalam hidup anak-anak. ๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah, Kem Tarbiyah Anak Soleh 4.0 melabuhkan tirainya hari ini. Dua hari yang dipenuhi dengan ilmu, gelak tawa, cabaran, persahabatan dan pelbagai pengalaman berharga.

Terima kasih ibu ayah kerana mempercayai kami untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan tarbiyah anak-anak hebat ini. โค๏ธ

Photos from Tarbiyatul Aulad Centre's post 02/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฆ ๐“๐š๐ซ๐›๐ข๐ฒ๐š๐ก ๐€๐ง๐š๐ค ๐’๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐Ÿ’.๐ŸŽ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐ฐ๐š๐ซ๐ง๐š!

Bermula sebagai peserta, pulang dengan ilmu, pengalaman dan kenangan yang berharga. ๐Ÿ˜Š

Esok hari terakhir. Moga semangat yang dibina hari ini terus mekar hingga ke penghujung kem! ๐Ÿ’ชโœจ

#

Photos from Tarbiyatul Aulad Centre's post 30/05/2026

๐Ÿ”ฅ๐‹๐€๐’๐“ ๐‚๐€๐‹๐‹ | ๐Ÿ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‰๐ž ๐‹๐š๐ ๐ข !!!

Anak yang hebat tidak lahir secara kebetulan. Mereka dibentuk melalui didikan, bimbingan dan tarbiyah yang berterusan.

Cuti sekolah ini, berikan anak peluang untuk menambah ilmu, membina akhlak dan mengukuhkan jati diri dalam suasana yang positif.

Pendaftaran Kem Tarbiyah Anak Soleh 4.0 berbaki 1 hari sahaja lagi.
๐Ÿ“… 2&3 Jun 2026
๐Ÿ“HQ Bukit Payong

๐Ÿ“Œ Tempat terhad. Daftar sebelum pendaftaran ditutup.
https://wa.link/xbi67b
https://wa.link/xbi67b
https://wa.link/xbi67b

Photos from Tarbiyatul Aulad Centre's post 27/05/2026

๐Ÿ”ฅ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€ ๐‹๐€๐†๐ˆ!
๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ข๐›๐ฎ ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐š๐ก ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐š๐ง๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š. ๐†๐ข๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ฅ๐š๐ ๐ข?

โ€œ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐กโ€ฆ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐š๐ซ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ก๐ž๐ง๐ญ๐ข ๐ฌ๐ž๐ก๐š๐ซ๐ข, ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐ญ๐ฎ ๐๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ฅ๐ข๐คโ€ฆ ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ง๐š ๐ฌ๐จ๐ฅ๐š๐ญ ๐ค๐ž ๐ญ๐š๐ค?โ€

โ€œKalau mandi wajib tapi tak niatโ€ฆ sah ke?โ€

โ€œMacam mana nak kira haid sebenarnya? Saya selalu confusedโ€ฆโ€

Itulah antara soalan-soalan yang keluar masa program Girl Talk sebelum ni.

Ada yang tunduk malu nak bertanya. Ada yang selama ni cuma ikut apa orang cakap. Ada juga yang baru pertama kali tahu rupa-rupanya banyak perkara tentang haid dan mandi wajib yang dia belum faham dengan betul.

Sedihnyaโ€ฆ ramai anak perempuan dah baligh, tapi masih keliru tentang perkara asas yang wajib mereka tahu.

Ada yang tak tahu cara kira tempoh haid. Bila darah berhenti sekejap dalam tempoh haid (naqaโ€™), terus jadi keliru sama ada perlu solat atau tak.

Ada yang ingat mandi wajib cuma โ€œmandi biasaโ€. Sedangkan mandi wajib perlu ada niat dan cara yang betul supaya ibadah kembali sah.

Bayangkanโ€ฆ Kalau bertahun-tahun solat ditinggalkan sebab salah faham tentang haid? Atau mandi wajib dibuat tanpa tahu rukun yang sebenar?

Sebab itu program Girl Talk: Saya Dah Baligh dijadikan program setiap cuti sekolah.

Bukan sekadar kelas. Tapi ruang selamat untuk anak-anak perempuan belajar perkara yang kadang mereka malu nak tanyaโ€ฆ walaupun itu perkara penting dalam hidup mereka sebagai seorang Muslimah.

Dalam program ni, peserta akan belajar:
โœจ Cara kiraan haid dengan mudah difahami
โœจ Apa yang perlu dilakukan ketika tempoh naqaโ€™ haid
โœจ Cara mandi wajib yang betul beserta niat
โœจ Perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan ketika haid
โœจ Soal jawab santai yang dekat dengan realiti remaja perempuan hari ini

Kadang kita ingat anak dah besar, dia dah tahu semuanya.

Hakikatnyaโ€ฆ ramai yang masih keliru. Dan mereka sebenarnya perlukan seseorang untuk membimbing tanpa menghukum.

Ibu ayah, Ilmu seperti ini bukan ilmu yang boleh ditangguh-tangguh. Bila anak dah baligh, dia sedang memikul tanggungjawab ibadah dalam hidupnya.

Jangan biarkan anak belajar sendiri dalam kekeliruan. Bimbing mereka dengan ilmu yang betul sebelum mereka mencari jawapan di tempat yang salah.

๐Ÿ’– Sertai Girl Talk: Saya Dah Baligh 4.0
๐Ÿ—“ 4 June 2026
โš ๏ธ Terhad kepada 30 orang peserta sahaja

Tekan link di bawah untuk daftar sekarang ๐Ÿ‘‡
https://wa.link/8lfafq
https://wa.link/8lfafq
https://wa.link/8lfafq

27/05/2026

โœจ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab hadirnya keberkatan, ketenangan dan kasih sayang dalam kehidupan kita. ๐Ÿค

Moga Aidiladha kali ini mendidik hati kita tentang erti keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan yang sebenar.

Ikhlas daripada
Tarbiyatul Aulad Centre ๐ŸŒ™

25/05/2026

โ€œ๐Œ๐š๐คโ€ฆ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ง๐ข ๐š๐๐š ๐ฅ๐š๐ ๐ข ๐ญ๐š๐ค ๐Š๐ž๐ฆ ๐“๐š๐ซ๐›๐ข๐ฒ๐š๐ก ๐€๐ง๐š๐ค ๐’๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ญ๐ฎ?โ€

Itu antara mesej yang kami terima selepas kem sebelum ni tamat.

Bila teringat balik suasana kem lepasโ€ฆ memang banyak momen yang susah nak dilupakan.

Ada anak yang datang hari pertama dengan muka takut-takut. Tak kenal sesiapa. Tak biasa berjauhan dengan mak ayah.

Ada yang terlalu lasak. Ada juga yang terlalu pendiam.

Tapi masuk hari keduaโ€ฆ mereka mula berubah.

Mula solat berjemaah tanpa disuruh.
Mula belajar hormat kawan.
Mula bercakap lebih lembut.
Mula faham tentang adab dan tanggungjawab.

Dan slot paling โ€œkillerโ€ ialahโ€ฆ

โœจ Slot Pengurusan Jenazah โœจ

Bila anak-anak lihat sendiri bagaimana jenazah dimandikan dan dikafankanโ€ฆ suasana terus berubah.

Anak-anak yang tadi bising tiba-tiba diam.

Ada yang termenung.
Ada yang menangis teringat ibu ayah.
Dan paling sebakโ€ฆ ada yang balik terus peluk mak ayah erat-erat.

Kadang anak-anak bukan tak baik.
Mereka cuma perlukan suasana yang boleh menyentuh hati mereka.

Sebab itu Kem Tarbiyah Anak Soleh 4.0 bukan sekadar kem cuti sekolah biasa.

Ini tempat anak-anak belajar tentang adab, solat, persahabatan, kehidupanโ€ฆ dan juga kematian.

Kami tak janjikan anak berubah 100% dalam beberapa hari.

Tetapi kami percayaโ€ฆ
kadang satu suasana yang baik, satu nasihat yang masuk ke hati dan satu pengalaman yang menyentuh jiwaโ€ฆ

boleh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang anak. โค๏ธ

Jom hadiahkan anak-anak pengalaman yang bermakna ini pada 2 & 3 June nanti.

โš ๏ธ Tempat sangat terhad.
Tekan link untuk pendaftaran sekarang ๐Ÿ‘‡
https://wa.link/xbi67b
https://wa.link/xbi67b

25/05/2026

โœจ ๐ˆ๐›๐ฎ ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐๐š๐ฒ๐จ๐ง๐ , ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐š๐ง๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ฅ๐ข๐ ๐ก, ๐š๐ฎ๐ซ๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข.

Bila anak dah masuk umur baligh, mereka bukan sekadar berubah fizikalโ€ฆ

Tapi sedang memasuki fasa paling mencabar dalam hidup seorang remaja perempuan.

Kalau salah bimbingan, mereka boleh membesar dalam kekeliruan.
Kalau betul didikan, mereka membesar dengan maruah, ilmu dan keyakinan diri. ๐Ÿค

โœจ Sebab itu Girl Talk 4.0 diwujudkan dan diadakan setiap cuti sekolah.
Bukan sekadar program biasaโ€ฆ tapi ruang selamat untuk anak perempuan belajar tentang diri mereka dengan cara santai, selesa dan patuh syariah.

๐Ÿ’– Antara pengisian menarik:
๐ŸŒท Haid & Baligh
๐ŸŒท Aurat & Maruah Diri
๐ŸŒท Boundaries & Keselamatan Diri

๐Ÿ“… 4 June 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang

๐Ÿ’ฐ RM80 termasuk makan minum & sijil penyertaan
๐Ÿ‘ง Umur 9 โ€“ 15 tahun

โš ๏ธ TERHAD 30 peserta sahaja!

Hari ini mungkin mereka malu bertanyaโ€ฆ
Tapi esok kita akan menyesal jika mereka mencari jawapan di tempat yang salah.

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang sebelum penuh:
https://wa.link/8lfafq
https://wa.link/8lfafq
https://wa.link/8lfafq

25/05/2026

๐Ÿ”ฅ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐ˆ๐๐” ๐€๐˜๐€๐‡ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐๐€๐˜๐Ž๐๐†, ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† & ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Ÿ”ฅ

Masih cari program cuti sekolah yang BETUL-BETUL bermanfaat untuk anak?

โœจ Bukan sekadar kem biasaโ€ฆ
Tapi kem yang gabungkan TARBIYAH, AKTIVITI & PENGALAMAN SEBENAR untuk membina anak soleh sejak kecil.

๐ŸŒ™ Kem Cuti Sekolah Tarbiyah Anak Soleh 4.0
๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป๐Ÿ‘ง๐Ÿป Lelaki & perempuan umur 7โ€“17 tahun

Antara aktiviti menarik: โœ… Praktikal solat & wuduk
โœ… Pengurusan jenazah sebenar
โœ… Aktiviti teamwork & bina keyakinan diri
โœ… Aktiviti tanpa gadget
โœ… Suasana Islamik yang menyeronokkan

๐Ÿ“ HQ Bukit Payong
๐Ÿ“… 2 & 3 June 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ’ฐ RM90 sahaja
๐Ÿ› Termasuk makan, minum & sijil penyertaan

โš ๏ธ TEMPAT SANGAT TERHAD
Ramai ibu ayah dah mula lock slot anak masing-masing!

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang:
https://wa.link/xbi67b
https://wa.link/xbi67b
https://wa.link/xbi67b

04/05/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Prof. Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar atas pelantikan sebagai Datoโ€™ M***i Negeri Terengganu berkuatkuasa mulai 4 Mei 2026.

Semoga amanah ini dipikul dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan dalam membimbing ummah.
Moga Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ memberkati dan mempermudahkan segala urusan.

Selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada:
Tarbiyatul Aulad Centre
(Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain)

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Tarbiyatul Aulad Centre HQ
Kuala
20300