06/06/2023
CARTA GANT
FASA 1
Pada fasa ini, akaun page mula dicipta pada 20/5/2023. Kami telah mereka nama page, menetapkan design , dan mengisi segala maklumat data yang diperlukan pada bio ketika membina akaun ini. Kemudian, kami telah memilih dan menghias fb page dengan profile picture dan wallpaper cover yang sesuai.
Pada 27 Mei 2023 Carta organisasi telah direka dan dibuat melalui aplikasi Canva.
Pada 29 Mei 2023 kumpulan kami memulakan langkah menghantar postingan pertama sebagai tanda perkenalan kepada warga Facebook.
FASA 2
Seterusnya, pada fasa kedua ini bertarikh 22 Mei 2023, kami telah membuat perjumpaan bersama ahli di ruang kolaboratif di Perpustakaan UniSZA pada waktu petang untuk membincangkan tentang seminar yang ingin dilaksanakan. Kami telah merangka dan menetapkan tajuk seminar dan tentatif program tentang atur cara program tersebut. Cadangan dan mendapatkan maklumat penceramah juga dibincangkan dalam perjumpaan tersebut.
Pada 23 Mei 2023, ahli protokol memainkan peranan dalam menyediakan dan menyiapkan surat jemputan. Selain itu, ahli jawatankuasa juga turut ditetapkan dan pembahagian tugas turut diagihkan oleh timbalan pengarah melalui group WhatsApp. Seterusnya, pada 25 Mei unit media menyiapkan poster hebahan untuk dihebahkan dalam laman facebook.
FASA 3
Pada fasa ini, sebelum menjelang kepada program seminar, unit protokol menyediakan dan menyiapkan teks pengacara majlis, dan teks moderator pada 26 Mei 2023. Kami juga telah merangka soalan untuk diberikan kepada penceramah. Pada 27 Mei 2023 para ahli juga masing-masing menyiapkan slaid pembentangan untuk diberikan kepada penceramah. Unit media dan teknikal juga telah menyediakan pautan awal Google Meet sebelum program berlangsung yang diagihkan melalui Group WhatsApp.
FASA 4
Program seminar berlangsung pada 29 Mei 2023 tepat pukul 2 petang. Pengerusi majlis dan moderator memainkan peranan masing-masing untuk mengendalikan program agar berjalan lancar. Penceramah memberikan sepenuh komitmen dalam menyampaikan seminar berkaitan keldai akaun. Sesi soal jawab juga ditanya oleh peserta pada hari itu yang terdiri daripada ahli kumpulan sendiri. Sesi fotografi juga diadakan selepas seminar tamat sebagai bukti mengadakan program seminar pada hari tersebut.
FASA 5
Pada fasa ini, kami telah mengemas kini dan menghiasi laman page dengan maklumat dan informasi yang telah dikumpulkan selepas program seminar tamat.