03/06/2026
Kunjungan Hormat UMT ke Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd. (TADC)
3 Jun 2026 | Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Profesor Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah @ Polity Ak Kria, bersama Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan, Profesor Madya Dr. Khairul Anuar bin Mat Amin serta delegasi UMT, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengurus Besar Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd. (TADC), Encik Azhar @ Wahab bin Jusoh bagi memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan industri dalam pembangunan sektor agroteknologi di Negeri Terengganu.
Kunjungan ini turut membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik dalam aspek penyelidikan, inovasi, pemindahan teknologi, pembangunan produk, pengkomersialan hasil penyelidikan serta pemerkasaan ekosistem agromakanan dan keusahawanan berasaskan teknologi.
Dalam sesi tersebut, beberapa produk inovasi dan kepakaran UMT turut diketengahkan sebagai potensi kolaborasi bersama pihak TADC, khususnya dalam menyokong agenda pembangunan industri agroteknologi, keselamatan makanan serta peningkatan nilai tambah produk tempatan di Terengganu.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara UMT dan TADC dalam memperkukuh agenda inovasi, pengembangan teknologi dan pembangunan industri berimpak tinggi demi manfaat komuniti serta pembangunan ekonomi negeri.