UniSZA Holdings Sdn Bhd

UniSZA Holdings Sdn Bhd UniSZA Holdings Sdn Bhd (1016800-W) is a wholly-owned investment company of Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

4 OGOS 2026 I SELASALawatan ke Tapak Penanaman Melon Manis Terengganu (MMT), UniSZA Kampus Besut.Pengenalan kepada dunia...
04/08/2026

4 OGOS 2026 I SELASA

Lawatan ke Tapak Penanaman Melon Manis Terengganu (MMT), UniSZA Kampus Besut.

Pengenalan kepada dunia pertanian bukan sekadar di dalam bilik kuliah, tetapi turut diterjemahkan melalui pengalaman di lapangan. 🌱🍈

Hari ini, Tapak Penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Kampus Besut menerima kunjungan istimewa daripada Kumpulan Usrah Wanita Kota Bharu.

Dalam sesi lawatan ini, CEO UniSZA Holdings Sdn Bhd (UHSB) berkongsi potensi besar projek Melon Manis Terengganu sebagai platform pembelajaran, penyelidikan dan pemerkasaan industri, selain mengetengahkan kepakaran tenaga akademik UniSZA dalam bidang pertanian.

Turut mencuri perhatian ialah pembentangan oleh pelajar Fakulti FBIM yang diketuai oleh Saudara Rashdan, yang berkongsi pengalaman mengurus projek serta penglibatan mahasiswa dalam memenuhi keperluan pembelajaran dan latihan praktikal di lapangan.

Lawatan seperti ini membuktikan bahawa UniSZA bukan sahaja melahirkan graduan berilmu, malah menyediakan ruang pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Terima kasih atas kunjungan dan semoga jalinan silaturahim serta perkongsian ilmu ini terus berkembang. 💚

30JULAI 2026 | KHAMIS✨ Program Kembara Pendidikan KPT @ Terengganu 📍SMK Renek, BesutUniSZA menerusi Fakulti BioSumber da...
30/07/2026

30JULAI 2026 | KHAMIS

✨ Program Kembara Pendidikan KPT @ Terengganu

📍SMK Renek, Besut

UniSZA menerusi Fakulti BioSumber dan Industri Makanan (FBIM) telah menganjurkan Program Kembara Pendidikan KPT @ Terengganu di SMK Renek, Besut.

Ketua Pegawai Eksekutif UHSB yang juga Yang Dipertua PIBG SMK Renek telah menyampaikan ucapan alu-aluan serta menyatakan komitmen UHSB untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama FBIM UniSZA dalam usaha mengkomersialkan hasil pertanian melalui inovasi dan kepakaran universiti.

Turut hadir ialah Dr. Zarizal bin Suhaili, Timbalan Dekan FBIM.

Semoga kolaborasi ini terus memperkasa pembangunan ilmu, inovasi dan kesejahteraan komuniti.

27/07/2026

💙 Bebas Sakit Sendi, Kembali Bergerak Aktif

Menjaga kesihatan sendi adalah kunci utama untuk kekal aktif dan menikmati kehidupan seharian tanpa kesakitan.

Di Klinik Perubatan UMC, kami menyediakan konsultasi bersama doktor serta rawatan Shockwave Therapy serendah RM250 untuk membantu merawat masalah sakit sendi anda.

Kelebihan Shockwave Therapy:
✅ Rawatan tidak invasif (tanpa pembedahan & tanpa jarum)
✅ Membantu merangsang penyembuhan tisu & meredakan keradangan
✅ Meningkatkan mobiliti serta kelancaran pergerakan
✅ Masa pemulihan yang singkat dan pantas

Rawatan dan pemeriksaan dijalankan berdasarkan penilaian doktor serta kesesuaian setiap individu.

📲 Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat temujanji.

*Tertakluk kepada penilaian doktor serta terma dan syarat.

✨UHSB SERTAI BENGKEL PELAN STRATEGIK UniSZA 2026–2030✨UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) telah menyertai Bengkel Pelan Str...
25/07/2026

✨UHSB SERTAI BENGKEL PELAN STRATEGIK UniSZA 2026–2030✨

UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) telah menyertai Bengkel Pelan Strategik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2026–2030 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Julai 2026 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen UHSB sebagai anak syarikat milik penuh UniSZA dalam menyokong agenda transformasi universiti ke arah kecemerlangan, kelestarian dan daya saing yang mampan.

Dalam sesi pembentangan, Ketua Pegawai Eksekutif UHSB telah membentangkan Pelan Strategik UHSB, yang menggariskan hala tuju syarikat dalam memperkukuh kedudukannya sebagai entiti komersial universiti. Pelan ini memberi penekanan kepada usaha memperluaskan sumber pendapatan, meningkatkan kecekapan operasi, memperkasa jaringan strategik serta memperkukuh kemampuan kewangan syarikat bagi menyumbang secara signifikan kepada penjanaan hasil dan kelestarian kewangan UniSZA.

Bengkel ini turut menjadi platform strategik untuk menyelaraskan aspirasi, matlamat dan inisiatif antara universiti dan anak-anak syarikat, sekali gus memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan secara bersepadu, berimpak tinggi dan memberi nilai tambah kepada pembangunan institusi.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, yang menekankan kepentingan perancangan strategik sebagai pemacu utama kepada kecemerlangan organisasi dan kemampanan institusi.

UHSB komited untuk terus menjadi rakan strategik universiti dalam merealisasikan aspirasi UniSZA melalui pelaksanaan inisiatif yang berorientasikan prestasi, inovasi dan nilai, demi memastikan kelestarian kewangan universiti serta kecemerlangan organisasi dapat dicapai secara berterusan.

21/07/2026

🌿 Jaga Kesihatan Anda & Keluarga Dengan Pemeriksaan Awal

Cuaca yang tidak menentu boleh memberi kesan kepada kesihatan. Jika anda ingin mendapatkan pemeriksaan dan nasihat perubatan, Klinik Perubatan UMC UNISZA sedia membantu.

💊 Pakej Promo RM50 merangkumi:
✅ Konsultasi bersama doktor*
✅ Pemeriksaan mengikut keperluan
✅ Ubat mengikut penilaian doktor*

Perkhidmatan disediakan untuk simptom seperti:
• Demam
• Batuk
• Selesema
• Sakit tekak

📍Walk-in atau buat temujanji mengikut keselesaan anda.

📲 Klik WhatsApp sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan.
*Tertakluk kepada pemeriksaan dan penilaian doktor serta terma & syarat klinik.

19/07/2026

KENYATAAN RASMI

UniSZA Medical Services Sdn. Bhd. ingin memohon maaf atas isu berkaitan bunting iklan Klinik Perubatan UMC yang telah mendapat perhatian masyarakat.

Kami mengakui terdapat pemilihan perkataan yang kurang sesuai dan mengambil maklum segala teguran serta pandangan yang diberikan dengan hati yang terbuka.

Bunting tersebut telah diturunkan pada hari yang sama ia dipasang, dan kami telah menyemak semula proses kelulusan bahan promosi bagi memastikan semua kandungan pada masa akan datang lebih teliti, profesional serta menghormati sensitiviti masyarakat.

Kami amat menghargai setiap maklum balas yang diberikan dan akan terus komited menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, berintegriti serta mengutamakan kepercayaan masyarakat.
Kenyataan rasmi penuh adalah seperti yang dilampirkan.

Terima kasih atas kefahaman dan sokongan semua.

19 JULAI 2026 l AHAD✨PERBINCANGAN STRATEGIK: UHSB & PENGARAH KAMPUS BESUT📍UniSZA Kampus BesutSatu sesi perbincangan tela...
19/07/2026

19 JULAI 2026 l AHAD

✨PERBINCANGAN STRATEGIK: UHSB & PENGARAH KAMPUS BESUT

📍UniSZA Kampus Besut

Satu sesi perbincangan telah diadakan antara UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) dan Pengarah Kampus Besut bagi meneroka peluang kerjasama strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak.

Perbincangan ini memfokuskan kepada potensi kolaborasi dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan program, latihan, penyelidikan, perkhidmatan profesional serta inisiatif yang dapat menyokong kecemerlangan akademik dan pembangunan komuniti.

Semoga perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta membuka lebih banyak peluang untuk pembangunan yang mampan dan memberi manfaat kepada semua pihak.

🏥 Klinik Perubatan UMC – UniSZA Holdings Sdn. Bhd. menyediakan konsultasi dan pemeriksaan secara profesional, sulit dan ...
09/07/2026

🏥 Klinik Perubatan UMC – UniSZA Holdings Sdn. Bhd. menyediakan konsultasi dan pemeriksaan secara profesional, sulit dan beretika bagi membantu mengenal pasti punca masalah serta mencadangkan rawatan yang bersesuaian mengikut keadaan kesihatan anda.

💙 Jom Follow Facebook Rasmi Klinik Perubatan UMC – UniSZA Holdings Sdn. Bhd.!Dapatkan pelbagai info terkini berkaitan:✅ ...
09/07/2026

💙 Jom Follow Facebook Rasmi Klinik Perubatan UMC – UniSZA Holdings Sdn. Bhd.!

Dapatkan pelbagai info terkini berkaitan:
✅ Perkhidmatan klinik pakar
✅ Tip dan pendidikan kesihatan
✅ Hebahan program serta promosi
✅ Waktu operasi dan pengumuman penting

Tekan Follow sekarang dan kongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan. Terima kasih atas sokongan anda!

https://www.facebook.com/share/1B14X2BChm/

UMC Medical Clinic
Fokus: Kesihatan Lelaki & Sports Medicine
Di bawah UniSZA Holdings Sdn. Bhd.

6 JULAI I ISNIN📍UniSZA@PutrajayaMemperkukuh Jaringan Strategik, Memacu Kecemerlangan UHSB.UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHS...
06/07/2026

6 JULAI I ISNIN
📍UniSZA@Putrajaya

Memperkukuh Jaringan Strategik, Memacu Kecemerlangan UHSB.

UniSZA Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) terus memperkukuh hubungan strategik bersama kepimpinan universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui beberapa siri pertemuan penting.

🤝 Kunjungan Hormat Lembaga Pengarah UHSB yang diketuai oleh Pengerusi UHSB kepada Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh, Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA. Sesi ini turut menyaksikan pembentangan Pelan Perniagaan UHSB oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UHSB yang menggariskan hala tuju strategik dan perancangan masa hadapan syarikat.

🤝 Sesi Libat Urus bersama En. Izamael Zamzuri, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang diketuai oleh Naib Canselor UniSZA. Perbincangan tertumpu kepada penyelesaian isu-isu tadbir urus berkaitan penubuhan anak syarikat universiti serta usaha memperkukuh ekosistem pengurusan yang lebih mampan.

🤝 Perbincangan Strategik antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UHSB bersama En. Azhar, Setiausaha Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, KPT, bagi meneroka peluang kerjasama yang mampu memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam pembangunan modal insan, latihan dan inisiatif strategik.

Address

Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UniSZA Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096671495

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UniSZA Holdings Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share