15/08/2026
🌟 LENSASRITIBM | HARI TERBUKA & UJIAN SARINGAN MURID TAHUN 1 SESI 2027 🌟
Alhamdulillah, telah berlangsung Hari Terbuka dan Ujian Saringan Murid Tahun 1 Sesi 2027 pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di SRITI Darul Amilin Bukit Malawati.
Program ini menjadi ruang buat ibu bapa mendapatkan penerangan dengan lebih dekat berkaitan sistem persekolahan di SRITI, merangkumi aspek kurikulum, silibus pembelajaran serta aktiviti kokurikulum yang disediakan dalam usaha membentuk generasi yang seimbang dari aspek ilmu, sahsiah dan kemahiran.
Dalam masa yang sama, turut berlangsung ujian saringan sebagai salah satu proses pemilihan dan penilaian awal bagi memastikan kemasukan murid ke Tahun 1 dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta berkualiti.
Semoga segala usaha ini menjadi langkah awal yang baik dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan berjiwa rabbani.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan bakal murid yang telah hadir serta memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.
MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI