26/01/2020
RePosted โข
๐Pernah dengar tak: Tadika yang paling hebat di dunia adalah Tadika yang PALING BISING. .
Lumrah semulajadi anak-anak adalah bercakap. Mereka berada di tahap bersosial. Jadi keperluan mereka adalah bermain dan bercakap. .
Apabila sesuatu keperluan di ketepikan, dan kita sogokkan dengan sesuatu yang bukan keperluan, tidakkah itu melawan proses semulajadi manusia? .
Kenapa ini berlaku? .
Kenapa ada yang mengukur tahap kesenyapan? .
Kenapa saya highlight perkara ini? Kerana ianya berlaku di Malaysia. Ada guru yang mengadu GB marah jika kelas bising. Tetapi sayang sekali jika GB tidak faham. Membuatkan saya pelik, bukankah GB belajar pendidikan. Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam keadaan senyap. Kita perlu ubah mentaliti pemahaman terhadap proses pembelajaran. .
Dan saya sangat pelik kenapa ada tadika yang senyap sunyi sepanjang masa. Anda tidak pelik? .