08/08/2023
Bismillah.
Ramai anak-anak yang tak enjoy bila masuk kelas matematik. Ibu ayah pun ada bagitau, anak-anak diorang kurang minat matematik sebab susah katanya.
Haaa jom, kita bagi anak-anak have fun dengan nombor, angka, dan yang berkaitan dengan ilmu hisab ni.
PUSAT TADABBUR 4 KIDS (PT4K) buat Kem Syoknya Maths! sempena cuti sekolah hujung bulan 8 ini. Ada 2 pilihan pakej. Boleh tengok details di poster ya.
Speed sifir, untuk anak-anak pantas dalam sifir. Maklumlah, sifir ni nak taknak memang kena hafal. Sifir umpama jantung untuk subjek matematik.
Ada indoor games yang berkaitan dengan matematik, fun sempoa, silangkata matematik, art & craft pun berkaitan dengan matematik.
Dan kita juga ada bonus, iaitu tadabbur surah al Fatihah, slot smart wudhuk dan smart solat ikut cara Nabi SAW.
Hantar pagi, balik petang insyaAllah.
Anak-anak juga disediakan makan minum sebanyak 3 kali sehari. Parents hantar dan ambil je, tak perlu risau hal lain. Syoknya! ๐