Fun Learning Center

Fun Learning Center

Share

We teach in different way

28/11/2023

Bukan mudah nak SEBUTKAN perkataan yang Terhasil dari gabungan 3 huruf.

Melalui teknik BUNYI HURUF , insyaallah anak2 kita makin mahir & makin lancar .

Selamat mencuba .

07/11/2023

Bukan tak tahu . Tapi lupa .. Ini mmg ciri2 yang Ada pada anak2 yang bermasaalah dlm pendidikan. Ciri2 dyslexia mmg salah satu nya ialah mudah Lupa.

Tapi jangan risau ibu ayah..

Tc share TIPS ya ..

Kita kene buat ulangan. Cakap berulang2.

Cuba amalkan setiap pagi bịcara tentang nama hari .

Boleh Cuba at every morning. Time kita sarapan sebelum hantar anak2 ke sekolah.

Or sembang Santai dalam perjalanan ke sekolah .

Cuba tau ….

Love, Tc Jey

25/10/2023

Bukan selalu Teacher di arah2
🤭
Bukan semua boleh di arah2
Kita di FLC Cuba memahami setiap murid yang ada.

Arman , masih belum faham arahan. Arman biasanya Akan buat dengan cara yang tersendiri .

Belum faham banyak pekara .
Ada masanya dia ketawa tak kena masa .

Contoh nya , sewaktu pelajar lain buat salah dan kena marah. Dia Akan ketawa s**a hati.

Sebab nya??

Arman belum faham keadaan . Dan Kami di FLC akan membantu Arman memahami keadaan .

Insyaallah , soon Arman akan tahu pelbagai rasa dan insyaallah dpt membentuk diri menjadi Arman yang lebih memahami .

Love,
Tc Jey
25/10/23

23/10/2023

Selain membaca dan menulis , kita belajar buat garisan juga 🤭 nampak mcm tak perlu ajar .. tetapi bukan semua anak2 murid faham arahan . dari sekecil2 benda hingga ke yang besar2 Tc akan explained.

Membaca dan memahami amat penting . Kadang2 s**ar membuat mereka faham . Ada yang day dream . Ada plak yang fikiran melayang memikirkan yang lain .

Banyak yang perlu kita ambik tahu & beritahu.

Jom!! Kita sama2 bantu anak2 kita belajar .

19/10/2023

Bila student Tc Jauh .. Tc kene cari solusi utk student tidak boring or mencari alasan untuk tidak belajar . Raoof seorang yang ceria . Piano adalah once of his fov thing to do. So tc blend kan time utk belajar BAHASA dengan music yang dia s**a . Alhamdulillah.. semalam dia tidak mencari alasan untuk Abis kelas awal .

09/10/2023

Untuk anak2 yang lemah mengeja , kita perlu ^MENEKANKAN BUNYI HURUF ^ Supaya mereka dpt membayang kan bunyi huruf yang perlu mereka tulis .

Kadang2 sebutan yang kita guna kan tidak betul contoh nya bahasa pasar , bahasa dielek atau pun bahasa ciptaan kita dengan anak2 kita.

Oleh itu hasil ejaan mereka tidak betul. Belum terlambat . Kita mampu mengubahnya.

Jom!! Bersama Fun Learning . Kita belajar & bergembira bersama2.

Love, Tc Jey
Fun Learning

26/09/2023

Anak2 tidak s**a menulis?

Jangan di Paksa Ibu Ayoh ..
Kita buat something yang fun ..

Banyak cara untuk pupuk minat menulis ..

Ini salah satu cara .. kita suruh dia lukis apa yang kita tulis ..

Kenapa??

Nti Akan sampai chapter dia tulis apa yang kita lukis

🤭

Banyak cabaran mendidik sekarang ..
Semua x sama mcm dulu2

Ibu ayoh jgn Gelabah

Jom join TC di FLC , Tsb , Sg Buloh

21/09/2023

Jauh dr Sg Buloh ??

Itu tidak menjadi halangan

Kami di FLC ada menyediakan class On9.

Kelas membaca & menulis
Berselang2 dengan cara berkomunikasi ..

Jom!!
Sama2 kita belajar & membantu anak2 yang lemah pembelajaran .

Untuk lebih info , boleh click link di bawah yer ..

Salam sayang ,
Tc Jey

www.wassap.my/0183948712/on9 class

19/09/2023

Jom pandai baca bersama FLC

Aktiviti kita bukan hanya menulis .
Ada mcm2 aktiviti di sini .

Salah satunya kita buat kenal nombor dan pandai eja .

Anak2 boleh membaca.
Cuma kadang2 mereka s**ar mengeja.

Kerana apa ya?

Kerana sebutan kita.
Kadang2 kita sebut tidak terang dan bulat. Contohnya :- *telur*

Kita sebut *telo*

Jadi anak2 akan mengena TELO .

Ini kerana mereka keliru.
Maka kita harus mula kan dengan menyebut perkataan dengan betul. Jika bunyi nya harus berbunyi a , jangan di bunyi kan e .

Faham tak tu?

Kalau nak lebih faham , boleh practice dari sekarang .

Jangan segan2 Follow tc & student2 tc.

Kami belajar s**a2 jer.
Enjoy2 jer ..

Yang penting kita buat sampai mereka faham ❤️

Love ,
Tc Jey

12/09/2023

A***n , 9 tahun .
Bila membaca dan menulis dia perlu di bantu
Tetapi bab melukis ...
Tak perlu di suruh ...
Tak perlu di bantu ...

Dia terus jer melukis
Dia terus jer melakar
Siap warna2 guna pencil jer.

Boleh shadow2 kan lagi

Nampak tak?

Dlm kes**aran mereka membaca & menulis
Mereka ada kelebihan lain yang perlu kita gilap.
Apa yang PERLU ...

Ruang
Peluang
Dan yang paling penting KEPERCAYAAN KITA PADA MEREKA .

Salam Sayang ,
Teacher J
12/9/23

06/09/2023

Anak2 dan pandai baca ..
Bagussssss

Tetapi bukan semua Anak yang pandai baca boleh jawab soalan.

Kenapa??

Kerana mereka kurang faham apa yang mereka baca.

Oleh itu .. sesudah mereka membaca , ber Ikan beberapa soalan berdasarkan cerita yang mereka baca.

Ibu & bapa boleh menggunakan apa2 bahan baca yang ada. Kita cuba uji tentang kefahaman anak2 tentang bacaan mereka.

Anak2 yang kurang faham kandungan bahan bacaan mereka adalah disebabkan mereka tidak faham erti perkataan yang mereka baca , atau tidak memahami situasi atau mungkin juga mereka tidak focus pada apa yang mereka baca.

Jom!!

Kita sama2 semak dan Bantu anak2 yer .

Sayang Selalu ,
Tc Jey

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


35-2 Jalan Nautika BU 20B
Kuala
47000