Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT

Share

Page rasmi Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu.

25/05/2026

Hebahan : Bingkas Kasih kepada Pelajar baharu Asasi STEM & Diploma sesi 2026/2027

Kepada Bakal Pelajar (Pelajar baharu Asasi STEM & Diploma sesi 2026/2026) yang mempunyai masalah kewangan keluarga bukan penghalang untuk teruskan pengajian.

Tahniah!! Kepada Bakal Pelajar (Pelajar baharu Asasi STEM & Diploma sesi 2026/2027) yang telah ditawarkan mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Terengganu bagi sesi Akademik 2026/2027.

UMT menawarkan Bantuan Awal Pengajian yang bernilai RM200.00 kepada pelajar yang memerlukan (terutamanya kepada pelajar B40) untuk merealisasikan impian menyambung pengajian di UMT.

Untuk membuat permohonan Bingkas Kasih, Pelajar dimohon untuk Imbas Kod QR yang dipaparkan pada poster atau boleh mengisi di pautan https://forms.gle/cCmHDrSWxdx5NtYw9

Sekiranya pelajar menghadapi masalah kewangan untuk mendaftar di UMT boleh menghubungi pada nombor yang tertera

Encik Fadli bin Mamat, Ketua Pentadbiran, HEPA - 096334596 / 019-9845587
Cik Nur Aisyah binti Mustafa, Penolong Pendaftar, HEPA - 09-6334891 / 011-17831272
Puan Noor Zahiah Binti Mohd Zin , Pembantu Tadbir (P/O) (Kanan), HEPA - 09-6334323 / 019-9737976
Encik Muhammad Mukhlis Azamudden Bin Abdul Anzab, Pegawai Eksekutif 5 (Gred Pe.5), HEPA - 09-6334128 / 017-9476206"

&metogether

Photos from Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT's post 13/05/2026

TAWARAN PROGRAM DAPO MAIDAM@UMT FASA 3

UMT di bawah tagline dan sentiasa prihatin dan cakna terhadap keperluan pelajar terutamanya pelajar golongan berpendapatan rendah dan berkeperluan.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UMT telah melaksanakan Bantuan Baucer Makanan melalui Program Dapo MAIDAM@UMT kepada pelajar yang layak. Tawaran Program Dapo MAIDAM@UMT Fasa 3 2026 sebagaimana nombor matrik yang disertakan dipilih berdasarkan maklumat pendapatan dalam sistem maklumat pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar yang ditawarkan perlu membuat pengesahan pendapatan beserta dokumen sokongan yang diperlukan melalui pautan https://forms.gle/tsnaTB9XGp6XKJGU6 Kelulusan adalah bergantung kepada maklumat pengesahan yang dikemukan. Pelajar perlu melampirkan dokumen sokongan yang terkini. Kegagalan mengemukakan maklumat terkini boleh menyebabkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan.

Senarai pelajar yang DILULUSKAN akan dikemaskini melalui TELEGRAM Tajaan dan Kebajikan Pelajar UMT dari masa ke semasa berdasarkan pengesahan yang dibuat. Mohon pelajar Join TELEGRAM Tajaan dan Kebajikan Pelajar UMT
https://t.me/+ABEjkBwWrg9jYzJl.

Pelajar yang diluluskan perlu muat turun perisian aplikasi Program Dapo MAIDAM@UMT melalui Google Store atau Apple Store.

Semoga dengan inisiatif bantuan seumpama ini dapat membantu pelajar meneruskan proses pembelajaran dengan lebih sempurna. Pihak HEPA berharap baucer makanan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu di talian 09-6334323.

29/04/2026

πŸ“’πŸ“’Bantuan Kewangan Dana Siswa Sara Hidup Sarjana Muda Fasa 1 2026πŸ“’πŸ“’

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UMT akan membuka Bantuan Kewangan Dana Siswa Sara Hidup Sarjana Muda Fasa 1 2026 kepada semua pelajar Sarjana Muda yang layak untuk memohon Dana Siswa HEPA UMT sebagaimana berikut:

πŸ”…Tarikh permohonan: ~ 30 April - 7 Mei 2026

πŸ”…Syarat permohonan:
i. Terbuka kepada semua pelajar Sarjana Muda UMT βœ…
ii. Pelajar Muslim & Non Muslim berstatus aktif βœ…
iii. Pelajar yang berpendapatan keluarga B40βœ…
iv. Pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang kritikalβœ…

UMT di bawah tagline dan sentiasa prihatin dan cakna terhadap keperluan pelajar terutamanya pelajar golongan B40 dan sangat memerlukan.

Semoga dengan inisiatif bantuan seumpama ini dapat membantu pelajar meneruskan proses pembelajaran dengan lebih sempurna dan mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.

πŸ“² Permohonan boleh dibuat secara online melalui Pengurusan Tabung Zakat dan Kebajikan pada portal MyNemo Pelajar.

Untuk memastikan saudara/saudari tidak terlepas sebarang maklumat penting, sila ikuti kami di pautan berikut : https://t.me/+ABEjkBwWrg9jYzJl

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu di talian 09-6334323

Jangan lupa πŸ‘ LIKE page FB dan IG Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UMT

28/04/2026

πŸ”₯ PERHATIAN PELAJAR UMT! πŸ”₯

Jangan lepaskan peluang ini!

Sempena Program Investment Run & TradingView Analytics Challenge, pihak ASNB Kuala Terengganu akan membuka:

πŸ“ Kaunter Perkhidmatan & Pelaburan (Pendaftaran CELIK MADANI)
πŸ“… 2 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•› 12.00 tengah hari – 3.00 petang
πŸ“Œ Di bawah Auditorium Mahyuddin, FPEPS UMT

πŸ’‘ Khas untuk semua pelajar ijazah sarjana muda UMT
πŸ‘‰ Pendaftaran adalah DIWAJIBKAN

🎁 Apa yang anda akan dapat?
βœ”οΈ Akaun pelaburan ASNB
βœ”οΈ Insentif CELIK MADANI sebanyak RM50 PERCUMA
βœ”οΈ Pendedahan awal kepada dunia pelaburan & kewangan

πŸ“’ Ini adalah peluang keemasan untuk memulakan langkah pertama anda dalam pelaburan!

⚠️ Semua pelajar yang belum mempunyai akaun ASNB perlu hadir dan mendaftar.

Jangan tunggu lagi β€” hadir, daftar dan rebut insentif anda! πŸš€

Photos from Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT's post 23/04/2026

πŸ“£πŸ“£πŸ“£TAWARAN PROGRAM DAPO MAIDAM@UMT πŸ“£πŸ“£πŸ“£

UMT di bawah tagline dan sentiasa prihatin dan cakna terhadap keperluan pelajar terutamanya pelajar golongan berpendapatan rendah dan berkeperluan.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UMT telah melaksanakan Bantuan Baucer Makanan melalui Program Dapo MAIDAM@UMT kepada pelajar yang layak. Tawaran Program Dapo MAIDAM@UMT Fasa 2 2026 sebagaimana nombor matrik yang disertakan.

Penerima Program Dapo MAIDAM@UMT dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut:

1. Membuat PENGESAHAN PENERIMAAN pada pautan https://forms.gle/i44r98Ke2p5P9iAu6 . Maklumat kelulusan pada applikasi akan dikemaskini setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima.

2. Pelajar perlu muat turun perisian aplikasi Program Dapo MAIDAM@UMT melalui Google Store atau Apple Store.

3. Tarikh kuatkuasa penggunaan baucer makanan melalui Program Dapo MAIDAM@UMT adalah bermula Semester 2 Sesi 2025/2026. Poster Program Dapo MAIDAM@UMT akan dipamerkan di kafetaria yang terlibat.

4. Sila Klik pautan https://drive.google.com/.../1HCavLashWSeR6YYW9ZiiDeKMY3Q... untuk tatacara penggunaan aplikasi Program Dapo MAIDAM@UMT.

5. Sila Join TELEGRAM Tajaan dan Kebajikan Pelajar UMT
https://t.me/+ABEjkBwWrg9jYzJl

Semoga dengan inisiatif bantuan seumpama ini dapat membantu pelajar meneruskan proses pembelajaran dengan lebih sempurna. Pihak HEPA berharap baucer makanan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu di talian 09-6334323.

21/04/2026

NOTIS MAKLUMAN: OPERASI RUMAH REZEKI UMT

Sukacita dimaklumkan bahawa Rumah Rezeki UMT kini beroperasi mengikut jadual terkini bagi membantu meringankan beban mahasiswa, khususnya golongan B40.

Bantuan merangkumi:
πŸ“¦ Makanan asas (Beras, mi segera, tin sardin, dll)
🧼 Keperluan harian

Pelajar yang layak dijemput hadir dengan melakukan tempahan masa terlebih dahulu melalui imbasan kod QR yang disediakan. Kerjasama anda untuk membawa Kad Matrik amatlah dihargai bagi melancarkan proses verifikasi.

"Sumbangan Kami, Fokus Untuk Anda"

Sekian dimaklumkan, Terima kasih

01/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua pelajar Universiti Malaysia Terengganu (Asasi, Prasiswah dan Pascasiswazah)

SEGERA: PERMOHONAN SURAT TAWARAN PINJAMAN/BIASISWA

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk pengetahuan semua, salinan surat tawaran pinjaman/biasiswa yang diterima oleh pelajar tidak dihantar kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP).

3. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan Audit SETARA, semua pelajar Asasi, Prasiswazah dan Pascasiswazah yang menerima pinjaman/biasiswa dimohon untuk mengambil tindakan SEGERA dengan memuat naik surat tawaran berkenaan yang diterima daripada pihak penaja melalui pautan https://forms.gle/ZRipH6D4Mius6yKq8 selewat lewatnya 5 April 2026 (Ahad). Pelajar perlu memastikan surat tawaran yang dimuat naik adalah lengkap dan jelas bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama dan tindakan SEGERA amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

19/03/2026

πŸŒ™βœ¨ RAMADAN DI HATI
Mutiara Kata Alumni UMT 2026 βœ¨πŸŒ™

Sukacita dikongsikan mutiara kata inspirasi bersempena Ramadan 1447H yang disampaikan oleh alumni Universiti Malaysia Terengganu.

Setiap kali Ramadan hadir, ia membawa bersama harapan dan peluang yang tidak ternilai. Bulan yang mulia ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar bukan pada jasad yang menahan lapar dan dahaga, tetapi pada hati yang sabar serta jiwa yang mampu memaafkan.

Semoga Ramadan ini melembutkan hati, menyembuhkan luka yang tersembunyi serta mendekatkan kita kepada Tuhan dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran.

πŸ“… 29 Ramadan 1447H | 19 Mac 2026

Ikhlas daripada:
Siti Amira Noor Fadiana binti Jahangir Alam
Alumni Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian, 2023

Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

19/03/2026

Buletin HEPA Bingkas Bil.12 / 9 Mac 2026

Program Ziarah KKR-HEPA bersama komuniti

Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Program Ziarah KKR-HEPA Bersama Komuniti di sekitar Kampung Kubang Badak dan Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial universiti bagi menyantuni komuniti setempat khususnya golongan yang memerlukan seperti golongan asnaf, ibu tunggal serta warga emas yang menetap di kawasan sekitar universiti. Ini telah melibatkan sebanyak 10 buah rumah penduduk bagi menyampaikan sumbangan serta bertanya khabar keadaan mereka.

Sumbangan yang diberikan melibatkan barangan keperluan dapur dan bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban penerima. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan warga universiti terhadap kebajikan masyarakat setempat di samping mengeratkan hubungan antara universiti dan komuniti sekitar.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kompleks Siswa UMT
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00