Mubarak Taqwa Centre - MATAR

Mubarak Taqwa Centre - MATAR Mubarak Taqwa Centre ( Matar )
(1)

📚 KULIAH DHUHA MATAR, KG ATAS TOLAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Kuli...
17/08/2026

📚 KULIAH DHUHA MATAR, KG ATAS TOL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Kuliah Dhuha yang akan diadakan seperti berikut:

🗓️ Hari Selasa
🕘 9.30 pagi
📍 Mubarak Taqwa Centre (MATAR), Kg Atas Tol, Kuala Terengganu
https://maps.app.goo.gl/HfHp9X9F3PUHsU5n6?g_st=aw

🧑🏻‍🏫 Penyampai :
Al-Fadhil Ustaz Muhammad Aiman Ghazali

📖 Kitab : Bulughul Maram

🌿 Ayuh hidupkan pagi kita dengan majlis ilmu. Jemput ahli keluarga, sahabat dan kenalan untuk hadir bersama. Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman dan keberkatan kepada kita semua.

📌Group Info MATAR :
Bagi sesiapa yang ingin dapatkan maklumat program & jadual pengajian, boleh tekan link di bawah untuk join group.
https://chat.whatsapp.com/B53Zc9zp9ih07SIsfYViJt

17/08/2026

TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI

Suami wajib menunaikan nafkah zahir dan batin, termasuk memberikan pendidikan agama kepada isteri & anak-anak.

Kerana keluarga adalah amanah yang perlu dijaga, dibimbing dan dipimpin menuju reda Allah SWT.

16/08/2026

Alhamdulillah, bahan binaan telah sampai di MATAR, hasil daripada sumbangan dan infak tuan-puan semua.

Bahan-bahan binaan yang digunakan adalah mengikut spesifikasi dan piawaian SIRIM, termasuk bahan seperti besi dan keperluan binaan lain bagi memastikan pembinaan dapat dilaksanakan dengan baik, kukuh dan selamat.

Mudah-mudahan setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham pahala yang terus mengalir hingga ke akhirat. Semoga urusan pembangunan MATAR dipermudahkan dan berjalan lancar. 🤲🏻

11/08/2026

DOA MOHON KESIHATAN 🤲🏻

Jom amalkan doa ini. Semoga Allah Ta‘ala mengurniakan kesihatan buat kita, Insya Allah. Kongsikan, moga bermanfaat untuk semua

11/08/2026

Alhamdulillah, kerja-kerja konkrit asas tangga di bahagian kanan Pondok Warga Emas berjalan dengan baik.

Semoga segala urusan pembinaan seterusnya dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Insya-Allah.

10/08/2026

Jom hidupkan pagi kita dengan majlis ilmu. Pengajian Duha Berkitab diadakan setiap hari Ahad hingga Khamis, jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi dan terbuka kepada semua secara PERCUMA.

Ajak sahabat, keluarga, jiran-jiran hadir bersama, semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi asbab Allah Ta‘ala mengurniakan kepada kita kefahaman dalam agama, keberkatan dalam kehidupan serta kekuatan untuk terus beramal dan istiqamah. Insya-Allah. 🤲🏻

09/08/2026

JANGAN MALU UNTUK KEMBALI BELAJAR

Tidak pernah terlambat untuk mendekati Al-Quran dan mempelajari Fardu Ain. Walaupun usia semakin bertambah, pintu menuntut ilmu sentiasa terbuka.

Buat ibu-ibu dan ayah-ayah, mulakanlah walaupun sedikit. Yang penting ada kemahuan untuk belajar dan memperbaiki diri.

Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi langkah yang membawa kita semakin dekat kepada Allah SWT. 🤲🏻

08/08/2026

Allah tidak menggugurkan kewajipan solat kerana kaya atau miskin, sihat atau sakit. Selagi akal masih waras, solat tetap menjadi kewajipan mengikut kemampuan.

Solatlah, kerana orang yang menjaga solat, sebenarnya dia sedang menyempurnakan hidupnya. Kerana apabila hubungan dengan Allah terpelihara, urusan hidup yang lain akan dipermudahkan dengan izin-Nya.

🎯INFAQ TAMBUN TANAH MATARPeluang berinfaq masih dibuka bagi menampung kos tambun tanah, RM50/1 BahagianSemoga setiap rin...
07/08/2026

🎯INFAQ TAMBUN TANAH MATAR

Peluang berinfaq masih dibuka bagi menampung kos tambun tanah, RM50/1 Bahagian

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi pahala jariah yang berkekalan. Niatkanlah infaq ini buat ibu dan ayah, serta insan-insan yang kita kasihi.

Jom sama-sama berinfaq. Semoga Allah menerima setiap infaq yang dihulurkan dan menjadikannya saham di akhirat kelak.

Kepada yang ingin berinfaq boleh terus ke nombor akaun di bawah :

5630 1103 0153 ( MAYBANK )
PERTUBUHAN SAHABAT MUBARAK TERENGGANU

📲 Resit hantar kepada link whatsapp berikut
http://www.wasap.my/60103032293/InfaqTanah

Address

Lot 676 Jalan Haji Awang, Kg Atas Tol
Kuala
21070

Telephone

+60355243651

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mubarak Taqwa Centre - MATAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Mubarak Taqwa Centre - MATAR:

Shortcuts

Share

Category