SMK Kompleks Seberang Takir

SMK Kompleks Seberang Takir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Kompleks Seberang Takir, High School, SMK Kompleks Seberang Takir, Jalan Hulu Takir, Kuala.

Hardwork paid off! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‘πŸ‘Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Program Eco-School yang ...
10/06/2026

Hardwork paid off! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‘πŸ‘

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Program Eco-School yang diketuai oleh Cikgu Rabeah atas kejayaan memperoleh Pengiktirafan Green Flag Eco-School.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, kerjasama, dedikasi dan usaha gigih semua pihak dalam melaksanakan pelbagai aktiviti serta amalan kelestarian alam sekitar di sekolah. Pengiktirafan ini bukan sahaja menjadi bukti kecemerlangan pengurusan program, malah mencerminkan semangat warga sekolah dalam membudayakan gaya hidup lestari dan mesra alam.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta menginspirasi lebih ramai warga sekolah dalam memelihara dan memulihara alam sekitar demi generasi akan datang.

Tahniah dan syabas kepada semua Jawatankuasa Program Eco-School atas pencapaian yang membanggakan ini. πŸŒΏπŸ†πŸ’š

Alhamdulillah hari ini anak-anak cemerlang SPM 2025 DUN Seberang Takir (KOMSTAR &  SIF) diraikan dalam satu majlis yang ...
28/05/2026

Alhamdulillah hari ini anak-anak cemerlang SPM 2025 DUN Seberang Takir (KOMSTAR & SIF) diraikan dalam satu majlis yang cukup bermakna. Terima Kasih Dato yg sentiasa memberi inspirasi dan motivasi demi kecemerlangan anak-anak kami. β€œApa yang ditakdirkan untukmu tidak akan pernah melewatimu” Semoga anak-anak KOMSTAR sentiasa cemerlang dunia dan akhirat.

23/05/2026

Sebahagian projek Eco School Komstar! πŸ™Œ


Selesai sudah Sukantara Komstar bagi tahun 2026. Tahniah dan terima kasih pada semua murid Komstar yang menyertai kejoha...
21/05/2026

Selesai sudah Sukantara Komstar bagi tahun 2026. Tahniah dan terima kasih pada semua murid Komstar yang menyertai kejohanan kali ini.
Gambar boleh diakses pada link di bawah :

Shared album Β· Tap to view!

Kemeriahan Sambutan Hari Guru 2026Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2026 (Ahad) dengan pel...
19/05/2026

Kemeriahan Sambutan Hari Guru 2026

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2026 (Ahad) dengan pelbagai program dan aktiviti.

Program pada awal pagi dimulakan dengan acara sukaneka guru lelaki dan perempuan.

Sambutan pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Sdr Ervan Rizuan dan team Pak Pak untuk mengagihkan donut secara percuma kepada semua warga sekolah.

Majlis seterusnya berlangsung meriah dengan acara sambutan di dalam dewan dengan perarakan masuk guru-guru, nyanyian lagu Negaraku dan Guru Malaysia, bacaan ikrar dan perutusan hari guru.

Penyampaian anugerah dan cenderahati juga turut disampaikan kepada semua guru. Majlis berakhir dengan sambutan ringkas perpisahan Cikgu Mohd Fauzi yang akan berpindah ke SMK Bukit Guntong.

Pihak sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kek sempena hari guru.

"Guru Bitara, Nadi Negara"


Selamat Hari Guru 2026!πŸŽ‰"Guru Bitara Nadi Negara"
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026!πŸŽ‰

"Guru Bitara Nadi Negara"


πŸŒΏπŸ‘– ADA JEANS LUSUH ATAU KOYAK? πŸ‘–πŸŒΏJangan dibuang, dermakan kepada kami! ♻️Jika anda mempunyai seluar jeans atau pakaian d...
11/05/2026

πŸŒΏπŸ‘– ADA JEANS LUSUH ATAU KOYAK? πŸ‘–πŸŒΏ

Jangan dibuang, dermakan kepada kami! ♻️

Jika anda mempunyai seluar jeans atau pakaian denim yang;

βœ… Lusuh
βœ… Koyak
βœ… Tidak digunakan lagi

Anda boleh sumbangkan kepada kami untuk digunakan sebagai sebahagian daripada projek Eco School Komstar πŸ’š

πŸ“ Hantarkan kepada:
Cikgu Rabeah (Makmal Komputer 1)

Setiap sumbangan anda membantu mengurangkan sisa tekstil dan menyokong usaha kelestarian alam sekitar 🌎✨

Kami berikan β€œnafas baru” kepada jeans lama anda! πŸ’™



Dalam kesibukan meraikan Penutupan Karnival Kerjaya Madani dan Lestari Bahasa hari ini, kita juga Menyambut Penolong Kan...
10/05/2026

Dalam kesibukan meraikan Penutupan Karnival Kerjaya Madani dan Lestari Bahasa hari ini, kita juga Menyambut Penolong Kanan Pentadbiran baharu iaitu Cikgu Syed Ahmad Badli bin Syed Abdul Aziz ke SMK Kompleks Seberang Takir pada jam 12.40 tengah hari 10 Mei 2026. Selamat Datang , tahniah dan syabas
diucapkan dari kami ..semua warga KomStar…

SENARAI PEMPAMER diπŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŠπ„πŒππ€π‘π€ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐃𝐀𝐍 π‹π„π’π“π€π‘πˆ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 (πŠπ„πŒππ€π‘π€ π‹π„π’π“π€π‘πˆ) π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐁𝐏 πŠπ„-πŸ•πŸŽ 𝐏...
08/05/2026

SENARAI PEMPAMER di
πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŠπ„πŒππ€π‘π€ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐃𝐀𝐍 π‹π„π’π“π€π‘πˆ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 (πŠπ„πŒππ€π‘π€ π‹π„π’π“π€π‘πˆ) π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐁𝐏 πŠπ„-πŸ•πŸŽ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π™πŽπ π“πˆπŒπ”π‘:
ADABI
BSN TERENGGANU
Farm Fresh
GiatMARA
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Jabatan Pengangkutan Negeri Terengganu
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
Kolej MSU Terengganu
Kolej Al-Quran Terengganu
Muzium Negeri Terengganu
Lembaga Tabung Haji
MARA Terengganu
Noor Arfa Batik
Polis Diraja Malaysia
Pejabat Kesihatan Kuala Nerus
Pejabat Kesihatan Seberang Takir
Putih Rona Dagang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Negeri Terengganu
IKBN Wakaf Tapai
Politeknik Kuala Terengganu
Pusat Asasi STEM, UMT
UNITAR Kuala Terengganu
UiTM Kuala Terengganu
Yakult
Jabatan Pelancongan Terengganu

πŸ—“οΈ Tarikh: 8 – 10 Mei 2026 (Jumaat – Ahad)
πŸ“ Lokasi: SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus.

Temui anda di sana! Masuk PERCUMA!





Seramai 4 orang ahli Pandu Puteri Komstar mendapat Anugerah Jade semasa Program Jade Camp peringkat Antarabangsa di Kual...
07/05/2026

Seramai 4 orang ahli Pandu Puteri Komstar mendapat Anugerah Jade semasa Program Jade Camp peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan !!!

Address

SMK Kompleks Seberang Takir, Jalan Hulu Takir
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+6096672163

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Kompleks Seberang Takir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category