Raudhotul Quran Banggol Peradong

Raudhotul Quran Banggol Peradong Pusat Al-Quran dan Fardhu Ain Al-Huda
Kami menawarkan Kelas Iqra'/Al-Quran dan Fardhu Ain Kanak-kanak. Ada dua sesi petang dan malam.

Harga berpatutan dan discaunt untuk adik beradik 2 orang ke atas.

KELAS DIBUKA SEMULA PADA 29/3/26 AHAD
29/03/2026

KELAS DIBUKA SEMULA PADA 29/3/26 AHAD

KELAS RQBP PETANG DAN MALAM DITUTUP SEPANJANG BULAN RAMADHAN." Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak 1447/2026"
17/02/2026

KELAS RQBP PETANG DAN MALAM DITUTUP SEPANJANG BULAN RAMADHAN.
" Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak 1447/2026"

Salam takziah buat Adik Amani Muharram sekeluarga atas pemergian bonda tercinta. Semoga tabah menghadapi ujian ini.Sama-...
10/02/2026

Salam takziah buat Adik Amani Muharram sekeluarga atas pemergian bonda tercinta.
Semoga tabah menghadapi ujian ini.
Sama-sama kita doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Ustazah RQBP mengambil kesempatan menziarahi ahli keluarga serta menyampaikan sumbangan hasil kutipan dari kelas RQBP.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN KECEMERLANGAN RQBP 2025Alhamdulillah, Malam ini diadakan Majlis Khatam AlQuran dan Kecemerlan...
26/12/2025

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN KECEMERLANGAN RQBP 2025
Alhamdulillah, Malam ini diadakan Majlis Khatam AlQuran dan Kecemerlangan bagi menyampaikan sijil dan hadiah murid yang khatam Alquran dan khatam Iqra serta hafazan terbanyak bagi tahun 2025 ini. Seramai 46 org menerima hadiah tahun ini.
Malam ni genap 8 tahun Kelas Alquran dan Fardhu Ain RQBP ini ditubuhkan...Sebanyak 10 kelas dengan seramai 180 murid sedang belajar alhamdulillah..
Terima kasih kepada PASTI AlHuda Banggol Peradong dan semua..

MAJLIS KHATAM QURAN DAN KECEMERLANGAN RQBP 2025
22/12/2025

MAJLIS KHATAM QURAN DAN KECEMERLANGAN RQBP 2025

*PEMBUKAAN KELAS BARU RQBP 2025* ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขPihak Raudhotul Quran, PASTI Banggol Peradong akan membuka kelas mengaji pada sesi pe...
27/07/2025

*PEMBUKAAN KELAS BARU RQBP 2025* ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

Pihak Raudhotul Quran, PASTI Banggol Peradong akan membuka kelas mengaji pada sesi petang. Maklumat mengenai perjalanan kelas adalah seperti berikut :

Hari : Ahad - Khamis
Waktu : 5.15 petang - 6.45 petang
Yuran : RM50 sebulan (2 beradik RM40 seorang)

Bagi ibu ayah yang berminat, boleh contact Cikgu Nadia 0148009866 untuk pendaftaran.

Ayuh sama-sama bersama dengan kami! Daftar anak dengan segera, tempat adalah TERHADโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

MAJLIS KHATAM ALQURAN DAN KECEMERLANGAN RQBP 2024.Alhamdulillah seramai 7 orang murid telah Khatam AlQuran dan 42 orang ...
30/01/2025

MAJLIS KHATAM ALQURAN DAN KECEMERLANGAN RQBP 2024.

Alhamdulillah seramai 7 orang murid telah Khatam AlQuran dan 42 orang murid telah Khatam Iqra' tahun 2024 ini di raikan dan dikhatam pada mlm ini. Tahniah diucapan buat murid-murid semoga terus istiqomah dengan AlQuran.

Jemput anak2 menerima sijil dan hadiah
29/01/2025

Jemput anak2 menerima sijil dan hadiah

Tahniah anak2 yang telah khatam Al-Quran..
29/01/2025

Tahniah anak2 yang telah khatam Al-Quran..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445Kami Jemaah Pengurusan dan guru-guru PASTI Al Huda Banggol Peradong mengucapkan Selamat...
09/04/2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445
Kami Jemaah Pengurusan dan guru-guru PASTI Al Huda Banggol Peradong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua ibubapa, murid-murid serta muslimin dan muslimat.
Terima kasih kerana terus menyokong, membantu serta menyumbang kepada kami ...
"ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’"
Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunan Nya.
Raikanlah Syawal dengan penuh kesyukuran dan pengharapan kepada Allah S.W.T dan semoga dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dengan Ramadan pada tahun hadapan.
"ู…ู† ุงู„ุนุงุฆุฏูŠู† ูˆุงู„ูุงุฆุฒูŠู† ุŒ ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ"

MAJLIS KHATAM QURAN DAN KECEMERLANGAN RAUDHOTUL QURAN 2023/24Alhamdulillah..telah berlangsung dengan jayanya...Tahniah !...
01/03/2024

MAJLIS KHATAM QURAN DAN KECEMERLANGAN RAUDHOTUL QURAN 2023/24
Alhamdulillah..telah berlangsung dengan jayanya...Tahniah !!!..seramai 18 murid yg telah Khatam Al-Quran dan Iqra untuk sesi ini...Terima kasih kepada semua ibubapa yang menyumbangkan nasi kunyit dan makanan buat semua murid.

Address

Bangunan Pasti Al-Huda Kg Banggol Peradong Manir Kuala
Kuala
21200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raudhotul Quran Banggol Peradong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Raudhotul Quran Banggol Peradong:

Shortcuts

Share