11/05/2026
📢✨ PENGAMBILAN PELAJAR BARU MEI 2026 TELAH DIBUKA!! ✨📢
HIJRAH QURANIC CENTRE kini membuka peluang kepada semua bermula seawal 6 tahun untuk menyertai Kelas Mengaji Haraki bersama bimbingan yang lebih mudah, tersusun dan berkesan 🤍
🌻 KELEBIHAN MEMILIH KELAS MENGAJI HARAKI 🌻
✅ Kaedah “shortcut” cepat pandai membaca Al-Quran
Sesuai untuk yang baru belajar atau masih merangkak membaca.
✅ Smart Huffaz (Surah Lazim)
Membantu pelajar menghafal surah-surah pilihan dengan teknik lebih mudah dan tersusun.
✅ Bimbingan Fardhu Ain
Belajar asas agama seperti solat, wuduk, doa harian dan ilmu kehidupan Muslim.
✅ PERCUMA Al-Quran Wakaf Ibtida’ 🎁
Sebagai panduan pembelajaran sepanjang kelas.
Belajar dalam suasana yang santai, mesra dan penuh bimbingan. Tak kira umur, yang penting ada semangat untuk belajar Al-Quran 🤍
📍Tempat adalah TERHAD❗
📲 Jom daftar sekarang dan mulakan langkah mendekati Al-Quran bersama HIJRAH QURANIC CENTRE
01126398003 - Ustazah Salina
0195320677 - Ustazah Rohaida
16/04/2024
JAWATAN KOSONG
Guru Mengajar Al Quran Part Time
Kami sedang mencari tenaga pengajar Al Quran di 'Hijrah Quranic Centre' kami.
Berikut adalah INFO kerja:
Waktu mengajar :
Isnin - Khamis .
Sesi petang (5:30-6:30 ptg)
Sesi malam (8:00-9:00 mlm)
✅ hadir mengajar mengaji secara 1 on 1 dengan menggunakan kaedah dan teknik yang telah ditetapkan
✅ hantar report prestasi pembelajaran pelajar secara mingguan / bulanan
✅ mengasuh dan mendidik pelajar dengan pembentukan akhlak mulia.
🏢 Nama Company:
Nusaybah Training & Consultancy
📍Alamat Office: No 3A, Lorong Bahagia 2, Jalan Sg. Kajang Lama, 45500 Tg. Karang, Selangor.
(Atas Restoran Medang@ Sederet dengan Klinik Arul)
Jika anda berminat, sila terus hubungi kami di link wasap berikut ⤵️
wasap.my/601126398003/guruAlQuran
11/12/2023
SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 78 DYMM SULTAN SELANGOR.
Daulat Tuanku, Semoga Allah lanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Tuanku.
28/09/2023
Semalam Ustaz Kamal Din telah menerima jemputan ceramah kepada anak-anak dan kakitangan Akademi Tahfiz Quranic Az Zaidani (ATQAZ) di Kuala Selangor.
Sempena sambutan Maulidur Rasul Ustaz memberi pengisian tentang kepentingan kita sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sentiasa mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Terima kasih kepada Mudir ATQAZ Ust Zaki Din atas jemputan ceramah pada hari ini. Kami doakan semoga anak-anak ATQAZ terus cemerlang dunia akhirat.
20/06/2023
Allah s**a kepada hamba-Nya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah).
Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1 hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari (1-9), puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir, tilawah, doa, bersedekah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban serta pelbagai amal soleh yang lain.
Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat Isnin atau Khamis atau paling tidak 9 Zulhijah (puasa sunat hari Arafah) di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir.
22/03/2023
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 2023/1444H
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas"
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Semoga Ramadhan tahun ini, kita menjadi insan yang lebih baik, sentiasa mengharapkan keredhaan Allah serta amal ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
11/03/2023
Assalamualaikum wbt 😘
Semoga posting ini bermanfaat buat kita semua.
Tak dapat lakukan semua, jangan tinggal kan semua..
Selamat beramal 🤲🏻