24/02/2022
|| LENSA SIC ||
Suasana pagi tadi para pelajar yang bakal menduduki Ujian Lisan Bahasa Inggeris mendapat suntikan motivasi secara langsung daripada Mudir SMAASZA.
Manakala sebelah malam p**a Pusat Islam SMAASZA diimarahkan lagi dengan “Solat Hajat dan Daurah Kitab” bersama Ustaz Fay-sa Ibrahim (Guru SMAASZA).
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua calon SPM dan STAM yang bakal menduduki peperiksaan awam tidak lama lagi.
“ Di sini lahirnya Ulama dan Umarak ”
“ Perkasa Adab Demi Ilmu ”
“ SMA(A)SZA Di Persada Kegemilangan Antarabangsa ”
02/09/2021
Majlis Bacaan Yaasin Mingguan Sma(a)za
Salam InsyaAllah dijemput semua sama2 ikuti bacaan yaasin dan doa selamat malam.ini di Facebook Pusat Islam Smaasza yang akan dipimpin oleh Ust Shaffei Bin Mat Kassim✨💐
19/08/2021
Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat Mingguan Sma(a)sza✨
16/03/2021
Kuliah Isra' Mikraj yang akan disampaikan oleh Ustaz Mahadi bin Mohammad.
Ayuh! Yang berkelapangan masa, sama-sama kita menonton live di page Pusat Islam SMAASZA.
Pakat-pakat share dan follow. Sirru ala barakatillah
22/05/2020
Bismillahirrahmaanirrahiim...
Salam Jumuah Mubarokah...
Sama2 ikuti Majlis Khatam Al-Quran peringkat Smaasza 2020 pada pagi ini di FB LIVE SMAASZA jam 10.30 pagi ini..insyaAllah✨
Like dan Share✨😊
18/05/2020
Tazkirah Istimewa
"Adab Menuntut Ilmu"
Pastikan kita dapat bersama-sama mengikuti secara langsung tazkirah yang akan disampaikan pagi ini oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Aizuddin.
17/05/2020
Tazkirah Istimewa
"Bagaimanakah Natijah Ramadhan Kita ?"
Pastikan kita dapat bersama-sama mengikuti secara langsung tazkirah yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Abd Hakim Bin Abd Rasid.
17/05/2020
Doa Makbul Dengan Berpuasa
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ ، الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرُ ، وَالإِْمَامُ الْعَادل وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ ، يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ ، وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُوْلُ الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ.
-أخرجه الترمذي في سننه، كتاب الدعوات، باب في العفو والعافية، حديث رقم 3598، وقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga orang yang tidak akan ditolak doa-doa mereka. (Pertama) Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, (kedua) seorang imam (pemerintah) yang adil dan (ketiga) doa seorang yang dizalimi. Allah SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman: “Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, pasti Aku (Allah) akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika (demi sesuatu kemaslahatan)”. (Hadith hasan riwayat At-Tirmidzi, no. 3598, Ibn Majah, no. 1752, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, no. 6260, Ibnu Khuzaimah, no. 119).
Catatan:
Allah SWT itu Maha Mendengar akan setiap permohonan hamba-hamba-Nya. Adalah diketahui daripada banyak hadith bahawa doa–doa dalam bulan Ramadhan diterima secara khusus.Tidak ada apa-apa keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji dan janji itu disampaikan p**a oleh seorang Rasul yang benar.
Jika perkara yang diminta itu ada kebaikan untuknya maka akan diberikan, jika tidak maka tidak akan diperkenankan atau diganti dengan yang lebih perlu baginya atau akan disempurnakan di akhirat nanti. Ini adalah satu ehsan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Walaubagaimanapun kerana kurang penelitian, seseorang hamba akan meminta sesuatu perkara yang tidak sesuai untuknya. Justeru, janganlah p**a terfikir bahawa sesuatu doa itu tidak dimakbulkan, sebaliknya hendaklah memahami erti sebenar penerimaan sesuatu doa tersebut. Justeru, sempurnakan perintah-perintah Allah nescaya Allah akan menerima doa-doa yang dipohon oleh hamba-Nya.