Syeikh Aziz Alwahyu

Call Directions Website Contact the school

Syeikh Aziz Alwahyu Page SYEIKH AZIZ ALWAHYU - menghidupkan majlis kitab² turas warisan pengajian² pondok dari aspek zahir & batin.
(1)

Juga penerangan berkenaan selok-belok ilmu tarekat ahli sufi khususnya Naqsyabandi, usul & kaedahnya.

*🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾*_Kuliah Dhuha berjalan seperti biasa. Muslimin muslimat yang berkelapangan dialu-alukan hadir._*PEMB...
21/09/2026

*🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾*
_Kuliah Dhuha berjalan seperti biasa. Muslimin muslimat yang berkelapangan dialu-alukan hadir._

*PEMBACAAN KITAB: BAHRUL MAZI JUZUK 1-2*

Ketetapan seperti berikut,
• *_TARIKH_* : 21 September 2026
• *_HARI_* : Isnin
• *_TEMPAT_* : Zawiyah Syeikh Aziz, Lavender, Puncak Alam, https://maps.app.goo.gl/ZGg9CZWd3mZCBEvT7

Admin: ZSA095

*🇲🇾 KULIAH SUBUH 🇲🇾*_Kuliah Subuh berjalan seperti biasa. Bagi yang berkelapangan dialu-alukan hadir._*PEMBACAAN KITAB T...
21/09/2026

*🇲🇾 KULIAH SUBUH 🇲🇾*
_Kuliah Subuh berjalan seperti biasa. Bagi yang berkelapangan dialu-alukan hadir._

*PEMBACAAN KITAB TAUHID: KIFAYATUL AWAM*

Ketetapan seperti berikut,
• *_TARIKH_* : 20 September 2026
• *_HARI_* : Ahad
• *_JAM_* : Selepas Subuh
• *_TEMPAT_* : Zawiyah Syeikh Aziz, Lavender, Puncak Alam, https://maps.app.goo.gl/ZGg9CZWd3mZCBEvT7

Admin: ZSA095

🇲🇾 KULIAH SABTU ISYAK 🇲🇾_Kuliah Sabtu berjalan seperti biasa. Bagi yang berkelapangan dialu-alukan hadir._PEMBACAAN KITA...
21/09/2026

🇲🇾 KULIAH SABTU ISYAK 🇲🇾
_Kuliah Sabtu berjalan seperti biasa. Bagi yang berkelapangan dialu-alukan hadir._

PEMBACAAN KITAB: DURRUTS TSAMIN

Ketetapan seperti berikut,
• *_TARIKH_* :19 September 2026
• *_HARI_* : Sabtu
• *_JAM_* : 9 malam
• *_TEMPAT_* : Zawiyah Syeikh Aziz, Lavender, Puncak Alam, https://maps.app.goo.gl/ZGg9CZWd3mZCBEvT7

Admin:ZSA095

*🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾*_Kuliah Dhuha berjalan seperti biasa. Muslimin muslimat yang berkelapangan dialu-alukan hadir._*PEMB...
18/09/2026

*🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾*
_Kuliah Dhuha berjalan seperti biasa. Muslimin muslimat yang berkelapangan dialu-alukan hadir._

*PEMBACAAN KITAB: NATIJATUL FIKRI FIL JAHRI BIZZIKRI*

Ketetapan seperti berikut:
• *_TARIKH_* : 18 September 2026
• *_HARI_* : Jumaat
• *_TEMPAT_* : MASJID TAMAN ALAM JAYA
012-684 0816
https://maps.app.goo.gl/uaZaFhjMceb87XD17

Admin: ZSA095

*🇲🇾 KULIAH ISYAK 🇲🇾*_Kuliah Isyak berjalan seperti biasa. Bagi yang berkelapangan dialu-alukan hadir._*PEMBACAAN KITAB: ...
18/09/2026

*🇲🇾 KULIAH ISYAK 🇲🇾*
_Kuliah Isyak berjalan seperti biasa. Bagi yang berkelapangan dialu-alukan hadir._

*PEMBACAAN KITAB: HIDAYATUS SALIKIN*

Ketetapan seperti berikut,
• *_TARIKH_* : 17 September 2026
• *_HARI_* : Khamis
• *_TEMPAT_* : Surau As-Sufi
https://maps.app.goo.gl/5TR88ryqvqhamEQq8

Admin: ZSA095

Cerita 36 (bahagian 2)​Ibu itu lalu menceritakan nasibnya yang malang itu. Bagaimana dia menderita kesusahan dengan mena...
18/09/2026

Cerita 36 (bahagian 2)
​Ibu itu lalu menceritakan nasibnya yang malang itu. Bagaimana dia menderita kesusahan dengan menanggung tiga orang anak perempuan yang masih kecil-kecil. Diceritakan sekali apa yang berlaku di antaranya dengan Tuan Hakim yang tidak berperikemanusiaan itu.
​'Saya faham,' kata Saiduk. 'Jangan menangis lagi!' katanya lagi.
​Saiduk lalu menyuruh perempuan itu kembali ke rumahnya dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya. Dia lalu memanggil pengurus perniagaannya dan berkata:
​'Berikan perempuan ini seribu dinar. Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga!' perintah Saiduk.
​Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrani yang begitu murah hati dan berperikemanusiaan terhadap orang yang susah sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbangrasa itu. Meskipun dia bukan seorang Muslim, namun dia tetap seorang manusia yang berperasaan kemanusiaan terhadap sesama manusia yang lain.
​Orang suruhan Saiduk itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan dan buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pasangan pakaian untuk sang ibu dan anak-anaknya. Semua itu disampaikannya pada hari itu juga. Anak-anak ibu itu bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada seribu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.
​'Terima kasih banyak, sampaikan kepada Saiduk itu,' kata ibu itu dengan tersenyum.
​Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: Ya Allah! Ya Tuhanku! Berikanlah si Saiduk itu hidayat dan taufiq memeluk Islam, dan berilah dia dari kenikmatan-kenikmatanMu di syurga!
​Pada malam itu Tuan Hakim bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di hari kiamat. Manusia terlalu sibuk masing-masing dengan keadaannya sendiri-sendiri mencari perlindungan.
​Tuan Hakim dibawa pengawal untuk menuju ke syurga, kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi indah permai penuh dengan ukiran mas merah, dan tingkap-tingkapnya dari mutiara putih yang berkilau-kilauan. Antara dua tingkapnya berdiri seorang bidadari hurul-ein yang bercahaya lebih terang dari cahaya matahari, dan lebih menarik dari cahaya bulan.
​Apabila Tuan Hakim itu tiba di situ, semua bidadari-bidadari hurul-ein bertempik di mukanya: 'Orang yang tidak tahu diuntung! Orang yang sial dan merugi! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini p**a adalah milikmu. Tetapi sekarang, alangkah sialnya nasibmu! Semua ini termasuk kami bidadari-bidadari ini menjadi hak orang lain. Menjadi milik si Saiduk, orang Nasrani itu. Sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milikmu lagi. Bawa dia di tempatnya di dalam neraka itu!' Mereka bertempik-tempik dengan suara yang keras.
​Kemudian Tuan Hakim itu dibawa p**a ke dalam neraka, dan ditunjukkan tempatnya di situ.
​Pada saat itulah Tuan Hakim itu tersedar dari mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Apa yang aku lihat di dalam mimpiku ini! Alangkah sialnya nasibku kerana perbuatan yang telah aku sia-siakan. Dia tidak dapat tidur terus pada malam itu sampai pagi memikirkan mimpinya yang dahsyat itu. Mungkin ini kerana perbuatanku yang kejam terhadap si perempuan yang datang memohon bantuan untuk anak-anaknya itu.
​Pada besok paginya, Tuan Hakim bergegas-gegas datang ke rumah Saiduk orang Nasrani itu. Dia mengetuk pintunya, maka keluarlah penjaga pintu bertanya:
​'Oh, Tuan Hakim!' kata penjaga pintu itu. 'Ada apa?'
​'Mana Saiduk?' tanya Tuan Hakim.
​'Ada di dalam,' jawab penjaga pintu.
​'Panggillah dia ke mari!'
​Saiduk keluar dan menyambut baik Tuan Hakim itu. 'Sila masuk, Tuan Hakim!' dia mempelawa Tuan Hakim.
​Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya, lalu dipersilakan duduk. Tuan Hakim tidak sabar lagi, lalu bertanya:
​'Ada apa-apa kebaikan yang kau lakukan semalam?' tanya Tuan Hakim.
​'Saya memang s**a membuat kebaikan,' jawabnya. 'Kebaikan yang macam mana?' tanya Saiduk kembali.
​'Kebaikan apa saja, cuba terangkan!'
​'Tadi malam, saya minum lebih sedikit, saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa,' Saiduk memberitahu Tuan Hakim.
​'Aku tidak mahu tahu tentang apa yang kau buat untuk dirimu,' Tuan Hakim naik darah. 'Yang aku mahu tahu apa yang kau buat untuk orang lain, cuba ingat-ingat!'
​Saiduk cuba mengingat-ingat. Dalam fikirannya tentu Tuan Hakim ini mahu tahu kebaikan yang aku lakukan terhadap perempuan janda itu, agaknya, terkanya di dalam hati.
​'Barangkali kebaikan yang saya buat terhadap seorang perempuan janda yang mempunyai anak-anak kecil, tiga orang jika tidak salah?!' terang Saiduk.
​'Ya...ya,' pintas Tuan Hakim tidak sabar. 'Apa yang kau berikan dia?'
​'Apakah salah, jika saya berikan sesuatu kepadanya?'
​'Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau berikan kepadanya,' pintas Tuan Hakim lagi.
​'Dia saya dapati menangis di deretan rumah-rumah roboh yang saya beli di ujung kampung ini. Saya kasihan kepadanya. Saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya dan keperluan anak-anaknya,' kata Saiduk.
​'Itu saja yang kau beri?' tanya Tuan Hakim.
​'Ada lagi,' jawab Saiduk.
​'Apa dia?'
​'Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anak kecilnya,' Saiduk memberitahu semua ceritanya.
​Tuan Hakim termenung sebentar kerana mengingatkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan Ibu anak-anak itu.
​'Tapi, saya ingin tahu apa sebabnya Tuan Hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini kerana hendak bertanya perkara ini,' tanya Saiduk minta penerangan.
​Tuan Hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang banyak fikiran dan sedih sekali. Saiduk semakin hairan dan meulang lagi pertanyaannya.
​'Tuan Hakim!' kata Saiduk. 'Cubalah beritahu saya apa sebabnya Tuan Hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini?'
​'Begini Saiduk. Aku mimpi tadi malam suatu mimpi yang sungguh menyedihkan aku,' Dia kelihatan sangat muram sekali.
​'Mimpi yang menyedihkan Tuan?' Saiduk terperanjat. 'Tapi tentang gedung di syurga yang asalnya atas namanya, lalu bertukar menjadi hak Saiduk.
​Mendengar cerita itu, Saiduk lalu menghulurkan tangannya kepada Tuan Hakim, katanya:
​'Tuan Hakim! Sekarang saksikanlah bahawa saya menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa, tiada sekutu bagiNya, dan bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutusnya membawa petunjuk dan agama yang benar.'
​Tuan Hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduk itu. Kemudian dia keluar dari rumah Saiduk, sedang hatinya remuk redam, sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan itu.
​Wahai saudaraku! Cuba renungkan betapa seorang penguasa yang tidak bijak dalam tugasnya telah membuat suatu keputusan yang salah. Dia menahan hak orang miskin yang ada dalam tangannya sehingga dia diancam menjadi dari golongan ahli neraka, padahal telah tersedia untuknya sebelum itu bermacam-macam kenikmatan di dalam syurga.
​Sebaliknya, seorang Nasrani yang berbudi mulia, dengan doa seorang perempuan miskin saja, dia telah diberi Allah petunjuk menemui jalan kebenaran, lalu menjadi dari golongan ahli syurga, padahal sebelum itu dia adalah dari golongan ahli neraka.
​Alangkah baik sekali cerita ini menjadi contoh kepada orang-orang yang mahu mengambil teladan daripadanya!
Admin 075

🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾_Kuliah dhuha *khamis* berjalan seperti biasa. Bagi yg berkelapangan dialu-alukan hadir._( Muslimin da...
17/09/2026

🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾
_Kuliah dhuha *khamis* berjalan seperti biasa. Bagi yg berkelapangan dialu-alukan hadir._( Muslimin dan Muslimat)

*Pembacaan Kitab :Zadul Muta’llim*
:*Safinah An Naja*

Ketetapan seperti berikut,
• *_TARIKH_* : 17/09/ 2026
• *_JAM_* : 9.00 pagi
• *_TEMPAT_* : Surau Nur Iman, Astana Alam 1, Puncak Alam,

Admin: ZSA095

*🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾*_Kuliah Dhuha berjalan seperti biasa. Muslimin muslimat yang berkelapangan dialu-alukan hadir._*PEMB...
16/09/2026

*🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾*
_Kuliah Dhuha berjalan seperti biasa. Muslimin muslimat yang berkelapangan dialu-alukan hadir._

*PEMBACAAN KITAB:*
*1. SIYARUS SALIKIN*
*2. AL-ANWARUL QUDSIYAH*

Ketetapan seperti berikut:
• *_TARIKH_* : 16 September 2026
• *_HARI_* : Rabu
• *_TEMPAT_* : Zawiyah Syeikh Aziz, Lavender, Puncak Alam, https://maps.app.goo.gl/ZGg9CZWd3mZCBEvT7

Admin: ZSA095

*🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾*_Kuliah Dhuha berjalan seperti biasa. Muslimin muslimat yang berkelapangan dialu-alukan hadir._*PEMB...
15/09/2026

*🇲🇾 KULIAH DHUHA 🇲🇾*
_Kuliah Dhuha berjalan seperti biasa. Muslimin muslimat yang berkelapangan dialu-alukan hadir._

*PEMBACAAN KITAB:*
*1. SIYARUS SALIKIN*
*2. AL-ANWARUL QUDSIYAH*

Ketetapan seperti berikut:
• *_TARIKH_* : 15 September 2026
• *_HARI_* : Selasa
• *_TEMPAT_* : Zawiyah Syeikh Aziz, Lavender, Puncak Alam, https://maps.app.goo.gl/ZGg9CZWd3mZCBEvT7

Admin: ZSA095

Selamat Hari Malaysia.Admin: ZSA095
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia.

Admin: ZSA095

Address

12 Lorong Lautan Samudera 9/12B
Kuala
45010

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 12:00
Wednesday 09:00 - 12:00
Thursday 11:00 - 12:00
Saturday 21:00 - 23:00

Telephone

+60136669006

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syeikh Aziz Alwahyu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Syeikh Aziz Alwahyu:

Share