13/05/2026
Bukan semua medical card cover kos bawak pulang dari luar negara sampai USD1 Juta..
Alhamdullilah AIA cover RM12,300 sepenuhnya utk kos bawak balik ke Malaysia dari SG! Ini cerita Client saya!
30 APRIL 2026
Pengalaman saya sendiri, membawa balik client saya dari Singapore General Hospital ke Columbia Asia Hospital Islandar Puteri Johor Bharu, selepas 3hari mendapatkan rawatan di Singapore General Hospital, akibat kemalangan di Singapore semasa dalam perjalanan balik bekerja.
Client saya telah mendaftar polisi Medical Card AIA Public Takaful pada 20 Feb 2025. Siapa sangka 30 April 2026 client saya diuji kemalangan di Singapore, dan perlu menjalani pembedahan serta merta akibat kecederaan parah yang telah dialaminya. Disebabkan kos rawatan di sana hampir RM70,000 selama 2 hari, maka family client sy berhasrat untuk membawa pulang ke Malaysia untuk sambung rawatan di hospital di Malaysia, dengan syarat selepas keadaan beliau sedar dan stabil serta mendapat perlepasan dari Doctor yang merawat beliau di Hospital Singapore.
Selama 2hari saya berurusan dengan Team International SOS (Medical Evacuation), Singapore General Hospital, Columbia Asia Hospital Iskandar Puteri (Alhamdulillah Doctor Shan di Emergency Department banyak membantu sy uruskan urusan transfer client utk esok hari) & perkhidmatan Ambulance (yg menguruskan boarder transfered) untuk bawa pulang client, Alhamdulillah Finally hari ke 3 berjaya bawa pulang dan sambung rawatan di Columbia Asia Hospital.
2 May 2026, Jam 11.56 pagi, ambulance tiba di Hospital Columbia Asia di es**rts oleh seorang Doctor dan seorang waris yang bersama-sama patient dari Hospital Singapore. Client sy perlu dies**rt oleh Doctor kerana keadaan beliau "High Dependency" mengikut pada Doctor di Hospital Singapore. Dan apabila ada Doctor es**rt, cost ambulance menjadi lebih tinggi dari kebiasaannye
Sepanjang perjalanan tidak berlaku pertukaran ambulan di border. Ambulan kerjasama Team International SOS akan membawa patients dari Hospital General Singapore terus ke Columbia Asia Hospital, setiba di Columbia Hospital Doctor es**rts sendiri yang akan uruskan hand over patient kepada Doctor yang akan merawat.
Segala kos proses pemindahan client ni telah ditanggung sepenuhnya oleh AIA dengan menggunakan manfaat 1juta USD (Medical Evacuation) yang terdapat di dalam polisi medical card AIA. Jadi client atau waris TIDAK PERLU membuat sebarang bayaran pendahuluan atau pay n claim untuk proses pemindahan perubatan ini.
Manfaat Medical Evacuation (pemindahan perubatan) biasanya lebih mudah diakses melalui polisi insuran yang sesuai. Namun, jika tiada insurans, perkhidmatan ini masih boleh digunakan tetapi dengan kos yang tinggi dan pengurusan yang agak rumit. Oleh itu, memiliki insuran yang meliputi manfaat Medical Evacuation adalah langkah bijak untuk mengurangkan beban kewangan sekiranya berlaku kecemasan.
P/S: Teruntuk untuk semua client2 saya dan bakal2 client sy, terima kasih atas kepercayaan yg diberi utk sy bantu lindungi kewangan dan masa depan family anda. Semoga setiap perlindungan yg diambil menjadi manfaat ketika diperlukan nanti. InsyaAllah sy akan bantu sehabis baik โค๏ธ
Khalidah Nordin
AIA Advisor