Kelas Mengaji Kuala Terengganu

Kelas Mengaji Kuala Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Mengaji Kuala Terengganu, Education, Jalan Sultan Omar, Taman Sri Intan, Kuala.

19/08/2026

Cuti sekolah dah dekat! Kalau ibu ayah masih fikir nak isi aktiviti anak-anak dengan apa, kami bawakan semula program cuti sekolah di Markaz Addin.

🌈 SMART MUSLIM KEM

Kem kali ini bukan sekadar datang bermain dan isi masa lapang.

Sepanjang program, anak-anak akan belajar tentang Allah, Al-Quran, solat, akhlak dan kehidupan sebagai seorang Muslim melalui aktiviti yang lebih santai dan menyeronokkan.

Menariknya, kem kali ini berlangsung selama 5 hari dengan TEMA & AKTIVITI BERBEZA setiap hari! 😍

Jadi ibu ayah boleh pilih nak hantar anak:

✨ 1 hari sahaja
✨ Beberapa hari
✨ Atau join kesemua 5 hari!

Sesuai untuk anak-anak 5–15 tahun.

📍 Markaz Addin Dungun
📍 Markaz Addin Kuala Terengganu

Nak tengok tentatif, tema setiap hari & yuran?

Terus PM kami. Kami hantar details, klik link admin di komen.

Boleh juga SHARE kepada ibu ayah lain yang tengah mencari aktiviti anak-anak sepanjang cuti sekolah nanti. 🤍

Cuti sekolah 5 hari, anak-anak nak buat aktiviti apa nanti?Kalau duduk rumah, risau akhirnya 5 hari tu banyak habis deng...
17/08/2026

Cuti sekolah 5 hari, anak-anak nak buat aktiviti apa nanti?

Kalau duduk rumah, risau akhirnya 5 hari tu banyak habis dengan gadget je. 😆

Haa sebab tu di Markaz Addin, kami dah susun tema dan aktiviti yang berbeza setiap hari!

Anak-anak boleh belajar, bermain, berkawan, buat aktiviti berkump**an dan cuba pengalaman baru.

Jadi walaupun datang beberapa hari, tak rasa macam ulang program yang sama.

Biasanya bukan anak yang bosan…

Habis program, mereka p**a tanya “Bila ada kem lagi?” 😂🤍

📍 Dungun & Kuala Terengganu

Nak tengok tentatif aktiviti 5 hari dan pilih hari yang sesuai untuk anak?

📩 Klik link admin di ruangan komen.

Bila usia dah jadi mak ayah orang ni, kadang-kadang ada juga rasa malu nak mula belajar mengaji semula.Malu kalau kena m...
16/08/2026

Bila usia dah jadi mak ayah orang ni, kadang-kadang ada juga rasa malu nak mula belajar mengaji semula.

Malu kalau kena mula dari Iqra’.

Malu sebab rasa, “Umur dah macam ni, sepatutnya dah pandai…”

Tapi sampai bila kita nak biarkan rasa malu itu menghalang kita? 🥹

Lebih baik kita mula hari ini daripada terus bertahun-tahun rasa tak yakin setiap kali membuka Al-Quran.

Kalau perlu bermula dari Iqra’, mulalah dari Iqra’. Tak ada apa yang perlu dimalukan.

Di Markaz Addin, kami bimbing mengikut tahap masing-masing. Yang penting ada kemahuan untuk belajar dan memperbaiki bacaan.

📖 Belum terlambat. Tak perlu tunggu pandai untuk datang belajar, sebab kita datang kelas memang untuk belajar. 🤍

Nak tahu tentang Kelas Mengaji Dewasa? Klik link admin di ruangan komen.

Anak kenal A, B, C… tapi bila suruh gabungkan huruf, terus tak tahu?Contohnya:B + A = BAKenal huruf satu-satu, tetapi bi...
13/08/2026

Anak kenal A, B, C… tapi bila suruh gabungkan huruf, terus tak tahu?

Contohnya:

B + A = BA

Kenal huruf satu-satu, tetapi bila mula masuk suku kata, anak jadi keliru dan bacaan mula tersekat-sekat.

Ini antara masalah yang biasa kami jumpa dalam Kelas Membaca Markaz Addin.

Sebab itu kami tak sekadar ajar anak hafal huruf. Kami akan bimbing mereka cara membunyikan dan menggabungkan huruf sedikit demi sedikit sehingga anak faham dan semakin yakin membaca.

📚 Kenal huruf itu permulaan.
Pandai menggabungkannya, barulah anak mula membaca.

Nak tahu lebih lanjut tentang Kelas Membaca di Markaz Addin?

📩 Klik link admin di ruangan komen. 👇🏻

Kenapa anak-anak perlu belajar ilmu Fardhu Ain sejak kecil?Sebab anak bukan sekadar perlu tahu cara solat.Mereka juga pe...
12/08/2026

Kenapa anak-anak perlu belajar ilmu Fardhu Ain sejak kecil?

Sebab anak bukan sekadar perlu tahu cara solat.

Mereka juga perlu tahu siapa Allah, bagaimana nak beradab, bagaimana nak beribadah dengan betul dan mengenali kisah Rasulullah ﷺ serta para nabi.

Sebab itu di Kelas KAFA Markaz Addin, pembelajaran kami susun supaya anak-anak dapat fokus dan faham satu demi satu.

📚 1 minggu, 1 topik:

Minggu 1 — Akidah: Kenal Allah & asas keimanan
Minggu 2 — Akhlak & Adab: Belajar menjadi Muslim yang baik
Minggu 3 — Ibadah: Solat, wuduk & amalan harian
Minggu 4 — Sirah: Kenal dan belajar daripada kisah Rasulullah ﷺ

Bukan sekadar hafal untuk jawab soalan.

Kami mahu anak faham, ingat dan perlahan-lahan amalkan dalam kehidupan mereka. 🌱

Kerana ilmu Fardhu Ain bukan untuk peperiksaan sahaja, tetapi bekalan anak sepanjang hidup. 🤍

📩 Nak tahu lebih lanjut tentang Kelas KAFA Markaz Addin? Klik link admin di ruangan komen.

10/08/2026

Nak nampak perkembangan anak, rutin yang baik perlukan konsisten.

Sebab itu kami sangat gembira bila ibu ayah mula berkongsi perubahan anak-anak selepas berada di Transit Markaz Addin.

Bila setiap hari ada rutin makan, mandi, solat berjemaah, mengaji, belajar dan siapkan homework,

Sedikit demi sedikit, anak mula terbiasa. Tapi yang paling kelakar bila ada anak sampai tanya,

“Kenapa Markaz Addin tak jadi sekolah je?” 😂

Nak pergi transit je, sekolah tak nak pergi dah. Haaa sudahhh… 🤣

Sampai ada ibu ayah kena buat perjanjian:

“Nak pergi Markaz Addin boleh, tapi kena pergi sekolah dulu!” 🤭

Alhamdulillah, bagi kami itulah feedback yang paling mahal.

Bila anak seronok berada di tempat yang mendidik mereka, proses membina rutin dan perkembangan yang baik pun jadi lebih mudah. 🤍

Transit Markaz Addin bukan sekadar tempat tunggu ibu ayah balik kerja, tetapi tempat anak membesar dengan rutin yang baik setiap hari.

Jom klik wassap admin di komen untuk tahu macam mana rutin anak anak selepas balik sekolah ;

Belajar Al-Quran tak mengenal usia.Dah bergelar ibu, ayah, nenek atau tokki pun masih boleh mula belajar mengaji. 📖Kalau...
09/08/2026

Belajar Al-Quran tak mengenal usia.

Dah bergelar ibu, ayah, nenek atau tokki pun masih boleh mula belajar mengaji. 📖

Kalau bacaan masih tersekat-sekat, tajwid masih keliru atau perlu bermula semula dari Iqra’ , tak mengapa.

Di Markaz Addin, kami bimbing mengikut tahap masing-masing dalam suasana yang selesa dan tanpa rasa malu.

Kerana tak pernah terlambat untuk kembali belajar Al-Quran.

📩 Nak tahu jadual dan maklumat kelas mengaji dewasa? Klik link admin di ruangan komen.

07/08/2026

Jom Kongsi Rezeki Bersama Anak-Anak Markaz Addin.

Kami membuka Tabung Infaq Markaz Addin buat sesiapa yang ingin berkongsi sedikit rezeki untuk membantu meningkatkan keselesaan dan keselamatan anak-anak di pusat jagaan kami.

Untuk kutipan kali ini, infaq akan digunakan bagi:

📖 Pembelian rehal Al-Quran untuk kegunaan pelajar
📹 Pemasangan CCTV bagi meningkatkan keselamatan dan pemantauan anak-anak

Tak kira besar atau kecil nilai yang diberikan, insya-Allah setiap sumbangan memberi manfaat kepada anak-anak yang belajar dan berada di bawah jagaan kami setiap hari. 🤲

Semoga setiap ilmu yang dipelajari dan setiap kebaikan yang terhasil menjadi saham kebaikan buat semua yang menyumbang. 🤍

📌 QR untuk infaq kami letakkan di ruangan komen.

Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki bersama Markaz Addin. 🌷

Antara feedback yang selalu buat kami tersenyum… “Ustazah, anak saya tak nak pergi sekolah, tapi kalau sebut nak pergi T...
05/08/2026

Antara feedback yang selalu buat kami tersenyum…

“Ustazah, anak saya tak nak pergi sekolah, tapi kalau sebut nak pergi Transit Markaz Addin, laju je dia bangun.” 😂

Sampai ada ibu ayah yang terpaksa buat janji…

“Kalau nak pergi Transit Markaz Addin, kena pergi sekolah atau tadika dulu.” 🤭

Alhamdulillah, bila dengar cerita macam ni, kami rasa sangat bersyukur.

Bagi kami, bukan sebab anak s**a tempat ini semata-mata.

Tetapi sebab mereka rasa seronok belajar, ada kawan-kawan yang mereka sayang dan ada ustazah yang sentiasa menyambut mereka dengan penuh kasih sayang. 🤍

Semoga Markaz Addin terus menjadi tempat yang anak-anak datang dengan senyuman dan p**ang dengan ilmu, akhlak serta kenangan yang indah.

Nak info lanjut mengenai kami , boleh klik link admin di ruangan komen ;

Tak perlu cari banyak tempat.Nak transit? ✔️Nak kelas mengaji? ✔️Nak kelas membaca? ✔️Nak kelas KAFA? ✔️Nak kelas mengaj...
04/08/2026

Tak perlu cari banyak tempat.

Nak transit? ✔️
Nak kelas mengaji? ✔️
Nak kelas membaca? ✔️
Nak kelas KAFA? ✔️
Nak kelas mengaji dewasa? ✔️

Semuanya ada di Markaz Addin.

Kami bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing perkembangan setiap pelajar mengikut tahap mereka.

Di mana Pusat Jagaan & Pengajian kami?

📍 Cawangan Dungun : Belakang Hong Leong Bank, Sederet Bangunan Annakim Butik

📍 Cawangan Kuala Terengganu : Sebelah Bangunan Klinik Rohana & Seripah (Jalan Sultan Omar)

📩 Klik link admin di ruangan komen untuk maklumat lanjut 👇🏻

Address

Jalan Sultan Omar, Taman Sri Intan
Kuala
23010

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Mengaji Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category