19/08/2026
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Kampus Dengkil UiTM Cawangan Selangor turut menyemarakkan suasana patriotik menerusi sesi edaran Jalur Gemilang kepada warga kampus di pintu utama kampus. Inisiatif ini menjadi sebahagian daripada pengisian sambutan Bulan Kebangsaan dalam menyemai rasa cinta terhadap negara serta memperkukuh semangat kebersamaan warga kampus.
Edaran Jalur Gemilang ini turut menjadi simbol penghormatan terhadap identiti dan kedaulatan Malaysia, di samping mencerminkan penghayatan nilai patriotisme dalam kalangan warga kampus. Inisiatif ini diharapkan dapat menyemai semangat kebangsaan sebagai sebahagian daripada budaya warga UiTM Cawangan Selangor dalam menghayati erti kemerdekaan.
๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ ๐จ๐ป๐ด๐ด๐๐น, ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ ๐๐๐บ๐ถ๐ฝ๐๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น