31/05/2026
INSTEP mengucapkan Selamat Hari Gawai. Gayu Guru Gerai Nyamai. Semoga perpaduan terus mekar daripada akar yang membawa kita ke arah kemajuan bersama.
May unity continue to grow from the roots that guide us towards shared progress.
29/05/2026
INSTEP mengucapkan Selamat Hari Kaamatan. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Semoga perpaduan terus mekar daripada akar yang membawa kita ke arah kemajuan bersama.
May unity continue to grow from the roots that guide us towards shared progress.
26/05/2026
INSTEP mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga pengorbanan yang lahir daripada keikhlasan terus menyatukan kita ke arah kemajuan bersama.
May sacrifice rooted in sincerity continue to unite us towards our collective progress.
17/05/2026
17 MEI 2026 | KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA TERENGGANU KE INSTITUT TEKNOLOGI PETROLEUM PETRONAS, (INSTEP), KUALA NERUS
KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu berkenan mencemar duli ke INSTEP, Kuala Nerus sempena Program Penempatan/Attachment di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.
Lawatan baginda ke kampus INSTEP disambut oleh Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus, Ts. Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, INSTEP dan En. Mohammad Ahmad Shazly bin Ramli, Pengurus Besar, PETRONAS Pantai Timur. Baginda turut berkenan mendengar taklimat mengenai PETRONAS dan INSTEP yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP.
Seterusnya, baginda berkenan mengadakan lawatan sekitar kampus INSTEP serta diberikan penerangan mengenai aktiviti dan fasiliti di kampus berkenaan.
Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.
01/05/2026
Happy Labour Day!
At PETRONAS and INSTEP, our people are our greatest asset, the driving force that keeps us moving forward. Today, we celebrate your passion, dedication, and the energy you bring to everything you do.