Pusat Bahasa Terengganu

Pusat Bahasa Terengganu Menjadi pusat pembelajaran pelbagai bahasa utama di Negeri Terengganu, dikenali di Malaysia dan di iktiraf di dunia.

🌍✨ Happy World Youth Skills Day 2026! ✨🌍Hari ini kita meraikan potensi dan bakat generasi muda yang menjadi pemangkin ma...
15/07/2026

🌍✨ Happy World Youth Skills Day 2026! ✨🌍

Hari ini kita meraikan potensi dan bakat generasi muda yang menjadi pemangkin masa depan. πŸ’‘πŸŒ±

Kemahiran bukan sekadar ilmu, tetapi kunci untuk membina keyakinan, membuka peluang dan mencipta perubahan positif dalam kehidupan.

17 July 2026



14/07/2026

πŸ“š Tahukah anda?

Ramai yang masih keliru tentang penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Walaupun nampak hampir sama, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza.

Jom tonton video ini dan kuasai penggunaan kata pemeri dengan lebih tepat. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa! ✨


09/07/2026
MAKLUMAN
09/07/2026

MAKLUMAN

πŸ“šπŸŒ Learn A Language A Day @ Bazar Buku, Budaya & Karnival Semarak Jawi 2026Sempena berlangsungnya Bazar Buku, Budaya & K...
08/07/2026

πŸ“šπŸŒ Learn A Language A Day @ Bazar Buku, Budaya & Karnival Semarak Jawi 2026

Sempena berlangsungnya Bazar Buku, Budaya & Karnival Semarak Jawi 2026 pada 25 Julai hingga 1 Ogos 2026, Pusat Bahasa Terengganu turut memeriahkan acara dengan penganjuran program β€œLearn A Language A Day” sepanjang tempoh bazar berlangsung.

Program ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali asas bahasa asing secara santai dan interaktif melalui pembelajaran bahasa yang menarik.

Antara bahasa yang ditawarkan sepanjang program ialah:

πŸ‡ΉπŸ‡­ Bahasa Thai
πŸ‡©πŸ‡ͺ Bahasa Jerman
πŸ‡°πŸ‡· Bahasa Korea
πŸ‡ΉπŸ‡· Bahasa Turki
πŸ‡¨πŸ‡³ Bahasa Mandarin
πŸ‡―πŸ‡΅ Bahasa Jepun
πŸ‡«πŸ‡· Bahasa Perancis
πŸ‡ΈπŸ‡¦ Bahasa Arab

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, meneroka budaya dunia dan mempelajari bahasa baharu bersama Pusat Bahasa Terengganu di Bazar Buku, Budaya & Karnival Semarak Jawi 2026.

πŸ“… 25 Julai – 1 Ogos 2026
πŸ“ Bazar Buku, Budaya & Karnival Semarak Jawi 2026

🌍 World Kiswahili Language Day | 7th July 2026Tahukah anda? Bahasa Kiswahili dituturkan oleh lebih daripada 200 juta ora...
07/07/2026

🌍 World Kiswahili Language Day | 7th July 2026

Tahukah anda? Bahasa Kiswahili dituturkan oleh lebih daripada 200 juta orang dan merupakan salah satu bahasa rasmi bagi beberapa organisasi serantau di Afrika.

Sambutan Hari Bahasa Kiswahili Sedunia bertujuan menghargai kepelbagaian bahasa, memelihara warisan budaya serta menggalakkan persefahaman antara masyarakat melalui bahasa.

Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi jambatan yang menghubungkan budaya, masyarakat dan dunia.


06/07/2026

πŸŒ™ Nak anak-anak lebih mantap dalam ilmu Fardu Ain, al-Quran dan Jawi?

Jom sertai Program Transit Diniah anjuran Pusat Bahasa, khas untuk kanak-kanak seawal usia 5 tahun.

✨ Yuran hanya RM100 sebulan selepas subsidi daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

πŸ•’ Waktu Kelas
πŸ“… Ahad – Rabu: 2.00 petang – 5.00 petang
πŸ“… Khamis: 2.00 petang – 3.30 petang

πŸ“– Pengisian Program
βœ… Pengajian al-Quran
βœ… Fardu Ain
βœ… Amali Solat
βœ… Pembelajaran Jawi
βœ… Adab dan Akhlak Islam

🌟 Berikan anak-anak anda asas pendidikan Islam yang kukuh melalui pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan membentuk sahsiah mulia.

πŸ“² Daftar sekarang!
Hubungi kami di WhatsApp: 011-1512 5452 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

πŸ“š Peribahasa Hari Ini"Bagai isi dengan kuku".Persahabatan yang sejati sentiasa saling melengkapi, membantu dan tidak mud...
06/07/2026

πŸ“š Peribahasa Hari Ini

"Bagai isi dengan kuku".
Persahabatan yang sejati sentiasa saling melengkapi, membantu dan tidak mudah dipisahkan. Hargailah sahabat yang sentiasa ada dalam susah mahupun senang. πŸ’›

Tag sahabat baik anda!



πŸ“š Peribahasa Hari Iniβ€œAlah bisa tegal biasa” bermaksud perkara yang sukar akan menjadi mudah apabila kita sentiasa berla...
01/07/2026

πŸ“š Peribahasa Hari Ini

β€œAlah bisa tegal biasa” bermaksud perkara yang sukar akan menjadi mudah apabila kita sentiasa berlatih dan melakukannya berulang kali.

Jangan mudah berputus asa. Setiap usaha yang konsisten pasti membuahkan hasil. πŸ’ͺ✨



πŸ“’ Kelas Intensif Bahasa Mandarin Kembali Dibuka! πŸ‡¨πŸ‡³Pusat Bahasa Terengganu kini kembali menganjurkan Kelas Intensif Baha...
01/07/2026

πŸ“’ Kelas Intensif Bahasa Mandarin Kembali Dibuka! πŸ‡¨πŸ‡³

Pusat Bahasa Terengganu kini kembali menganjurkan Kelas Intensif Bahasa Mandarin untuk mereka yang ingin menguasai bahasa Mandarin dengan lebih yakin dan praktikal.

Apa yang akan dipelajari?
βœ… Memahami ayat dengan mudah
βœ… Perbualan harian
βœ… Membina ayat yang betul
βœ… Menambah kosa kata
βœ… Aktiviti berkumpulan yang interaktif

πŸ’° Yuran penyertaan hanya RM250
(Yuran ini telah disubsidi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.)

⏰ Tempoh pembelajaran: 30 jam keseluruhan
πŸ“… Kelas diadakan setiap hari Sabtu

Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari bahasa Mandarin secara intensif dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan. Penguasaan bahasa Mandarin merupakan satu nilai tambah yang sangat berguna, sama ada untuk kerjaya, perniagaan mahupun komunikasi pada masa hadapan.

πŸ“Jom sertai sekarang dan tingkatkan kemahiran bahasa anda bersama Pusat Bahasa Terengganu!
Tempat adalah terhad. Daftar segera!

Address

Jalan Kemajuan, Padang Hiliran
Kuala
21000

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 05:30 - 03:30
Sunday 08:30 - 05:30

Telephone

+6096225452

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Bahasa Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Bahasa Terengganu:

Shortcuts

Share

Category