Sk Bukit Tok Beng - BTBeS

Call Directions

Sk Bukit Tok Beng - BTBeS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sk Bukit Tok Beng - BTBeS, Education, Kuala.

🎉 Tahniah Muallimah Suwaibah dan Miss Nik atas pertukaran ke sekolah baharu! 🎉Semoga terus sukses, dipermudahkan segala ...
24/09/2026

🎉 Tahniah Muallimah Suwaibah dan Miss Nik atas pertukaran ke sekolah baharu! 🎉

Semoga terus sukses, dipermudahkan segala urusan dan mencipta lebih banyak kejayaan di tempat baharu. Selamat bertugas dan semoga terus menjadi guru yang hebat serta memberi inspirasi. 🌷

BTBeS kehilangan guru yang sangat Komited dalam menjalankan tugas…
Selamat maju jaya! 🤍

🗓️22 September 2026 | Selasa ⏰ 6.50 petang 📍 Asarama Tarbawi BTBeS ✏️ Lawatan Nazir ke Asrama Tarbawi BTBeS ➡️ Pihak SK ...
23/09/2026

🗓️22 September 2026 | Selasa
⏰ 6.50 petang
📍 Asarama Tarbawi BTBeS

✏️ Lawatan Nazir ke Asrama Tarbawi BTBeS

➡️ Pihak SK Bukit Tok Beng telah menerima kunjungan Nazir Sekolah ke asrama sekolah bagi melihat dan meninjau pengurusan serta keadaan semasa asrama.

➡️ Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara langsung berkaitan aspek pengurusan, kebajikan murid, keselamatan, kebersihan, kemudahan serta suasana persekitaran asrama.

➡️ Sepanjang lawatan, pihak Nazir turut berkesempatan meninjau beberapa ruang dan kemudahan asrama serta mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan murid dan pelaksanaan aktiviti di asrama.

➡️ Pihak sekolah amat menghargai kunjungan dan perhatian yang diberikan oleh pihak Nazir. Lawatan seperti ini amat bermakna dalam usaha memastikan pengurusan asrama sentiasa berada pada tahap yang baik serta dapat menyediakan persekitaran yang selamat, selesa dan kondusif kepada murid.

Terima kasih atas kunjungan dan perhatian pihak Nazir ke Asrama Tarbawi SK Bukit Tok Beng.

“Bersama Memacu Kecemerlangan, Demi Kemenjadian Murid”

🪷 MAJLIS PERSARAAN PENYELIA ASRAMA ( PUAN ZALINA BT WAHAB ) 🪷Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas...
30/08/2026

🪷 MAJLIS PERSARAAN PENYELIA ASRAMA ( PUAN ZALINA BT WAHAB ) 🪷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Penyelia Asrama di BTBeS.

Sesungguhnya, keikhlasan, kesabaran dan komitmen yang telah dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

Selamat bersara dan selamat menikmati kehidupan baharu bersama insan tersayang. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah.

Jasamu dikenang, budimu disanjung. Terima kasih atas segala kenangan.

17/08/2026
🌸 MAJLIS PERSARAAN – SATU DETIK PENUH MAKNA 🌸Pada 30 Julai 2026 (Khamis), warga SK Bukit Tok Beng telah mengadakan Majli...
31/07/2026

🌸 MAJLIS PERSARAAN – SATU DETIK PENUH MAKNA 🌸

Pada 30 Julai 2026 (Khamis), warga SK Bukit Tok Beng telah mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Habsah Binti Othman dengan penuh penghormatan dan rasa syukur.

✨ “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung” menjadi lambang penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau dalam mendidik anak bangsa serta mencurahkan bakti kepada sekolah.

Semoga Cikgu Habsah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu kehidupan. Jasa dan kenangan bersama warga BTBeS akan sentiasa terpahat di hati.

Selamat Bersara, Cikgu Habsah Binti Othman. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. 💜

📚 LAWATAN PENGAWAS PSS KE BAZAR BUKU PPAT 2026 📚PSS Tarbawi, SK Bukit Tok Beng telah menganjurkan Lawatan Pengawas Pusat...
30/07/2026

📚 LAWATAN PENGAWAS PSS KE BAZAR BUKU PPAT 2026 📚

PSS Tarbawi, SK Bukit Tok Beng telah menganjurkan Lawatan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) ke Bazar Buku: Budaya dan Karnival Semarak Jawi 2026@PPAT ;

📌29 Julai 2026 (Rabu)
📌Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Program ini bertujuan memupuk budaya membaca, memperkaya pengetahuan serta memberi pendedahan kepada pengawas PSS tentang dunia buku, literasi dan aktiviti perpustakaan.

Terima kasih kepada semua guru pengiring, pihak PPAT serta semua pengawas PSS yang telah menjayakan lawatan ini.

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PPD KUALA NERUS 2025 ✨📅 27 Julai 2026 (Isnin)📍 Dewan Al-Farabi, IPG Kampus Dato’ Razali I...
30/07/2026

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PPD KUALA NERUS 2025 ✨

📅 27 Julai 2026 (Isnin)
📍 Dewan Al-Farabi, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan Tahun 2025.

📌Norlailawati Binti Mustaffa
📌Ustazah Noriza Binti Abdullah
📌Cikgu Nuzamah Binti Lokman

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang, berdedikasi dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan pendidikan.

🗓️ 22 Julai 2026 | Rabu 📍 Kem Askar Seberang Takir Hari pertama : Sesi 1 ⛺️ Pendaftaran peserta dan taklimat daripada An...
23/07/2026

🗓️ 22 Julai 2026 | Rabu
📍 Kem Askar Seberang Takir

Hari pertama : Sesi 1

⛺️ Pendaftaran peserta dan taklimat daripada Anggota Askar.

⛺️ Latihan dalam kumpulan ( Logo , Visi dan Misi )

⛺️ Solat Zohor berjemaah

✏️ Jom Berus Gigi 🗓️22 Julai 2026 | Rabu ⏰ 9.00 pagi 🪥Penglibatan smeua murid tahun 1- tahun 5 ➡️ Jom Berus Gigi di Seko...
23/07/2026

✏️ Jom Berus Gigi

🗓️22 Julai 2026 | Rabu
⏰ 9.00 pagi

🪥Penglibatan smeua murid tahun 1- tahun 5

➡️ Jom Berus Gigi di Sekolah merupakan program pendidikan kesihatan yang bertujuan memupuk amalan menjaga kebersihan gigi dalam kalangan murid.

➡️ Melalui aktiviti memberus gigi secara bersama-sama, murid didedahkan kepada teknik memberus gigi yang betul serta kepentingan menjaga kesihatan mulut bagi mencegah kerosakan gigi.

➡️Program ini diharapkan dapat membentuk tabiat penjagaan kebersihan diri yang baik serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan pergigian sejak usia muda.

🌻 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 3 orang guru BTBeS di atas pelantikan sebagai Penolong Kanan. 🌻 Selamat menja...
23/07/2026

🌻 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 3 orang guru BTBeS di atas pelantikan sebagai Penolong Kanan.

🌻 Selamat menjalankan tugas di tempat baharu buat Cikgu Nasri Mohamad yang bertukar ke SK Teluk Ketapang sebagai Penolong Kanan Pentadbiran ( PKP ) baru. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan dan kecemerlangan dalam meneruskan amanah sebagai pendidik dan pemimpin. Selamat maju jaya dan semoga ukhuwah yang terjalin sentiasa berkekalan.

🌻 Tahniah kepada Cg Maliza sebagai PK Hem dan Cg Ahmad Shahiruddin Sebagai PK Ko SK Bukit Tok Beng yang baharu.

Semoga terus cemerlang meneruskan amanah yang diberi 🤍

Address

Kuala

Telephone

+6096626236

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Bukit Tok Beng - BTBeS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category