Kelas Membaca Ekspres-i Kuala Selangor

Kelas Membaca Ekspres-i Kuala Selangor

Share

Menggunakan kaedah membaca melalui teknik pengecaman suku kata, nyanyian dan imaginasi. Belajar macam tak belajar!

02/10/2021

KELAS MEMBACA EKSPRES-I KUALA SELANGOR

🀍🀍🀍🀍🀍🀍🀍🀍

‼️ Pendaftaran Bulan Oktober 2021‼️

Assalamualaikum wbt. InshaAllah cikgu buka untuk pendaftaran kelas bagi bulan 10.

Apa istimewanya kelas membaca ini? πŸ€”

πŸ’ TIADA yuran pendaftaran
πŸ’ Kaedah Ekspres-i yang banyak menggunakan kaedah imaginasi dan lenggok bunyi
πŸ’ Modul Pengukuhan PERCUMA
πŸ’ Permainan Interaktif yang menarik

Cikgu akan cuba bantu seramai yang mungkin agar murid dapat membaca dengan lancar. Pandemik bukan lagi penghalang, asalkan ada kesungguhan dan semangat untuk berjaya!

Cikgu buka untuk 6 ORANG MURID SAHAJA ya. ☺️

Sekiranya berminat, boleh terus hubungi:

Cikgu Rohani http://www.wasap.my/+601124071123


03/09/2021

Paling payah.

02/01/2021

IbuBapa Jadi Magic Mirror Kepada Anak
=================================

1 Julai 2017

Sabtu

Tadi Fateh kata dia ada 4 perkara silap dilakukan,


4 kesilapan dia ini dia nyatakan dengan penuh insaf πŸ˜… (misteri dan berdebar saya menantinya):

1. Dia tak melompat lepas mandi maka mami hampir nak terjatuh, bahaya. (air menjejeh jadi saya memang hampir jatuh tadi)

2. Fateh tertumpah air milo lepas tu Fateh lap dengan tisu.

3. Fateh marah uncle kat rumah kenduri aqiqah tadi (sambil ulang tunjuk aksi garang dia macam biasa style dia tu)

4. Fateh tak tutup tin biskut merry.


Okay, no 1,3 tu memang kami dah proses bersama (muhasabah dan nasihat secara berhikmah dari mak ayah dia, kami tegur dan explain baik-baik sungguh-sungguh),

No 2 saya memang tak perasan ia berlaku, yang saya nampak memang mug milo dia dah kosong habis minum, cuma saya minta dan ingatkan dia letak cawan dah minum atas meja sahaja.

No 4 tu kelupaan harian yang diingatkan berulang kali tiap hari jadi saya tak expect dia mengakui dengan penuh sesalan πŸ˜„



saya terus berikan/nyatakan 10 kebaikan dia hari ini.
.

1. Fateh berjaya lompat 20 kali lepas mandi, maka mami tak jatuh pun.

2. Fateh berjaya tutup tin biskut lepas makan, maka biskut tak lemau.

3. Fateh bertanggungjawab lap sendiri air milo tumpah, maka tak kotor la lantai.

4. Fateh berjaya patah balik salam ngan uncle rumah kenduri tadi walau dah nak balik dah.

5. Fateh berjaya dimandikan dan digosokkan gigi oleh mummy sampai bersih berkilat licin dan tak jadi rumah bakteria makanan

6. Fateh berjaya main dengan gembira bila Khairunnisa' berlakon jadi aunty chinese kita yang gunting rambut tu

7. Fateh berjaya minta maaf kat ayah pasal bising nak pistol lain

8. Fateh mengakui kesalahan Fateh dengan mummy, mummy bangga dan syukur sebab fateh anak soleh bertanggungjawab atas kesalahan Fateh.

9. Fateh berjaya tahan diri tak tengok kartun robot, tengok umar dan hana dan upin ipin aja.

10. Fateh tunjukkan kasih sayang kat mummy dengan kiss dan hug mummy, penyayang, prihatin dan empatik.



Lihat, bagaimana anak Thinking berfikir-fikir kesilapan dia,


dan semua itu ada perspektif kebaikan dia yang dia tak nampak.


kita bantu dia untuk 'feel good' atas kejayaan kecil yang kita 'as parent' mata helang boleh nampak.


walau kecil, ia besar.


ia spesifik cuma 'different angle' sahaja,


agar dia tak fokus kepada 'side' yang negatif dan silap/salah,


sedangkan menyedari dan mengakui kesilapan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, tak semua orang boleh lakukan muhasabah macam ini,


Dan ketahuilah peringkat usia 3-5/6 tahun, antara initiative (inisiatif berusaha) vs. guilty (rasa bersalah),


Maka anak mudah RASA BERSALAH bila ditegur kesalahan, atau semasa dia berusaha sesuatu kita cepat cepat betulkan.


Jadi bila kita betulkan kesilapan dia, gunakan teknik sandwich (roti-daging-roti) (intro puji umum - tegur kesilapan - balut dengan puji dan harapan/doa baik-baik),


Agar terubat rasa bersalah dia,

sebab takkan kita mahu biarkan mereka tidak sedar apa betul dan salah,


Hanya methodnya sahaja perlu berhikmah.


Eh, dia tahu ke mak dia selalu buat refleksi diri πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„





Refleksi,
Maznah Ibrahim





*******************************************

Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak:

T.mazn.me/chan


Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=fp

01/01/2021

Tahun 2020 menyaksikan kita banyak diuji dengan emosi.

Kanak-kanak terpaksa belajar dari rumah, harus menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara atas talian.
Walaupun begitu, tetap juga mereka terus semangat meneruskan pembelajaran.

Tahun 2021 moga memberi kita harapan baru. Kita akan tetap melakukan pelayaran!
Walaupun sudah pasti lautan akan ada badai.

Terus usaha.
Terus istiqamah.


Photos from Kelas Membaca Ekspres-i Kuala Selangor's post 27/12/2020

JAMUAN PERPISAHAN KELAS MEMBACA EKSPRES-I PULAU PINANG.

Alhamdulillah cikgu Rohani selesaikan amanah di Kelas Membaca Ekspres-i Penaga.

Perjuangan akan diteruskan di Kuala Selangor p**a InshaAllah.
Kelas Membaca berkonsepkan pendidikan berkebajikan.


23/12/2020

4 gaya parenting.


22/12/2020

PENDEKATAN IBU BAPA.

Nak cakap lembut atau kasar?

Photos from Kelas Membaca Ekspres-i Kuala Selangor's post 21/12/2020

Kelas membaca di Pulau Pinang.

Alhamdulillah dah dua murid masuk buku yang terakhir iaitu buku 4.

Alhamdulillah. Seronok sekali dapat melihat perkembangan mereka.
Semakin yakin membaca! ☺️

19/12/2020

Tiada yang mustahil.

Semua kanak-kanak boleh membaca sama ada waktunya singkat atau agak mengambil masa. ☺️

Percaya kepada proses.

InshaAllah.


19/12/2020

Kesungguhan para salaf mencari ilmu.

Tidak mengira jarak dan waktu.
Moga anak-anak kelas membaca juga begitu semangatnya! πŸ₯°

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00