SMKA Sheikh Abdul Malek Official

SMKA Sheikh Abdul Malek Official info rasmi SMKA Sheikh Abdul Malek

16/07/2026
SELAMAT BERSARA BUAT CIKGU WAN NOR SHATIRAH BINTI W. NGAH (30 TAHUN PERKHIDMATAN DI SHAMS : 1996 - 2026)Terima kasih ata...
03/07/2026

SELAMAT BERSARA BUAT CIKGU WAN NOR SHATIRAH BINTI W. NGAH
(30 TAHUN PERKHIDMATAN DI SHAMS
: 1996 - 2026)

Terima kasih atas setiap titisan keringat, kesabaran yang tidak berbelah bahagi dan kasih sayang yang dicurahkan dalam mendidik anak-anak SHAMS. Kehilangan cikgu amat dirasai oleh seluruh warga SHAMS.

Semoga fasa persaraan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan yang melimpah ruah bak air yang mengalir, begitulah budimu. SELAMAT BERSARA CIKGU ...
🥰🥰🥰

Turut diraikan di dalam majlis ini ialah Cikgu Norazyda Binti Aziz, Guru Bimbingan Dan Kaunseling yg telah menabur bakti selama lebih 6 tahun di bumi SHAMS . Cg Gie kini menyambung perkhidmatan di Sma Khairiah .
Terima kasih cikgu.. jasa dan pengorbananmu akan kami kenang selalu 💕💕💕.

🌟 DETIK BERSEJARAH: KEPUTUSAN STPM 2025 SMKA SHEIKH ABDUL MALEK 🌟​Saksikan secara langsung detik bersejarah penyampaian ...
18/06/2026

🌟 DETIK BERSEJARAH: KEPUTUSAN STPM 2025 SMKA SHEIKH ABDUL MALEK 🌟

​Saksikan secara langsung detik bersejarah penyampaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 SMKA Sheikh Abdul Malik (SHAMS), Kuala Terengganu!

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon STPM 2025 atas pencapaian yang sangat membanggakan dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.40! Kejayaan hari ini adalah hasil usaha keras, doa yang berterusan, dan sokongan yang tidak ternilai daripada semua pihak.

​Jangan lepaskan peluang untuk menyokong para pelajar kita yang bakal menerima hasil usaha mereka. Ikuti live streaming bersama kami dan raikan kejayaan ini bersama-sama! 🎓✨

​Teruskan kecemerlangan, capai impian, raikan kejayaan!

​🔗 Tonton Di Sini: https://www.facebook.com/share/v/14hxYG5sMF7/

HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1 2026/2027TARIKH : 8/6/2026HARI : ISNINMASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGITEMPAT : DEWA...
08/06/2026

HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1 2026/2027

TARIKH : 8/6/2026
HARI : ISNIN
MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Selamat datang kepada semua pelajar.
Semoga terus bersemangat untuk mencapai kejayaan dan cita-cita.. 🌸

Alhamdulillah, tahniah Nur Alisha Adriana Binti Mohd Hafez Hilmi  berjaya  meneruskan perjuangan Kejohanan Catur hingga ...
07/06/2026

Alhamdulillah, tahniah Nur Alisha Adriana Binti Mohd Hafez Hilmi berjaya meneruskan perjuangan Kejohanan Catur hingga ke peringkat Kebangsaan.
Semoga Alisha dapat membawa kejayaan dan kejuaraan untuk Negeri dan SHAMS.
Kita sama-sama doakan kejayaan untuk Alisha & Kontinjen Catur Terengganu.
Semoga dipermudahkan Alisha dan Kontinjen Terengganu sepanjang kejohanan catur di Sarawak untuk mencapai kejuaraan.👍👍💐💐

24/05/2026

[Program Sulam Pendidikan Tinggi @ Terengganu]
- Program Talk To My Emcee
Kolaboratif UBK SHAMS & Kursus Kurikulum ( KKN10302) Asas Pengucapan Awam (B) Sem II , UniSZa.
16 Mei 2026/ Sabtu
8.00 pagi - 5.00 petang.
Dewan Saidina Umar Al- Khattab

Melestarikan SHAMS Terbilang
Dulu Baru Ilmu

21/05/2026

Sanah helwah buat Abi Mudir SHAMS - Ustaz Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani, Cg Rokiah, Cg Raja Nordiana
21 Mei 2026

Juga buat anakanda2 :
M Adam - 5 Nasai
M Asyraf - 1 Farabi
Nada Syafiqah - 1 Biruni
Nur Aleya Syafiqa - 2 Khawarizmi

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Melestarikan SHAMS Terbilang
Dulu Baru Ilmu

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+6096235155

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMKA Sheikh Abdul Malek Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share