08/05/2026
📚 Minggu Keempat | Kursus Intensif Bahasa Arab ke Timur Tengah 2026 🌍🛫
🗓️ 26 April 2026 (Ahad) – 30 April 2026 (Khamis)
Sepanjang minggu keempat, para peserta telah menjalani pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Arab dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk persembahan teater berkaitan pekerjaan, latihan penulisan insya’ serta pelbagai latihan bahasa untuk mengukuhkan penguasaan para peserta.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang minggu ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya sebagai persediaan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah. 🤲🏻✨