10/05/2026
Tahniah diucapkan kepada barisan warga Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA) atas kejayaan memperoleh pensijilan Audit Halal Dalaman anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC).
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan fakulti dalam memartabatkan standard dan industri halal. Syabas!
10/05/2026
PROGRAM LAWATAN AKADEMIK SMK SERI AMAN, KOTA TINGGI, JOHOR KE FAKULTI SAINS MAKANAN DAN AGROTEKNOLOGI (FSMA), UMT.
Pada 7 Mei 2026, guru dan murid dari SMK Seri Aman. Kota Tinggi, Johor telah mengadakan lawatan akademik ke Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA), Universiti Malaysia Terengganu.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi, di samping menambah pengetahuan berkaitan bidang akademik dan peluang pengajian yang ditawarkan di FSMA, UMT.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah berpeluang mengikuti sesi taklimat, lawatan fasiliti serta perkongsian ilmu bersama warga FSMA, UMT. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pelajar dalam merancang hala tuju akademik dan kerjaya pada masa hadapan.
07/05/2026
PROGRAM LAWATAN AKADEMIK KOLEJ KOMUNITI JELEBU KE FAKULTI SAINS MAKANAN DAN AGROTEKNOLOGI (FSMA), UMT.
Pada 5 Mei 2026, pensyarah dan pelajar dari Kolej Komuniti Jelebu telah mengadakan lawatan akademik ke Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA), Universiti Malaysia Terengganu.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi, di samping menambah pengetahuan berkaitan bidang akademik dan peluang pengajian yang ditawarkan di FSMA, UMT.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah berpeluang mengikuti sesi taklimat, lawatan fasiliti serta perkongsian ilmu bersama warga FSMA, UMT. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pelajar dalam merancang hala tuju akademik dan kerjaya pada masa hadapan.
01/05/2026
TAHNIAH DR. IDZWANA!
Kami, seluruh Warga Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA), ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada YBrs. Dr. Nor Idzwana binti Mohd Idris atas pelantikan sebagai Penyelaras Ladang Bukit Kor (1 Mei 2026 – 30 April 2028).
Semoga amanah yang digalas ini membawa Ladang Bukit Kor ke tahap yang lebih tinggi dalam aspek penyelidikan dan inovasi agroteknologi.
Terima kasih juga diucapkan kepada penyelaras terdahulu atas segala sumbangan yang sangat bermakna buat fakulti.
FSMA
FakultiSainsMakanandanAgroteknologi

📢 *IKLAN JAWATAN KOSONG*
Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuka peluang kepada calon berkelayakan untuk mengisi jawatan:
🎓 *Pensyarah Universiti (DS11 – Kontrak)*
📌 *Bidang Kepakaran:*
• Biologi & Genetik Ternakan
• Pengurusan & Sistem Produksi Ternakan
• Kesihatan Haiwan & Keselamatan Makanan
• Sistem Penternakan Lestari & Pengurusan Sumber Ladang
✅ *Syarat Kelayakan:*
• Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan
📝 *Cara Memohon:*
Permohonan boleh dibuat melalui sistem *e-Star UMT* dan hantarkan resume anda ke:
📧 [email protected]
⏰ *Tarikh Tutup Permohonan: 15 Mei 2026*
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga akademik UMT!
29/04/2026
Telah berlangsung sesi kuliah bagi kursus STM3652 Perundangan Makanan, Program Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan), yang disampaikan oleh pensyarah jemputan, Terry Previo Avianto dari Universitas Airlangga.
Kuliah bertajuk “International Food Law: Its Implementation and Effect in Indonesia” telah membincangkan dengan mendalam aspek perundangan makanan antarabangsa, khususnya berkaitan Codex Alimentarius Commission serta badan perundangan berkaitan produk makanan di Indonesia.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus, Dr. Faridah Yahya atas penganjuran sesi perkongsian ilmiah yang bermanfaat ini.

18/03/2026
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026
FAKULTI SAINS MAKANAN DAN AGROTEKNOLOGI
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Warga UMT yang dihormati,
Bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma, kami warga Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga dan pelajar UMT.
Semoga sambutan Syawal ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Puas berpuasa di bulan Ramadan,
Kini tibalah Syawal mulia,
Salah dan silap mohon dimaafkan,
Moga hidup sentiasa bahagia.
Sungguh enak ketupat palas,
Dimakan bersama rendang daging,
Tangan dihulur maaf dibalas,
Ukhuwah terjalin erat berdamping.
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan keberkatan bersama insan tersayang.
Kosong-kosong ✨🌙 *
Ikhlas;
Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi.