FSKM UiTM KT

FSKM UiTM KT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FSKM UiTM KT, College & University, UiTM Kuala Terengganu, Kuala.

Program: Round Table Discssion (RTD) bersama Pemeriksan Luar dan Penasihat Industri bagi program CS230Panel : 1. Prof. M...
05/07/2026

Program: Round Table Discssion (RTD) bersama Pemeriksan Luar dan Penasihat Industri bagi program CS230
Panel : 1. Prof. Madya Ts. Dr. Mustafa bin Man (UMT) - Panel Pemeriksa Luar Program
Panel : 2. Ts. Muhammad Rushamir Hakimi bin Ruslan - Panel Penasihat Industri
Tarikh: 14-15 Jun 2026 (Ahad-Isnin)
Tempat: Bilik Mesyuarat Al-Ghazali


Program: Service-Learning Malaysia - University for Society (SULAuM) "Hack the Future 4.0"Tarikh: 2 Jun 2026Program ini ...
05/07/2026

Program: Service-Learning Malaysia - University for Society (SULAuM) "Hack the Future 4.0"
Tarikh: 2 Jun 2026
Program ini bertujuan memupuk minat di kalangan pelajar sekolah menengah dalam bidang ICT di samping mewujudkan peluang kepada siswa/i FSKM untuk mengendalikan program komuniti sebagai pendedahan awal kepada mereka di peringkat lapangan.
Terima kasih kepada pihak pengurusan serta warga kampus yang telah memberikan sokongan tenaga kerja mahupun komitmen yang tertinggi dalam merealisasikan program ini yang penganjurannya adalah selaras untuk kelestarian UiTMCTKKT: 'A Metropolitan Campus'.


Tahniah pelajar-pelajsr FSKM UiTM KT & Pensyarah UiTM KT.
03/07/2026

Tahniah pelajar-pelajsr FSKM UiTM KT & Pensyarah UiTM KT.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Ter...
03/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) telah mengadakan perbincangan strategik bersama PPD Marang ke arah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang akademik, pembangunan guru, pembangunan pelajar, penyelidikan dan transformasi digital.

Hadir mewakili FSKM UiTMCTKKT:

- Ts. Dr. Mohd Talmizie Amron
- Dr. Mohd Rivaie Mohd Ali
- Dr. Nurul Ainina Redwan
- Puan Siti Musliha Nor Al-Din
- Dr. Farah Muna Mohamad Ghazali
- Encik Wan Muhammad Ikhwan Wan Mohammad
- Encik Ahmad Aiman Shallahuddin

Kerjasama ini akan diteruskan melalui pemeteraian Letter of Understanding (LoU) bagi memperincikan pelaksanaan program-program yang telah dirancang. Semoga jalinan kerjasama ini memberi manfaat kepada semua pihak.

Tajuk: Program Kesedaran Keselamatan Tarikh : 18 Jun 2026 Masa 9.00 PagiTempat: Dewan Lestari, UiTMCTKKT
03/07/2026

Tajuk: Program Kesedaran Keselamatan
Tarikh : 18 Jun 2026
Masa 9.00 Pagi
Tempat: Dewan Lestari, UiTMCTKKT



Program : UiTM ProLead Outreach 2026 Tarikh : 10 Jun 2026Tempat: Smart Classroom, UiTMCTKKTUniversiti Teknologi MARA (Ui...
03/07/2026

Program : UiTM ProLead Outreach 2026

Tarikh : 10 Jun 2026

Tempat: Smart Classroom, UiTMCTKKT

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) melalui Kelab RESCOM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang telah berjaya menganjurkan Program UiTM ProLead Outreach 2026 yang menghimpunkan seramai 30 orang pemimpin pelajar daripada 10 buah sekolah menengah dari daerah Marang.
Bertemakan “Pemimpin Masa Depan, Aspirasi Negara”, program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepimpinan dalam era digital, pengurusan krisis, komunikasi berkesan serta laluan pendidikan tinggi melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning).
Program ini turut menjadi platform pemindahan ilmu apabila enam orang pensyarah daripada kampus Kuala Terengganu berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka sebagai penceramah serta fasilitator sepanjang program berlangsung.
Diharapkan inisiatif ini dapat menyemai nilai kepimpinan, membentuk jati diri yang unggul serta melahirkan generasi muda yang berdaya tahan dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.
Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Marang, para guru pengiring, fasilitator dan semua pihak yang telah menjayakan program ini.



Program: Canva Mastery: From Idea to Pitch Tarikh: 4 Jun 2026 Tempat: Makmal Komputer D2, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu...
15/06/2026

Program: Canva Mastery: From Idea to Pitch

Tarikh: 4 Jun 2026

Tempat: Makmal Komputer D2, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) melalui Kelab Rural Engagement and Student Community Outreach Mission (RESCOM) dengan kerjasama Akademi Perikanan Malaysia (APM) telah menganjurkan program Canva Mastery: From Idea to Pitch pada 4 Jun bertempat di MK D2, UiTMCTKKT.

Program yang disertai oleh 30 pelajar dan kakitangan Akademi Perikanan Malaysia ini bertujuan meningkatkan kemahiran literasi digital, reka bentuk visual dan penyampaian idea secara profesional dalam kalangan peserta.
Sepanjang program, peserta telah mengikuti beberapa slot interaktif merangkumi Design Psychology, Slide Storytelling, Presentation Masterclass serta Guided Workshop yang memberi penekanan kepada pembinaan bahan pembentangan yang kreatif dan berimpak.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen UiTMCTKKT dalam memperkukuh jaringan kolaborasi strategik bersama agensi luar serta melahirkan modal insan yang kompeten, kreatif dan berdaya saing selaras dengan keperluan era digital.
'A Metropolitan Campus'.



See less

Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB ) 2026Tarikh: 2 Jun 2026Tempat: Dewan Kenanga, Terengganu Equistarian Resor...
15/06/2026

Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB ) 2026

Tarikh: 2 Jun 2026

Tempat: Dewan Kenanga, Terengganu Equistarian Resort (TER), Kuala Terengganu

KEUB 2026 anjuran UiTM melalui HEP ini memacu satu lonjakan penting dalam agenda pemerkasaaan ekonomi Bumiputera dengan mensasarkan usaha kritikal dalam menangani jurang ekonomi semasa.

Kemuncak KEUB 2026 menyaksikan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, dan turut dihadiri oleh YB Datuk Razali Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, Kepimpinan tertinggi UiTM yang diketuai oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shaharin Sahib @ Sahibuddin Dan Timbalan Naib Canselor (HEP) merangkap Pengerusi KEUB 2026, YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shshibi turut menyaksikan penyerahan 10 Resolusi KEUB 2026 secara rasmi kepada pihak kerajaan sebagai tindakan pemerkasaaan ekonomi baharu.

Terima kasih YAB Timbalan Perdana Menteri di atas kesudian untuk menyantuni para peserta KEUB 2026 yang terdiri daripada usahawan industri dan siswa, pemimpin pelajar, ahli akademik, pemain industri, usahawan komuniti serta rakan-rakan strategik daripada pelbagai agensi seperti KETENGAH, MARA, TEKUN, KESEDAR, RISDA FELCRA dan ICU.

Penghargaan tertinggi daripada seluruh warga UiTM kerana YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk bersama- sama dengan KEUB 2026. Juga terima kasih kepada semua warga UiTM, UiTM Cawangan Terengganu serta Kampus Kuala Terengganu yang telah memberikan sokongan tenaga kerja mahupun komitmen yang tertinggi dalam merealisasikan KEUB 2026.



Program : Bengkel Penulisan Akademik Siri II: "Manuscript Refinement & High-Impact Journal Targeting" Tarikh : 20 Mei 20...
15/06/2026

Program : Bengkel Penulisan Akademik Siri II: "Manuscript Refinement & High-Impact Journal Targeting"

Tarikh : 20 Mei 2026 (Rabu)

Tempat : Smart Classroom, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Bengkel Penulisan Akademik Siri II: Manuscript Refinement & High-Impact Journal Targeting telah dianjurkan oleh RMU, UiTMCTKKT dengan penglibatan pensyarah-pensyarah di Kampus Kuala Terengganu serta disampaikan oleh penceramah jemputan, Profesor Madya Dr Azlan bin Ismail dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan praktikal dan bimbingan berfokus kepada peserta dalam aspek pemantapan manuskrip, strategi penerbitan jurnal berimpak tinggi, pemilihan jurnal yang bersesuaian serta pengendalian komen reviewer secara lebih sistematik dan berkesan.

Pelbagai perkongsian ilmu, pandangan dan percambahan idea yang positif telah diperoleh sepanjang bengkel ini berlangsung, khususnya dalam memperkukuh budaya penyelidikan dan penerbitan berkualiti tinggi dalam kalangan pensyarah. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kompetensi akademik, memperkasa strategi penerbitan berimpak tinggi serta menyokong aspirasi UiTM ke arah kecemerlangan akademik dan penyelidikan bertaraf antarabangsa.



Address

UiTM Kuala Terengganu
Kuala
21080

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FSKM UiTM KT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share