Akademi ZIQ Bakery

Akademi ZIQ Bakery Gerbang Kecemerlangan Dalam Profession Bakeri

Perlu ada 3 'benda' ni, kalau nak berjaya.Creativity, Passion & PatienceAkademi ZIQ Bakery
19/09/2017

Perlu ada 3 'benda' ni, kalau nak berjaya.

Creativity, Passion & Patience

Akademi ZIQ Bakery

Pelajar-pelajar kami sedang bertungkus lumus menyiapkan task masing-masing.
InsyaAllah, semua akan berjaya. Yang penting, perlu ada patience, creativity & passion.




11/05/2016

KUALA TERENGGANU – Seorang gadis kurang upaya (OKU) dari Kampung Kubang Parit, di sini, hanya mengambil masa selama sebulan untuk belajar menghasilkan kek dengan dekorasi yang mudah walaupun tanpa asas dalam bidang berkenaan.

Minggu orientasi pelajar program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) 2016 di Ziqbakery and Cake..
05/04/2016

Minggu orientasi pelajar program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) 2016 di Ziqbakery and Cake..

ANDA BELAJAR, KAMI BAYAR JIKA BERMINAT DAN BERKELAYAKAN BOLEH MOHON SEGERA..SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : PEJABAT 0...
02/03/2016

ANDA BELAJAR, KAMI BAYAR

JIKA BERMINAT DAN BERKELAYAKAN BOLEH MOHON SEGERA..

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

PEJABAT 09-6171 528
CIK AKMA 013-954 0196

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kepada semua pelanggan Ziq Bakery & Cake,sila layari website kami untuk memilih prod...
30/06/2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada semua pelanggan Ziq Bakery & Cake,
sila layari website kami untuk memilih produk kami yang terkini.

http://www.ziqbakery.com/

ZIQ Bakery & Cake juga berpengalaman luas dalam membuat kek fondant. Kami boleh menyediakan kek mengikut tema majlis dan juga citarasa anda.

25/01/2015

Asalamualaikum w.b.t

PENGAMBILAN PERANTIS SLDN KHAS 2015
(SEPENUH MASA)

Tawaran Mengikuti Program Latihan di Peringkat SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Pusat Latihan SLDN Ziq Bakery membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program bagi kursus dibawah:

1) Pembuatan Roti (HT 013-2:2011)
2) Pembuatan Pastri (HT 014-2-2011)

Syarat & Kelayakan:
1) tidak memiliki SPM
2) umur 16- 30 sahaja
3) bujang
4) sihat tubuh badan

Keistimewaan Kursus Ini:
1) Yuran pengajian adalah PERCUMA
2) Bayaran pendaftaran sahaja yg dikenakan.
3) Hostel disediakan. (bagi yg memerlukan)
4) Peluang merasai pengalaman sebenar bekerja.
5) Peluang mendapatkan pekerjaan didalam industri makanan.
6) Peluang membentuk kerjaya didalam industri.
7) Peluang membuka perniagaan secara kecil-kecilan.

Pendaftaran dan pertanyaan:
ZIQ BAKERY AND CAKE SDN BHD
BAHAGIAN LATIHAN SLDN
LOT 01, KOMPLEKS KILANG SME BANK,
KAWASAN PERINDUSTRIAN CHENDERING,
21080 KUALA TERENGGANU
09-6171528
09-6673196
013-3540196 (CIK AKMA)
016-9217868 (CIK LINDA)

remarks:
- borang boleg diperolehi di setiap cawangan ziq bakery seluruh terengganu.
- sila hantar borang sebelum 1 Feb 2015

Cipta Personaliti Dan Serlahkan Kredibiliti Bersama Akademi ZIQ BakeryCipta Personaliti, Serlahkan Kredibiliti dan nikma...
06/01/2015

Cipta Personaliti Dan Serlahkan Kredibiliti Bersama Akademi ZIQ Bakery

Cipta Personaliti, Serlahkan Kredibiliti dan nikmati Prosperiti Bersama Akademi ZIQ Bakery di Era Digital. Ha ha bagaimana dengan Cheff era digital? Penekanan kami terhadap pentingnya fungsi media sosial di Akademi ZIQ Bakery adalah tepat sekali. Kenapa?

Secara ironinya, hubungkait bisnes dan komuniti tidak dapat dipisahkan. Justru, adalah wajar kami di Akademi ZIQ Bakery menekankan aplikasi media sosial sebagai sebahagian daripada modul pengajaran dan pembelajaran utama.

Media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain lagi berperanan penting sebagai media untuk pelajar berkomunikasi antara satu sama lain, bertukar pendapat, bertanyakan soalan, meminta pandangan mahu pun berkongsi dokumentasi.

Ia media interaktif alternatif utama pelajar berinteraksi dengan fakulti, staff, ibupada dan juga komuniti pada bila-bila masa dan dimana juga. Peluang ini perlu digarap sepenuhnya pelajar untuk mengumpul info, share, tweat, like, dislike yang akan membantu mempercepatkan proses pembelajaran dan melakukan transformasi fantasi kepada realiti.

Pelajar akan dapat melihat kejelasan aspirasi dan menjadikan mereka lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk berkerjaya. Jauh lebih penting,melalui media sosial pelajar akan mula belajar untuk membina rangkaian dan prospek perniagaan mereka. Bersedialah untuk menjadi Chef Digital bagi menyahut seruan Transformasi

Modul 4P Adalah Formula Transformasi Graduan Berkualiti Di Akademi ZIQ BakeryUntuk menyahut cabaran dan keperluan pemban...
06/01/2015

Modul 4P Adalah Formula Transformasi Graduan Berkualiti Di Akademi ZIQ Bakery

Untuk menyahut cabaran dan keperluan pembangunan negeri Terengganu, kami di Akademi ZIQ Bakery telah menyediakan modul 4P sebagai jawapan. Melauli modul ini pelatih di Akademi ZIQ Bakery didedahkan dengan sistem pengajaran yang komprehensif berdasarkan modul yang sedia ada dan dari pengalaman kami sendiri.

Pelatih akan mengalami satu kaedah Pembelajaran yang mudah dan tidak membosankan. Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang kami sediakan akan membantu merancakkan perkembangan pembelajaran pelatih.

Practical Training atau latihan industri yang kami sediakan kepada pelatih amat memberangsangkan kerana pelatih didedahkan dalam suasana sebenar perniagaan dalam bidang bakeri.

Ini akan menjamin keberkesanan kaedah Pengajaran, Pembelajaran, Persekitaran dan latihan Praktikal (4P) di Akademi ZIQ Bakery.

Selamat Datang Kegerbang Kecemerlangan Dalam Kerjaya Dunia Bakeri
06/01/2015

Selamat Datang Kegerbang Kecemerlangan Dalam Kerjaya Dunia Bakeri

Address

Kuala Terengganu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi ZIQ Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category