SK Tengku Ampuan Mariam - Official

SK Tengku Ampuan Mariam - Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Tengku Ampuan Mariam - Official, Elementary School, Jalan Tg Ampuan Mariam, Kuala Terengganu.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SKTAM 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPagi ini berlangsung dengan penuh meriah Pelancaran Bulan Kebangsaan SK Teng...
16/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SKTAM 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pagi ini berlangsung dengan penuh meriah Pelancaran Bulan Kebangsaan SK Tengku Ampuan Mariam 2026 bertemakan:

โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€

Majlis diserikan dengan ucapan aluan Guru Besar SKTAM, YM Syed Nor Baddi bin Syed Mashruddin, diikuti ucapan perasmian oleh En. Ramzul Nasri bin Alias @ Othman, Penolong PPD Kuala Terengganu, Sektor Perancangan PPD.

Turut berlangsung gimik pelancaran, penyerahan Jalur Gemilang kepada guru kelas serta nyanyian lagu-lagu patriotik sambil seluruh warga sekolah bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan seluruh warga SKTAM.

๐ŸŽฅ Liputan rasmi: TeAMS TV








๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMurid-murid SK ...
14/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Murid-murid SK Tengku Ampuan Mariam berpeluang menghadiri majlis pelancaran yang berlangsung dengan penuh meriah di Wisma Darul Iman.

Majlis yang turut dihadiri barisan kepimpinan negeri, guru dan murid daripada pelbagai sekolah ini berjaya menyemarakkan semangat patriotisme serta rasa cinta akan negara.

Ayuh, kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ







Wartawan Cilik TeAMS TV berpeluang untuk menemu bual dan bergambar bersama Speaker DUN Terengganu, Dato Haji Mohd Nor Bi...
13/08/2026

Wartawan Cilik TeAMS TV berpeluang untuk menemu bual dan bergambar bersama Speaker DUN Terengganu, Dato Haji Mohd Nor Bin Hamzah, juga turut serta Setiausaha Kerajaan Terengganu YB Dato Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham sempena pelancaran kempen kibar jalur gemilang peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Terima Kasih Dato.

๐Ÿ† PROGRAM MENCARI PROFESOR SIFIR SKTAM 2026 ๐Ÿ†Pagi ini berlangsung Majlis Peluncuran Program Mencari Professor Sifir di D...
11/08/2026

๐Ÿ† PROGRAM MENCARI PROFESOR SIFIR SKTAM 2026 ๐Ÿ†

Pagi ini berlangsung Majlis Peluncuran Program Mencari Professor Sifir di Dataran Ibnu Khaldun, SK Tengku Ampuan Mariam.

Program ini dilaksanakan bagi membudayakan penguasaan sifir dalam kalangan murid serta meningkatkan keyakinan dan kemahiran asas Matematik. โœ–๏ธโž—โž•โž–

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah, sijil dan button badge kepada 18 orang Professor Sifir Fasa 1, diikuti bacaan Ikrar Sifir serta nyanyian lagu sifir bersama-sama seluruh warga SKTAM. ๐Ÿ…๐Ÿ“š

Semoga lebih ramai murid berjaya bergelar Professor Sifir selepas ini!

โœจ โ€œHafal Sifir, Jadi Juara Matematik!โ€






๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PELANCARAN DUTA BAHASA & SAHABAT BAHASA SK TENGKU AMPUAN MARIAM 2026Hari ini, 9 Ogos 2026, SK Tengku Ampuan Mariam (S...
09/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PELANCARAN DUTA BAHASA & SAHABAT BAHASA SK TENGKU AMPUAN MARIAM 2026

Hari ini, 9 Ogos 2026, SK Tengku Ampuan Mariam (SKTAM) melakar satu lagi detik istimewa dengan berlangsungnya Majlis Pelancaran Duta Bahasa & Sahabat Bahasa di Dataran Ibnu Khaldun.

Lebih membanggakan, SKTAM telah dipilih sebagai Sekolah Duta Bahasa bagi daerah Kuala Terengganu. Seramai 10 orang murid telah dipilih sebagai Duta Bahasa, terdiri daripada 5 Duta Bahasa Melayu dan 5 Duta Bahasa Inggeris.

Pelantikan ini menjadi platform untuk murid memperkukuh keyakinan berkomunikasi, menjadi contoh penggunaan bahasa yang baik serta menggalakkan budaya berbahasa dalam kalangan warga sekolah.

Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi MBMMBI โ€“ Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.

๐ŸŽ™๏ธ Santai Tapi Sampai!
๐Ÿ“š Bahasa Kita, Jati Diri Kita.

Syabas dan tahniah kepada semua Duta Bahasa & Sahabat Bahasa SKTAM! ๐ŸŒŸ


๐ŸฆŸ PROGRAM CERAMAH & PAMERAN BEBAS DENGGI ๐ŸฆŸ4 Ogos 2026 | SelasaSekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam telah menganjurkan...
04/08/2026

๐ŸฆŸ PROGRAM CERAMAH & PAMERAN BEBAS DENGGI ๐ŸฆŸ

4 Ogos 2026 | Selasa

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam telah menganjurkan Program Ceramah dan Pameran Bebas Denggi yang melibatkan semua murid Tahap 2. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya penyakit denggi, mengenali kitaran hidup nyamuk Aedes serta memupuk amalan menjaga kebersihan persekitaran sebagai langkah pencegahan.

Melalui ceramah yang disampaikan dan pameran interaktif yang disediakan, murid didedahkan kepada langkah-langkah pencegahan seperti amalan 3M Plus, di samping memahami peranan setiap individu dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian agar warga sekolah dan masyarakat sentiasa sihat serta bebas daripada ancaman denggi.

โ€œBersama Kita Cegah Denggi, Persekitaran Bersih Tanggungjawab Bersama.โ€




๐Ÿงช PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK X HAMARE โ€“ STEMSPIRASI: SAINTIS CILIKAlhamdulillah, Program Jelajah Sekolah Blink X Hama...
30/07/2026

๐Ÿงช PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK X HAMARE โ€“ STEMSPIRASI: SAINTIS CILIK

Alhamdulillah, Program Jelajah Sekolah Blink X Hamare โ€“ STEMspirasi: Saintis Cilik telah berlangsung dengan jayanya di SK Tengku Ampuan Mariam.

Program ini berjaya mencetuskan minat murid terhadap dunia STEM melalui persembahan eksperimen sains yang interaktif dan menyeronokkan. Turut berlangsung majlis penyerahan sijil jalinan kerjasama, sumbangan buku kepada pihak sekolah serta pameran dan jualan buku yang memberi peluang kepada murid mendekati dunia pembacaan dan penulisan.

Semoga jalinan kerjasama ini terus memberi manfaat dalam melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan cintakan ilmu.

Terima kasih kepada Blink X Hamare, semua guru, murid serta warga sekolah yang telah menjayakan program ini.




Lawatan Pendidikan ke Muzium Negeri Terengganu & Perpustakaan Awam Negeri TerengganuTahniah dan syabas kepada murid-muri...
29/07/2026

Lawatan Pendidikan ke Muzium Negeri Terengganu & Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

Tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Tengku Ampuan Mariam yang terpilih menyertai lawatan pendidikan ke Muzium Negeri Terengganu dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Penyertaan ini diberikan sebagai penghargaan kepada murid yang aktif membaca serta menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Program NILAM.

Sepanjang lawatan, murid berpeluang menelusuri khazanah sejarah dan warisan negeri di Muzium Negeri Terengganu, di samping meneroka pelbagai sumber ilmu serta kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Pengalaman ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi minat membaca, memperluas pengetahuan dan membentuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus membudayakan amalan membaca dan meningkatkan pencapaian dalam Program NILAM.

Hari Ketiga | 25 Julai 2026Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform 2026Perkhemahan Unit Beruniform SK Tengku Ampuan...
25/07/2026

Hari Ketiga | 25 Julai 2026

Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform 2026

Perkhemahan Unit Beruniform SK Tengku Ampuan Mariam 2026 melabuhkan tirainya dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Puan Norul Hidayu Binti Razak, Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kerjasama, disiplin dan kepimpinan sepanjang perkhemahan. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk sahsiah serta jati diri murid.

Pengisian Rohani Sepanjang PerkhemahanSelain aktiviti lasak dan kemahiran, peserta Perkhemahan Unit Beruniform SK Tengku...
25/07/2026

Pengisian Rohani Sepanjang Perkhemahan

Selain aktiviti lasak dan kemahiran, peserta Perkhemahan Unit Beruniform SK Tengku Ampuan Mariam 2026 turut mengikuti pengisian rohani sepanjang program.

Peserta melaksanakan solat Tahajud, solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh serta menunaikan solat fardu berjemaah bagi waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Turut diadakan kuliah Maghrib, bacaan Yasin dan tahlil bagi menyemai nilai keimanan dan membentuk sahsiah murid.

Semoga amalan yang diterapkan menjadi bekalan dalam melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Address

Jalan Tg Ampuan Mariam
Kuala Terengganu
21100

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Sunday 07:30 - 16:30

Telephone

+6096221114

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tengku Ampuan Mariam - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share