19/06/2026
Warga SESMA mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Presiden MySESMA Dato Zubir bin Embong.
Laman Rasmi SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD (SESMA), Terengganu.
19/06/2026
Warga SESMA mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Presiden MySESMA Dato Zubir bin Embong.
18/06/2026
18 JUN 2026 : KHAMIS
Selamat datang Tuan Abu Hasmadi A Bakar Pegawai Pendidikan Daerah, Daerah Kuala Nerus ke program SESMA TRAVELLING OUTREACH SEJARAH yang bermula pagi ini...Terima kasih tuan kerana sudi merasmikan program ini di Makmal Sains Tingkatan 1..
Tahniah kepada anak-anak GLORIANZ atas kejayaan menghasilkan bahan pembelajaran yang menarik. Syabas kepada Panitia Sejarah atas inisiatif mengadakan program ini, semoga ia dapat meningkatkan kefahaman serta menguatkan ingatan anak-anak dalam mempelajari ilmu Sejarah.
18/06/2026
14 JUN 2026 : AHAD
Alhamdulillah & Tahniah !
SESMA telah menghantar 2 kump**an ke Bengkel & Pertandingan Video Ai-Future Innovators Mini Challenge pada 14/6/26 bertempat di UniSZA, Gong Badak.
Pertandingan ini memerlukan penghasilan video pendek yang dicipta oleh beberapa aplikasi Artificial Intelligence (Ai) .
Kump**an 1, Phoenixherz mendapat SAGUHATI yang terdiri daripada
- Che Wan Dhia Amanda 3UA
- Nur Ayatul Izara 3UO
- Nur Widad Amani 3UO
- Qissya Amanda 3AB
Kump**an 2, Emphareus mendapat TEMPAT KETIGA & membawa p**ang wang tunai RM300 yang terdiri daripada
- Azim Zafri 2AB
- Azam Razin 2AB
- Muhammad Rayyan Ashraf 2UA
- Wan Umar Muhtadi 2ZA
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang🏆
16/06/2026
16 JUN 2026 : SELASA
1) Slot Unit Beruniform
Tahniah kepada anak-anak Wind Orchestra kerana membuat pengisian aktiviti roll call pagi dengan memperkenalkan nama peralatan muzik serta memainkan bunyinya.
2) PKHEM memberikan peringatan kepada anak-anak untuk tidak melakukan perbuatan vandalisme. Pihak sekolah sentiasa komited untuk mencantikkan kamar & bilik-bilik khas di asrama. Namun kerjasama anak-anak amat diperlukan untuk menyayangi harta benda awam serta menjaganya dengan baik.
3) Cikgu Hawa menyampaikan taklimat awal keselamatan untuk latihan 'fire-drill' kepada pengawas-pengawas tingkatan 2-5. Taklimat penuh akan diberikan dalam 1 sesi khas esok.
16/06/2026
15 JUN 2026 : ISNIN
Selamat datang & terima kasih kepada Cikgu Naharudeen bin Othman, Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir KPM sudi singgah ke SESMA petang semalam. Wlaaupun sekejap masa yang diluangkan bersama-sama kami tetapi banyak perkongsian & bimbingan yang amat bermakna bagi kami.
Jemput singgah ke SESMA lagi jika berkunjung ke Negeri Terengganu, kami amat mengalu-alukan kehadiran Cikgu Naha...
15/06/2026
15 JUN 2026 : ISNIN
1) Slot PRS :
Penerapan Nilai Murni fokus kepada menjauhi gurauan melampau. Elakkan penggunaan perkataan-perkataan yang menyakiti hati orang lain walaupun dengan niat bergurau. Jauhi perbuatan gurauan melampau seperti menarik kerusi kawan. Gurauan melampau boleh memberikan kesan kepada emosi, mental dan juga kecederaan fizikal di pihak mangsa. Perbuatan ini boleh disabitkan dengan kes salahlaku disiplin yang boleh dikenakan tindakan amaran, rotan atau gantung persekolahan.
PKHEM turut memaklumkan prosedur mendapatkan rawatan yang terkini:
1. Urusan murid sakit pada waktu persekolahan diuruskan sepenuhnya oleh Guru Bertugas.
2. Murid perlu berjumpa Guru Bertugas untuk saringan kesihatan, ambil kad rawatan (biru) di bilik kesihatan (sebelah bilik guru).
3. Guru Bertugas akan menghubungi ibu bapa (jika murid ingin ke klinik dengan ibu bapa).
4. Guru bertugas menghubungi pemandu untuk menyelaraskan pergerakan van ke klinik.
Makluman Program Latihan Kebakaran:
1. Murid-murid diminta sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kebakaran dalam situasi sebenar ataupun simulasi.
2. Jika mendengar amaran loceng kecemasan atau laungan "api" "kebakaran" hendaklah segera mengosongkan bangunan.
3. Taklimat keselematan terperinci akan disampaikan oleh JK Keselamatan pada 1 tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
15/06/2026
15 JUN 2026 : ISNIN
Pembentangan Pelan Operasi oleh Bonda Pengetua kepada Jemaah Nazir Terengganu yang diketuai oleh Encik Shahril dan turut disertai oleh Encik Zulkefli. Turut hadir ialah Encik Norjamalullail Pegawai SIPartners+ dari PPD Kuala Nerus.
Barisan pengurusan SESMA juga bersama-sama dengan Bonda Pengetua dalam sesi pembentangan & perbincangan pada hari ini.
Terima kasih atas penerimaan, teguran & penambahbaikan yang dilontarkan oleh Jemaah Nazir & Pegawai SIPartners+. Insya-Allah pihak sekolah komited dalam mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.
15/06/2026
14 JUN 2026 : AHAD
Mesyuarat HEM Bil.2/2026 & Taklimat Latihan Kebakaran kepada semua guru & staf.
Terima kasih kepada Encik Shahril dari Balai Bomba Kuala Nerus dapat hadir menyampaikan taklimat yang terperinci mengenai persediaan sebelum, semasa & selepas latihan kebakaran yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Semoga semua perancangan Unit HEM untuk penggal kedua dapat dilaksanakan dengan baik.
15/06/2026
14 JUN 2026 : AHAD
PERJUMPAAN MENTOR MENTEE
ISU : KENALI LGBT : CIRI-CIRI, KESAN KEPADA DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT & NEGARA
Semua mentor dibekalkan lembaran kerja untk perbincangan dalam kump**an mentee masing-masing. Mentee-mentee diberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan budaya LGBT, ciri-ciri LGBT serta kesan LGBT kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat serta negara.
Pihak sekolah meneruskan inisiatif berterusan dalam pelaksanaan program intervensi kes seksual. Semoga Allah cantikkan akhlak anak-anak hebat SESMA dan seluruh warga SESMA, hidarkan kami semua daripada gejala yang tidak berfaedah serta memudaratkan.
15/06/2026
13 JUN 2026 : SABTU
PKA MATEMATIK
TARIKH : 13 JUN 2026
MASA : 10.30 - 12.30 tgh
PKA SEJARAH BAB 9 & BAB 10
Tarikh : 13 jun 2026
Masa : 8.00-10.00 MLM
Terima kasih guru-guru Matematik & Sejarah yang sanggup berkorban masa & tenaga untuk melaksanakan kelas kepada anak-anak hebat INVICTUS pada hujung minggu. Semoga cikgu-cikgu direzekikan kesihatan & rezeki yg baik & anak-anak p**a direzekikan ilmu & pemahaman yang jelas.
"ROAD TO STRAIGHT A+"