SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS

SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS

Share

SMK DATO' HAJI MOHD SAID
KG JERAM, MANIR
21200 KUALA TERENGGANU

Photos from SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS's post 11/06/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD KUALA TERENGGANU 2026
Bawah 18 Tahun | Suku Akhir

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Dโ€™MoSS kerana berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak MSSD Kuala Terengganu Bawah 18 Tahun.

Perlawanan akan berlangsung pada:

๐Ÿ“… Ahad, 14 Jun 2026
โฐ 8.00 pagi
โšฝ SMK Sultan Mansor vs Dโ€™MoSS
๐Ÿ“ Padang Dzalis

Semoga perjuangan pasukan Dโ€™MoSS terus membuahkan hasil dan memperoleh kejayaan yang membanggakan. Teruskan semangat juang, disiplin dan kesungguhan hingga ke wisel penamat.



Photos from SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS's post 11/06/2026

MAJLIS PERASMIAN STUDIO PODCAST KERIS TV

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Jun 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari: Khamis
โฐ Masa: 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Studio Posdcast

Alhamdulillah, majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Zamri bin Ab Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Penubuhan Studio Podcast KerisTV merupakan satu inisiatif tuan pengetua dalam memperkasa bakat murid dalam bidang komunikasi, pengucapan awam, teknologi digital dan penghasilan kandungan kreatif. Studio ini juga menjadi platform kepada warga Dโ€™MoSS untuk berkongsi ilmu, inspirasi, kejayaan dan maklumat sekolah secara lebih menarik serta berkesan.

Semoga Studio Podcast KerisTV terus menjadi medium yang mencetuskan idea, membina keyakinan murid dan menyemarakkan budaya digital yang positif dalam kalangan warga sekolah.



Photos from SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS's post 11/06/2026

PROGRAM MENTOR MENTEE Dโ€™MoSS 2026

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Jun 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari: Khamis
โฐ Masa: 11.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Seri Jeram

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Mohd Zamri bin Ab Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, JPN Terengganu.

Program Mentor Mentee ini bertujuan untuk membimbing murid secara lebih dekat melalui hubungan antara guru sebagai mentor dan murid sebagai mentee. Melalui program ini, guru dapat memberi sokongan, nasihat, motivasi serta pemantauan berterusan terhadap perkembangan akademik dan sahsiah murid.

Semoga program ini dapat melahirkan murid Dโ€™MoSS yang lebih yakin, berdisiplin, bermotivasi dan cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.



Photos from SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS's post 11/06/2026

MAJLIS TEMU MURNI TINGKATAN 1 HINGGA 4

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Jun 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari: Khamis
โฐ Masa: 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Kelas masing-masing

Alhamdulillah, Majlis Temu Murni bagi murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis ini memberi ruang kepada ibu bapa dan penjaga untuk bersemuka dengan guru kelas bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah dan kehadiran anak-anak. Melalui pertemuan ini, pihak sekolah dan ibu bapa dapat bersama-sama merancang langkah terbaik bagi membantu murid meningkatkan prestasi serta membina kecemerlangan diri.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Semoga hubungan erat antara pihak sekolah dan keluarga terus menjadi pemangkin kejayaan murid-murid SMK Datoโ€™ Haji Mohd Said.



Photos from SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS's post 11/06/2026

MAJLIS TEMU MURNI & BICARA AKADEMIK 2026
CALON SPM 2026

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Jun 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari: Khamis
โฐ Masa: 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Seri Jeram

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Mohd Zamri bin Ab Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran JPN Terengganu.

Program ini memberi ruang kepada ibu bapa dan penjaga untuk bertemu secara langsung dengan guru kelas bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah serta prestasi anak-anak. Perbincangan dua hala ini amat penting dalam usaha memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan murid.

Turut berlangsung dalam majlis ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada murid cemerlang MPP2 bagi beberapa kategori, antaranya Lonjakan Gred Purata Kelas, Lonjakan Bilangan A, Lonjakan Gred Purata Calon, Lonjakan Mata Pelajaran, Pelajar Terbaik Kelas dan Pelajar Terbaik Tingkatan.

Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada panitia mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran dalam MPP2.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada perasmi, barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa, penjaga serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Semoga usaha murni ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid-murid Dโ€™MoSS dalam bidang akademik, sahsiah dan pembangunan diri.



Photos from SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS's post 11/06/2026

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKUM

Hari ini telah berlangsung Majlis Perpisahan Pelajar Praktikum yang terdiri daripada 13 orang pelajar praktikum daripada UniSZA, UKM dan OUM.

Majlis diadakan pada jam 7.45 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan. Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani latihan praktikum di sekolah ini.

Semoga segala pengalaman, ilmu dan kenangan indah sepanjang berada di sini menjadi bekalan berharga dalam perjalanan sebagai bakal pendidik.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam bidang pendidikan.



Photos from SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS's post 09/06/2026

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN CABARAN SAINS KEBANGSAAN

๐Ÿ“… 9 Jun 2026
โฐ 7.45 pagi
๐Ÿ“ Dataran Perhimpunan

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai Cabaran Sains Kebangsaan. Penyampaian sijil ini merupakan tanda penghargaan atas usaha, komitmen dan keberanian murid dalam mencabar diri meneroka bidang sains.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada murid untuk terus meningkatkan minat, keyakinan dan kecemerlangan dalam bidang STEM.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta!



Photos from SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS's post 09/06/2026

Makluman untuk ibubapa SMK Dato' Haji Mohd Said & PIBG D'MoSS

03/06/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


SMK Dato'Haji Mohd Said
Kuala
21200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00