12/05/2026
βοΈ Alhamdulillah selesai Cabaran Juara Catur Bawah 12 Tahun (Lelaki) βοΈ
Tahniah buat semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang, fokus dan disiplin sepanjang pertandingan berlangsung di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin. πͺβ¨
Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian mencuba, berfikir strategi dan belajar daripada setiap langkah itulah kemenangan sebenar. π
Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam dunia catur dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. π€
19/04/2026
Alhamdulillah, pada 16 April 2026, Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Kuala Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke muzium. πβ¨
Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar menimba ilmu baharu, mengenali sejarah serta menambahkan pengalaman di luar bilik darjah. Anak-anak juga begitu teruja melihat pelbagai bahan pameran dan artifak yang penuh nilai warisan.
Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat, membuka minda serta menyemai semangat cintakan ilmu dan sejarah dalam diri para pelajar.
20/03/2026
Ibu ayah nak anak bukan sahaja cemerlang akademik, tapi juga pandai agama?
π Di sinilah tempatnyaβ¦
SRIP Tahfiz Kuala Terengganu
Membentuk generasi Al-Quran & berakhlak mulia.
π Akademik + Hafazan + Sahsiah
π Solat zohor berjemaah setiap hari
π Qiamullail & aktiviti tarbiah
π PROMOSI KHAS!
Diskaun yuran untuk adik-beradik
π Tempat sangat terhad!
Klik butang whatsapp untuk daftar slot anak anda.
01/03/2026
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025.
Semoga dengan pencapaian ini menjadi detik permulaan untuk terus cemerlang.
Tahniah kepada Ustaz dan Ustazah KAFA yang telah banyak berkorban masa, usaha dan tenaga dalam memastikan anak-anak SR Islam Pintar mencapai kecemerlangan.
Tahniah juga kepada semua ibubapa yang telah memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah dalam menjayakan program-program yang dilaksanakan...
p/s:...
26/02/2026
TAHNIAH UPKK 2025 π β¨
Alhamdulillah... setinggi-tinggi tahniah diucapkan di atas pencapaian cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2025.
Berikut adalah keputusan yang telah dicapai:
β¨ 9A - 6 orang
β¨ 8A - 4 orang
β¨ 7A - 4 orang
β¨ 3A - 1 orang
β¨ 2A - 1 orang
β¨ 1A - 1 orang
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para murid, bimbingan penuh dedikasi para guru serta sokongan padu daripada ibubapa. Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah kepada semua..!
25/02/2026
Tahniah..!
6 orang calon
UPKK SRIP Tahfiz mendapat keputusan 9A
18/02/2026
Selamat Datang Bulan Ramadan...
Ramadan bulan penuh rahmat, masa untuk kita berpuasa, bersabar dan berbuat baik.
13/02/2026
π MAKLUMAN CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA & AWAL RAMADAN 2026
Tarikh Cuti :
13 Februari 2026 (Jumaat) hingga 21 Februari 2026 (Sabtu)
Sekolah akan beroperasi seperti biasa pada:
22 Februari 2026 (Ahad)
"Selamat Bercuti & Menyambut Ramadhan Mubarak"