13/05/2026
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫
7 Mei 2026 II 20 Zulkaedah 1447H
Satu sesi perkongsian Audit Dalam Universiti Awam (UA) Zon Timur telah diadakan pada 7 Mei 2026 bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Sesi perkongsian juga melibatkan empat (4) UA Zon Timur iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta UMK selaku tuan rumah.
Delegasi daripada UniSZA telah dihadiri oleh Encik Abdul Hadi bin Nayan (KAD), Puan Akmariah Ibrahim, Puan Nur Afifah binti Che Mohd Yusof dan YM Tuan Rosli bin Tuan Embong dengan perkongsian berkenaan berkenaan Auditan Pengurusan Penyata Kewangan - Geran Tertunda.
Sesi perkongsian yang telah diadakan adalah selaras dengan inisiatif yang ditetapkan dalam Mesyuarat Ketua Audit Dalam Universiti Awam (MKAD) yang bertujuan untuk memperkukuh pemahaman bersama, meningkatkan keberkesanan pelaksanaan audit dalam antara UA serta mempertingkatkan kecekapan dan kualiti fungsi audit dalaman.
Diharapkan sesi perkongsian ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kompetensi peserta, memperkukuh kerjasama profesional serta menyokong penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan audit dalaman UA.
06/05/2026
𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐢𝐜𝐫𝐨𝐬𝐨𝐟𝐭 𝐏𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐁𝐈
3 Mei 2026 II 15 Zulkaedah 1447H
Unit Audit Dalam telah mengadakan Bengkel Pengenalan Aplikasi Microsoft Power BI bertempat di Makmal InnoLab, Bangunan PaKaT.
UAD telah menjemput Puan Robiah binti Arifin, Pegawai Teknologi Maklumat merangkap Ketua Bahagian Data Raya Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPPIR) UniSZA sebagai penceramah bagi memberikan sesi perkongsian dan pendedahan praktikal berkenaan aplikasi tersebut kepada staf UAD.
Bengkel tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada kakitangan UAD berkenaan penggunaan aplikasi Microsoft Power BI sebagai persediaan ke arah pengaplikasian teknologi dalam bidang pengauditan, seterusnya memperkukuh pelaksanaan audit melalui analisis data yang lebih menyeluruh dan berkesan.
27/04/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan dirgahayu sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ke-64.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan keafiatan berpanjangan serta memberkati pemerintahan Tuanku dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kesejahteraan.
Patik sekalian warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan penuh takzim menjunjung kasih atas kepimpinan Tuanku sebagai payung negeri dan rakyat.
Daulat Tuanku.
Ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga UniSZA.
DAULAT TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan dirgahayu sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ke-64.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan keafiatan berpanjangan serta memberkati pemerintahan Tuanku dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kesejahteraan.
Patik sekalian warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan penuh takzim menjunjung kasih atas kepimpinan Tuanku sebagai payung negeri dan rakyat.
Daulat Tuanku.
Ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga UniSZA
15/04/2026
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭, 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨, 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 (𝐉𝐀𝐑𝐈𝐒) 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐊𝐞-𝟖𝟔 (𝐁𝐢𝐥.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔)
11 April 2026 II 22 Syawal 1447H
Mesyuarat JARIS Kali Ke-86 (Bil.2/2026) telah diadakan di Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Conezion Comercial Putrajaya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Asyraf bin Zainal beserta Ahli JARIS iaitu YBhg. Datuk Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor (secara dalam talian) dan YBhg. Dato' Yusoff bin Muhamad.
Turut Hadir dalam mesyuarat, YBhg. Profesor Dato' Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA (secara dalam talian) , Ketua Pusat Tanggungjawab yang terlibat serta urus setia bersama mesyuarat.
Ketua Audit Dalam , YBrs. Encik Abdul Hadi bin Nayan telah membentangkan pelaporan Auditan Pengurusan Kenderaan & Sistem CCTV di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Auditan Pengurusan Dana Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE 3.0) Di Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) serta Perkara Berbangkit laporan auditan yang lalu.
15/04/2026
𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝟐𝟎𝟐𝟓-𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝐏𝐓𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓-𝟐𝟎𝟑𝟎)
8-9 April 2026 II 19-20 Syawal 1447H
UAD UniSZA telah mengadakan Bengkel Pencapaian PTU 2025-2030 bertempat di Hotel Tenera, Bangi melibatkan semua staf UAD UniSZA.
Bengkel yang diadakan adalah bertujuan untuk membentang dan menilai kemajuan pelaksanaan PTU 2025-2030 bagi tahun 2025 serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan agar ianya juga selaras dengan perubahan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 dan perubahan semasa persekitaran Audit Dalam.
PTU 2025-2030 telah dibangunkan oleh UAD UniSZA bermula tahun 2024 dengan kerjasama Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti (SPaRQM).
Laporan pencapaian PTU 2025 telah dibentangkan oleh Puan Akmariah Ibrahim (Akauntan) merangkumi 3 Strategik Teras yang telah dibangunkan iaitu; Penyampaian Pengetahuan & Solusi, Staf Berimpak Tinggi dan Pemantapan Kualiti.
Semoga pembangunan dan pencapaian PTU 2025–2030 ini akan terus memperkukuh keupayaan UAD UniSZA dalam meningkatkan keberkesanan tadbir urus, memperkasa fungsi Audit Dalam serta menyokong kecemerlangan organisasi secara menyeluruh.
14/04/2026
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐅𝐚𝐫𝐦 𝐅𝐫𝐞𝐬𝐡@𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐏𝐌)
8 April 2026 II 19 Syawal 1447H
UAD UniSZA telah dijemput untuk mengadakan kunjungan ke Farm Fresh @ UPM sebagai inisiatif untuk menggalakkan perkongsian amalan terbaik serta pertukaran pengetahuan antara kedua-dua pihak, di samping memperkukuh hubungan kerjasama strategik dalam suasana yang lebih santai dan interaktif.
Sepanjang kunjungan ini diadakan, para kakitangan UAD UniSZA berpeluang untuk meninjau proses penternakan lembu, penghasilan susu segar serta amalan terbaik yang dilaksanakan dalam memastikan keberkesanan operasi bagi penghasilan susu yang berkualiti.
Pihak UAD UniSZA amat berbesar hati dengan kunjungan ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Audit Dalam UPM atas jemputan kunjungan ke Farm Fresh@UPM.
14/04/2026
𝐄𝐤𝐬𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐏𝐌)
8 April 2026 II 19 Syawal 1447H
Satu lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam UPM telah diadakan bertujuan bagi mendapatkan pendedahan secara langsung terhadap pelaksanaan Periodic Assessment - Quality Assessment Review (QAR) mengikut piawaian Global Internal Audit Standard (GIAS) yang terkini.
Bahagian Audit Dalam UPM dirujuk berdasarkan kepakaran, reputasi dan pengalaman mereka yang amat diyakini dapat memberikan nilai tambah serta panduan praktikal kepada pelaksanaan QAR di UAD UniSZA pada masa yang terdekat.
Delegasi UAD UniSZA telah disambut mesra oleh YBrs. Encik Sharul Azman bin Ramli (Ketua Audit Dalam UPM) serta kakitangan Bahagian Audit Dalam UPM yang lain.
Sesi perkongsian berkenaan QAR telah disampaikan oleh Encik Mohd Azis bin Abdullah (Akauntan UPM) berkenaan QAR yang telah diselaraskan dengan GIAS sebagai rujukan terkini. UAD UniSZA juga telah dijemput untuk memberikan perkongsian berkaitan kaedah penulisan laporan auditan bagi auditan tahun 2025.
Diharapkan sesi perkongsian ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperluas pengetahuan, berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh peranan audit dalaman ke arah tadbir urus organisasi yang lebih cemerlang.
02/04/2026
𝐄𝐱𝐢𝐭 𝐂𝐨𝐧𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐂𝐂𝐓𝐕 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐉𝐊𝐊𝐏)
29 Mac 2025 II 9 Syawal 1447H
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Naib Canselor UniSZA yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama , Bangunan Canselori UniSZA.
Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi UniSZA, YBrs. Encik Shamree bin Indanan (Pengarah JKKP), kakitangan JKKP, Pejabat Bendahari serta kakitangan Unit Audit Dalam selaku urus setia mesyuarat.
Laporan bagi auditan ini telah dibentangkan bagi tujuan penambahbaikan dalam tadbir urus PTj dan seterusnya laporan pengauditan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko, Integriti & Strategik (JARIS) yang akan datang.
02/04/2026
𝐄𝐱𝐢𝐭 𝐂𝐨𝐧𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐞𝐩𝐫𝐞𝐧𝐮𝐞𝐫 (𝐃𝐈𝐂𝐄 𝟑.𝟎) 𝐃𝐢 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚, 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐚𝐫 (𝐏𝐚𝐊𝐚𝐓)
29 Mac 2025 II 9 Syawal 1447H
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Naib Canselor UniSZA yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama , Bangunan Canselori UniSZA.
Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi UniSZA, YBrs. Prof. Madya Dr. Fazida binti Karim (Pengarah PaKaT), kakitangan PaKaT, Pejabat Bendahari serta kakitangan Unit Audit Dalam selaku urus setia mesyuarat.
Laporan bagi auditan ini telah dibentangkan bagi tujuan penambahbaikan dalam tadbir urus PTj dan seterusnya laporan pengauditan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko, Integriti & Strategik (JARIS) yang akan datang.
18/03/2026
🌙✨ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐃𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ✨🌙
𝐓𝐚𝐪𝐚𝐛𝐛𝐚𝐥𝐚𝐥𝐥𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐢𝐧𝐧𝐚 𝐰𝐚 𝐦𝐢𝐧𝐤𝐮𝐦
Salam Aidilfitri buat semua yang meraikannya. Semoga Syawal yang mulia ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan kemaafan buat kita semua.
Di kesempatan ini, kami warga Unit Audit Dalam UniSZA ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan dan kekurangan.
Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, keikhlasan dan kegembiraan bersama insan tersayang