24/03/2025
๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐ก
Adakah cukup untuk anda bersara dengan 1 kg emas?
Gold bar 1 kg ini bernilai sekitar RM467,000. Jika anda bekerja sendiri tanpa pencen atau simpanan KWSP, 1 kg ini tidak cukup untuk menampung kehidupan selepas pencen.
Jika anda bahagikan nilai 1 kg ni untuk kegunaan 20 tahun selepas anda pencen, nilai sebulan anda hanya dapat sekitar RM1,900 sahaja. Dan seperti yang kita tahu, semakin berusia, kesihatan menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan. Kos perubatan yang semakin tinggi dengan faktor ekonomi dan inflasi perlu diambil kira oleh semua pesara. Jadi rancang persaraan anda dari sekarang.
Jika anda ingin bersara dengan perbelanjaan sekitar RM4,000 sebulan, anda boleh letak target simpanan 2.1 kg emas sebelum anda bersara.
1. Kiraan Jumlah Dana Persaraan Diperlukan
~ Perbelanjaan bulanan : RM4,000
~ Perbelanjaan tahunan : RM4,000 ร 12 = RM48,000
~ Perbelanjaan untuk 20 tahun : RM48,000 ร 20 = RM960,000
~ Oleh itu, anda memerlukan RM960,000 untuk menampung perbelanjaan RM4,000 sebulan selama 20 tahun.
2. Menilai Emas Semasa
~ Nilai semasa 1 kilogram emas : RM467,000
3. Menentukan Jumlah Kilogram Emas Diperlukan
~ Jumlah emas diperlukan: RM960,000 รท RM467,000 โ 2.05 kg
~ 2.05 kg dalam tempoh 20 tahun, anda perlu menyimpan emas secara konsisten setiap bulan dengan pengiraan.
1. Tukar kg kepada gram
~ 2.05 kg bersamaan dengan 2055 gram.
2. Kira jumlah bulan dalam 20 tahun
~ 20 tahun ร 12 bulan/tahun = 240 bulan.
3. Bahagikan jumlah gram dengan jumlah bulan:
~ 2055 gram รท 240 bulan โ 8.56 gram/bulan.
Rasa tidak mampu untuk menyimpan? Belum cuba belum tahu. Tiada yang mustahil, yang membezakan hanyalah mindset anda sahaja. Yakinkan diri yang anda boleh menyimpan sebanyak itu dan jangan mudah terpedaya dengan skim yang menjanjikan p**angan berlipat kali ganda. Tiada cara lain untuk anda kaya selain menyimpan.
Bagi yang berminat untuk memulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya. Saya akan bimbing anda sebaiknya.
Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100 bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh klik link di bio๐๐ป