13/06/2026
📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐂𝐀𝐌𝐏𝐀𝐊 (𝐌𝐄𝐀𝐒𝐋𝐄𝐒) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak sekolah ingin mengingatkan seluruh warga sekolah serta ibu bapa dan penjaga agar sentiasa berwaspada terhadap penularan penyakit campak (𝘮𝘦𝘢𝘴𝘭𝘦𝘴) dan penyakit berjangkit lain yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan anak-anak.
Antara langkah pencegahan yang perlu diamalkan ialah:
✅ Mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya mengalami gejala penyakit berjangkit.
✅ Mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
✅ Memastikan anak-anak menerima imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
✅ Memantau tahap kesihatan anak-anak dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya tidak sihat.
Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat, sihat dan kondusif untuk pembelajaran.
“𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘦𝘨𝘢𝘩, 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨𝘪.”
'𝘔𝘦𝘮𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘙𝘢𝘣𝘣𝘢𝘯𝘪'
‘𝘉𝘦𝘳𝘪𝘭𝘮𝘶, 𝘉𝘦𝘳𝘪𝘯𝘰𝘷𝘢𝘴𝘪, 𝘉𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢𝘣’
11/06/2026
𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐋𝐀𝐃𝐀𝐏) 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐝 𝟒 𝐒𝐑𝐈𝐃𝐈 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pada hari Khamis, 11 Jun 2026, telah berlangsung Bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Pemantapan Pencerapan Standard 4 yang melibatkan seramai 30 orang guru. Program ini diadakan bagi memperkukuhkan kefahaman warga pendidik tentang pelaksanaan Standard 4 serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Program ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Puan Suraya binti Abdullah dan Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Siti Hafsah binti Musa.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan dan bimbingan berkaitan enam aspek penting dalam Pencerapan Standard 4. Perkongsian yang disampaikan bukan sahaja membantu guru memahami keperluan standard yang ditetapkan, malah membuka ruang untuk refleksi kendiri terhadap amalan pengajaran masing-masing. Suasana program yang santai namun penuh pengisian telah memberi peluang kepada para guru untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta saling menyokong antara satu sama lain dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah.
Sesungguhnya, program seperti ini bukan sekadar memenuhi keperluan latihan profesional, malah menjadi wadah untuk mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. Setiap ilmu yang diperoleh dan setiap perkongsian yang dicurahkan menjadi bekalan berharga dalam mendidik generasi pewaris bangsa. Semoga usaha murni ini diberkati Allah dan menjadi asbab kepada lahirnya lebih ramai murid yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan akhlak. Terima kasih kepada para penceramah atas perkongsian yang amat bermakna serta kepada semua guru yang hadir dengan hati yang terbuka untuk terus belajar, memperbaiki diri dan berbakti demi anak-anak didik tercinta.
'𝘔𝘦𝘮𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘙𝘢𝘣𝘣𝘢𝘯𝘪'
‘𝘉𝘦𝘳𝘪𝘭𝘮𝘶, 𝘉𝘦𝘳𝘪𝘯𝘰𝘷𝘢𝘴𝘪, 𝘉𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢𝘣’
11/06/2026
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐆𝐢𝐠𝐢 𝐒𝐑𝐈𝐃𝐈 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Program Latihan Memberus Gigi bagi anak-anak SRIDI Bandar dengan jayanya pada hari Khamis, 11 Jun 2026. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan awal kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan gigi sejak usia muda. Melalui sesi ceramah yang interaktif serta latihan amali memberus gigi, anak-anak didedahkan dengan teknik memberus gigi yang betul, waktu yang sesuai untuk memberus gigi serta langkah-langkah menjaga kesihatan mulut bagi mengelakkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Sepanjang program berlangsung, anak-anak menunjukkan semangat dan keterujaan yang tinggi dalam mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. Mereka bukan sahaja memperoleh ilmu baharu, malah berpeluang mempraktikkan sendiri cara memberus gigi dengan bimbingan para jururawat pergigian yang berpengalaman.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para jururawat dari Klinik Pergigian Hiliran atas kesudian hadir dan berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada warga SRIDI Bandar.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam membuat persediaan serta memastikan anak-anak dapat menyertai program ini dengan sempurna. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi amalan berterusan. Mudah-mudahan anak-anak SRIDI Bandar sentiasa dikurniakan kesihatan gigi dan mulut yang baik, membesar dengan sihat serta dilindungi daripada sebarang penyakit.
'𝘔𝘦𝘮𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘙𝘢𝘣𝘣𝘢𝘯𝘪'
‘𝘉𝘦𝘳𝘪𝘭𝘮𝘶, 𝘉𝘦𝘳𝘪𝘯𝘰𝘷𝘢𝘴𝘪, 𝘉𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢𝘣’
21/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Makluman Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2026 bermula pada hari Jumaat, 22 Mei 2026 hingga Sabtu, 6 Jun 2026.
Sekolah akan beroperasi semula pada Hari Ahad, 7 Jun 2026.
Dengan penuh kesyukuran, pihak Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Bandar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M kepada semua guru, ibu bapa, murid dan seluruh warga sekolah.
𝘚𝘢𝘣𝘥𝘢 𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘚𝘈𝘞 :
“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘶𝘭𝘢-𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘮𝘶𝘭𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘪𝘵𝘶 (𝘈𝘪𝘥𝘪𝘭𝘢𝘥𝘩𝘢) 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘣𝘦𝘭𝘪𝘩 𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯. 𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘮𝘪𝘬𝘪𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘴𝘶𝘯𝘯𝘢𝘩𝘬𝘶. 𝘋𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘮𝘣𝘦𝘭𝘪𝘩 (𝘣𝘪𝘯𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯) 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘨𝘪𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘩𝘭𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘪𝘣𝘢𝘥𝘢𝘩 (𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯) 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵𝘱𝘶𝘯.”
18/05/2026
[Bahagian 7]
📸 Sambutan Hari Guru SRIDI Bandar Tahun 2026
18/05/2026
[Bahagian 6]
📸 Sambutan Hari Guru SRIDI Bandar Tahun 2026
17/05/2026
[Bahagian 5]
📸 Sambutan Hari Guru SRIDI Bandar Tahun 2026