08/04/2022
Nak marah rasa nak marah tapi kena sabar
Nak marah rasa nak marah.....grrrrrrrrr
Masih ada yang amalkan teknik macam ni dengan alasan nak bagi anak kenyang...taknak bagi anak menangis.
Cara ini telah dibuat turun temurun oleh mak ayah si minah dan si polan dan semua membesar dengan baik.
Kalau ada pengasuh yang guna cara ni dan tetap nak teruskan walaupun dah ditegur, fikir semula adakah pengasuh tersebut betul betul jaga anak dengan elok jika taknak terima teguran?
pleasssseeee jangaaaannnnnn buat ....
Mengapa saya kata tak boleh?
1. Cara suapan ini meningkat risiko untuk tersedak
- sambil minum sambil bayi akan ambil nafas
Jika cecair seperti susu ibu/susu senang untuk ditelan tetapi bubur sudah tekstur lebih kasar dan mengambil masa untuk telan. Jika tak habis telan bayi nafas akan tingkat risiko untuk makanan masuk dalam peparuπ±π±
2. Tiada stimulasi oral langsung!!!
- semasa bagi susu perkembangan motor skills terhad kepada hisap dan telan
Waktu menyuap dengan sudu,kena ambil,kunyah,bergerak lidah dan telan. Nampak ada perkembangan di situ.
3. Confusion / baby keliru
- eh selalu bagi puting maksudnya susu..kali ni ada makanan pulak..
Kalau kena pada menu yang anak tak s**a terus tolak botol? Naya mommies nak bagi anak minum susu lagi
4. Puting botol sangat senang kotor.
- bagi susu sepatutnya puting susu ditukar setiap 3 bulan kalau bubur lagi cepat kena tukar..dan makanan senang sgt nak tersumbat..kalau tak basih dengan teliti makanan basi boleh lekat dan menyebabkan anak sakit perut
5. Tatacara pengenalan makanan tidak tersusun
- pergh baru 6 bulan dah terus bagi macam macam..jika ada alergik reaction tak dapat kenalpasti mana dah sumbernya
Ni belum termasuk saya tegur tentang kalori boleh berlebihan .
Mohon mommies untuk tidak menggunakan cara macam ni ye
Jangan target waktu ini nak bagi anak kenyang sahaja
Target kita waktu ini adalah nak memperkenalkan tekstur, kategori makanan lain selain susu dan identify allergy
Makan 1-3 sudu besar waktu 6-7bulan pun sudah memadai..tak perlu paksa habis satu bekas
Sekian
Dietitian Fizah Sobri