10/01/2026
JANGAN MACAM INI 🤣🤣🤣
Perkongsian tips keibubapaan, ibu hamil, menyusu dan berpantang. Sebarang pertanyaan, bolehlah PM admin supaya permasalahan kita dapat dikongsikan bersama.
Sebuah page yang berkongsi tentang keibubapaan, ibu hamil, menyusu dan berpantang. Objektifnya hanya menyebarkan ilmu supaya pemahaman kita dapat dikongsikan bersama.
10/01/2026
JANGAN MACAM INI 🤣🤣🤣
25/12/2024
Wanita dalam foto itu adalah pekerja bank pusat Kurdistan. Di Erbil
Sebelum dia memulakan hari pertamanya di tempat kerja, ayahnya memberitahunya:
"Jangan beritahu sesiapa bahawa anda dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan bapa anda seorang lelaki sampah, semua pasangan anda akan mentertawakan anda."
Keesokan harinya gadis itu menyiarkan foto ini di media sosial dengan mesej berikut:
"Saya dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan ayah saya bekerja sebagai tukang sampah... Saya ingin mengucapkan terima kasih atas didikan dan usaha kewangannya semasa belajar. Saya sayang awak ayah, awak kebanggaan saya. "
22/12/2024
Toilet/bathroom layout...
21/06/2024
kita tahu kedudukan imam memang akan sentiasa di hadapan. tapi kalau ada isteri, anak-anak, kedudukannya macam mana pulak?
•
"Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak." (riwayat Muslim)
•
Kalau kedudukan dah betul, pastikan kita rapatkan saf pulak. Jangan dibiar ada ruang besar antara kita. Biar bahu bertemu bahu okie~
Kredit : BidadariHouse
Minta sahabat2 klik FOLLOW page baru syarikat min sini ya: Pemaju Digital Sdn. Bhd.
Pakar Pendidikan cadang sesi persekolahan bermula jam 8 pagi
13/04/2024
Zzzelamat hari kerja.
09/03/2024
Bella 😭😭😭😭
04/03/2024
SEREMBAN – Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak bongsunya disahkan menghidap Biliary Atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati selepas lima hari dilahirkan.
Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham yang kini berusia setahun enam bulan pernah melakukan Kasai Procedure sebagai kaedah pertama iaitu pembedahan membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus terus ke hati supaya hempedu dapat mengalir dari hati terus ke usus.
Ibunya, Noreen Ismail, 35, berkata, pembedahan itu dilakukan bagi mengelakkan hati anaknya menjadi lebih teruk.
“Bermula pada saat itu Khayla perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur dan keadaan perutnya semakin membesar, kesihatannya tidak begitu baik selain matanya menjadi kekuningan.
“Ketika mengetahui Khayla ada masalah hati, ALLAH sahajalah yang tahu perasaan ketika itu tambahan saya dalam tempoh berpantang, tetapi keluarga banyak beri sokongan membuatkan kami kuat dan reda dengan ujian ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Senawang pada Khamis.
Bagaimanapun katanya, ALLAH yang menentukan segalanya, anak kesayangannya itu tidak boleh bertahan hingga dewasa dan memerlukan pemindahan hati dengan kadar segera.
“Justeru, kami dengan sokongan daripada pihak doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sepakat bahawa Khayla akan melakukan pemindahan hati di Hospital Renji, China.
“Kos yang diperlukan untuk Khayla adalah sebanyak RM250,000. Kami seboleh-bolehnya mahu pembedahan dapat segera dijalankan bagi memastikan kesihatan Khayla menjadi lebih baik, namun apakan daya kos pembedahan terlalu besar,” katanya.
Ujar Noreen, sekiranya kos berkenaan berjaya diperoleh, Khayla dijangka ke negara berkenaan pada April ini.
“Sebelum ke sana Khayla perlu menjalani rawatan di PPUM untuk 'nutritional rehab' iaitu menaikkan berat badan Khayla termasuklah rawatan berkaitan,” katanya.
Sehubungan itu, Noreen memohon bantuan daripada rakyat Malaysia untuk membantu mencukupkan dana bagi memudahkan urusan rawatan Khayla.
“Semoga dengan ihsan daripada semua, dapat membantu sebahagian atau keseluruhan kos rawatan transplant hati Nur Khayla Azzahra. Semoga jasa daripada semua pihak ALLAH balas dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang dan mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Noreen di talian 018-3705480 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 569963044145, atas nama suaminya, Mohamed Khairul Idhham Khairuddin.
sumber : Sinar Harian
link https://www.sinarharian.com.my/article/651981/edisi/melaka-ns/khyala-alami-kegagalan-fungsi-hati-perlu-pembedahan-di-china?fbclid=IwAR3GDxvrnUHmKCGNd6-cPQcSqYqCfhOdmQLXao-4vjOfEG_mEqNjdpq_n50
01/02/2024
Abam ikan kembung ja...