Celik KAFA UPKK

Celik KAFA UPKK πŸ“š Bahan pembelajaran anak-anak
⚠️ Fokus KAFA dan UPKK
πŸ“ Nota | Latihan | Hafazan | Jawi

Sempena Maulidur Rasul ﷺ, jom kita kenali serba sedikit biodata dan kisah kehidupan Nabi Muhammad ﷺ. 🀍Semoga semakin cin...
24/08/2026

Sempena Maulidur Rasul ﷺ, jom kita kenali serba sedikit biodata dan kisah kehidupan Nabi Muhammad ﷺ. 🀍

Semoga semakin cinta, semakin kenal dan semakin berusaha mencontohi akhlak Baginda. 🌿

UPKK SEMAKIN HAMPIR !Bantu anak ulang kaji dengan lebih mudah menggunakan Nota Ringkas KAFA Pesan Abi Firdaus.Nota dised...
01/08/2026

UPKK SEMAKIN HAMPIR !
Bantu anak ulang kaji dengan lebih mudah menggunakan Nota Ringkas KAFA Pesan Abi Firdaus.

Nota disediakan secara ringkas, padat, berwarna, comel dan tersusun supaya anak lebih seronok membaca serta mudah memahami isi pelajaran.

βœ… Untuk Tahun 1 hingga Tahun 5
βœ… Mengikut Silibus KAFA JAKIM 2.0
βœ… Ditulis dalam tulisan Rumi
βœ… Merangkumi 6 subjek:
Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, Bahasa Arab dan Jawi

Nota ini dalam format PDF digital, bukan buku fizikal. Anak boleh membacanya melalui telefon, tablet atau laptop. Boleh juga dicetak untuk dijadikan bahan ulang kaji.

Sekali beli, dapat akses seumur hidup dan boleh digunakan semula untuk adik-beradik. ☺️

Klik link untuk dapatkan Nota Ringkas KAFA sekarang:

https://pesanabi.com/order/form/NotaKafa/1251

30 Set Soalan Ramalan UPKK KAFA - RM30 Sahaja!Khas Untuk Anak-Anak Tahun 5 Yang Bakal Menduduki Exam *UPKK 2026!* Trial ...
24/07/2026

30 Set Soalan Ramalan UPKK KAFA - RM30 Sahaja!

Khas Untuk Anak-Anak Tahun 5 Yang Bakal Menduduki Exam *UPKK 2026!*

Trial UPKK Dah Dekat, Jom Mulakan Latih Tubi Dari Sekarang!

βœ… Mengandungi 6 Subjek
(Sirah, Ibadah, Bahasa Arab, Akidah, Adab & Jawi).
βœ… 5 Set Soalan Bagi Setiap Subjek, Total 30 Set Soalan.
βœ… Beserta Jawapan Lengkap.
βœ… Mengikut Silibus Terkini JAKIM 2.0.
βœ… Berdasarkan Format Kertas Soalan UPKK Terkini.
βœ… Dalam Bentuk PDF Files (Softcopy).

*Klik Link Di Bawah Untuk Harga Promosi*
https://pesanabi.com/order/form/SoalanRamalanUPKK/1251

Kuasai kata kerja asas yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Ulang 5–10 minit setiap hari, insya-Allah lebih m...
22/07/2026

Kuasai kata kerja asas yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Ulang 5–10 minit setiap hari, insya-Allah lebih mudah diingati.

πŸ“š Simpan posting ini sebagai nota ulang kaji.

πŸ’š Ikuti Celik KAFA UPKK untuk lebih banyak nota ringkas dan tip persediaan UPKK.

🀍 Anak Belajar Dengan Hati Yang TenangKadang-kadang kita terlalu fokus pada jawapan yang betul, sehingga terlupa menjaga...
21/07/2026

🀍 Anak Belajar Dengan Hati Yang Tenang

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada jawapan yang betul, sehingga terlupa menjaga hati anak.

Anak yang lambat memahami bukan bermakna dia malas.
Mungkin dia cuma perlukan:
🀍 lebih masa,
🀍 lebih galakan,
🀍 dan lebih kasih sayang.

Rasulullah SAW mendidik dengan penuh kelembutan. Sebagai ibu bapa, kita juga boleh memilih kata-kata yang membina, bukan yang menjatuhkan semangat.

🌱 Setiap kali anak mencuba, hargailah usahanya walaupun hasilnya belum sempurna.

Insya-Allah, anak yang membesar dengan sokongan dan doa akan lebih yakin untuk terus belajar.

Ya Allah, kurniakanlah kami kesabaran dalam mendidik amanah-Mu, dan jadikan anak-anak kami pencinta ilmu serta hamba-Mu yang soleh dan solehah. Amin. 🀲🏻

πŸ’š Tag seorang ibu atau ayah yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

πŸ’§ RUKUN WUDUKWuduk ialah kunci sahnya solat. Sebab itu, anak-anak bukan sekadar perlu tahu cara berwuduk, tetapi juga pe...
21/07/2026

πŸ’§ RUKUN WUDUK

Wuduk ialah kunci sahnya solat. Sebab itu, anak-anak bukan sekadar perlu tahu cara berwuduk, tetapi juga perlu memahami 6 rukun wuduk yang wajib dilakukan.

πŸ“– Jom ulang kaji bersama:
1.Niat
2. Membasuh seluruh muka
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali
6. Tertib

✨ Ingat! Jika tertinggal walaupun satu rukun, wuduk tidak sah.

🀲 Semoga Allah SWT memudahkan anak-anak kita mempelajari ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

πŸ’š Simpan posting ini sebagai nota ulang kaji dan kongsikan kepada ibu bapa lain agar lebih ramai mendapat manfaat.

πŸ‘‡ Pernah tak anak anda keliru antara rukun wuduk dan sunat wuduk? Kongsikan pengalaman di ruangan komen.

πŸ“š UPKK semakin menghampiri...Persediaan yang baik bukan hanya pada ulang kaji, tetapi juga pada disiplin, doa dan usaha ...
10/07/2026

πŸ“š UPKK semakin menghampiri...

Persediaan yang baik bukan hanya pada ulang kaji, tetapi juga pada disiplin, doa dan usaha yang berterusan. 🀲🏻

Jangan tunggu saat akhir. Mulakan dengan langkah kecil setiap hari, insya-Allah anak lebih yakin menghadapi peperiksaan.

πŸ’š Save checklist ini sebagai panduan persediaan anak menuju UPKK.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan semua calon UPKK dan mengurniakan keputusan yang cemerlang. Aamiin. 🀲🏻

πŸ“– Sirah bukan sekadar untuk dihafal, tetapi untuk difahami dan diteladani.Semoga anak-anak kita membesar dengan mencinta...
04/07/2026

πŸ“– Sirah bukan sekadar untuk dihafal, tetapi untuk difahami dan diteladani.

Semoga anak-anak kita membesar dengan mencintai Rasulullah ο·Ί serta mencontohi akhlak baginda dalam kehidupan seharian. Aamiin. πŸ€²πŸ»πŸ’š

πŸ’¬ Siapa masih ingat, siapakah orang pertama memeluk Islam daripada kalangan lelaki?
Tulis jawapan di ruangan komen. πŸ˜ŠπŸ‘‡

πŸŒ™ Malam ni, jangan suruh anak belajar sampai lewat sangat ya. 😊Kadang-kadang ibu ayah ingat lagi lama anak menghadap buk...
01/07/2026

πŸŒ™ Malam ni, jangan suruh anak belajar sampai lewat sangat ya. 😊

Kadang-kadang ibu ayah ingat lagi lama anak menghadap buku, lagi banyak yang dia ingat. Hakikatnya, otak juga perlukan rehat supaya lebih fokus keesokan harinya.

Sebelum tidur, ajak anak buat 5 perkara mudah ini:
πŸ“š Ulang kaji ringkas
πŸŽ’ Siapkan keperluan
πŸ‘• Sediakan pakaian
🀲 Baca doa
😴 Tidur awal

Insya-Allah, bila persediaan dibuat dengan baik, anak akan lebih tenang dan yakin menghadapi peperiksaan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, ketenangan dan kejayaan buat semua calon UPKK. Aamiin. πŸ€²πŸ»πŸ’š

πŸ’¬ Ibu ayah, yang mana satu anak selalu terlupa buat sebelum tidur? 😊

πŸ“… Jadual UPKK dah keluar!Sekarang dah tak boleh cakap "nanti-nanti". πŸ˜„Mulakan ulang kaji sedikit demi sedikit setiap har...
27/06/2026

πŸ“… Jadual UPKK dah keluar!

Sekarang dah tak boleh cakap "nanti-nanti". πŸ˜„
Mulakan ulang kaji sedikit demi sedikit setiap hari.
Yang penting konsisten.

Semoga semua calon UPKK diberi ketenangan, dipermudahkan menjawab soalan dan memperoleh keputusan yang membanggakan. πŸ€²πŸ»πŸ’š

Address

Manir
Kuala Terengganu
21200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Celik KAFA UPKK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category