12/05/2026
https://youtu.be/QUfHYbB5peY
Siri ke-2 | 25 Dhū al-Qaʻdah 1447H | 12 Mei 2026
Pengajian Hadith
Kitab Riyāḍ al-Ṣāliḥīn (رياض الصالحين)
Karangan al-Imām Muḥyī al-Dīn Abī Zakarīyā Yaḥyá bin Sharaf al-Nawawī (w: 676 h)
مقدمة المؤَلف الإمَام النوَوي | Muqaddimah Pengarang, Imam Nawawi
أَما بعد، فقد قال اللهُ تعالى: ﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ﴾ [الذاريات: ٥٦ - ٥٧] وَهَذا تَصْريحٌ بِأَنَّهُمْ خُلِقوا لِلعِبَادَةِ، فَحَقَّ عَلَيْهِمُ الاعْتِنَاءُ بِمَا خُلِقُوا لَهُ وَالإعْرَاضُ عَنْ حُظُوظِ الدُّنْيَا بالزَّهَادَةِ، فَإِنَّهَا دَارُ نَفَادٍ لاَ مَحَلُّ إخْلاَدٍ، وَمَرْكَبُ عُبُورٍ لاَ مَنْزِلُ حُبُورٍ، ومَشْرَعُ انْفصَامٍ لاَ مَوْطِنُ دَوَامٍ، فلِهذا كَانَ الأَيْقَاظُ مِنْ أَهْلِهَا هُمُ الْعُبَّادُ، وَأعْقَلُ النَّاسِ فيهَا هُمُ الزُّهّادُ.
Adapun selepas itu, maka sesungguhnya Allah Taala berfirman:
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. Aku tidak menghendaki sedikit pun rezeki daripada mereka dan Aku juga tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.”
[Surah al-Dzariyat: 56–57]
Ini merupakan penegasan bahawa mereka diciptakan untuk beribadah. Maka wajiblah ke atas mereka memberi perhatian terhadap tujuan mereka diciptakan, serta berpaling daripada kesenangan dunia dengan bersikap zuhud. Sesungguhnya dunia ini ialah negeri yang akan binasa, bukan tempat kekal abadi; ia hanyalah kenderaan untuk menyeberang, bukan tempat bergembira; dan tempat yang akan terputus, bukan tempat berkekalan.
Oleh sebab itu, orang yang benar-benar sedar tentang hakikat dunia ialah para ahli ibadah, dan manusia yang paling berakal di dalamnya ialah golongan yang zuhud.
Nota kaki: Nombor hadith yang kami (akan) nyatakan adalah berdasarkan cetakan Dar Ibn Kathir, Dimasyq
Huraian Oleh: al-Fadhil al-Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Hj Hussin
Mudir Markaz al-Dirasat al-Islamiah Bukit Kijang, Kemasik, Kemaman, Terengganu
Ahli Panel Klinik Hukum, Jabatan M***i Terengganu
Pautan Playlist Pengajian: https://www.youtube.com/playlist?list=PL2vwf0TkREMS0sq1I3bAQgREe5-dag7KL
Kuliah Maghrib Mingguan | Setiap Selasa | Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu)
Kredit Halaman FB: Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu)
Kredit Saluran YouTube: https://www.youtube.com/user/masjidabidin
Siri ke-2 | 25 Dhū al-Qaʻdah 1447H | 12 Mei 2026Pengajian HadithKitab Riyāḍ al-Ṣāliḥīn (رياض الصالحين)Karangan al-Imām Muḥyī al-Dīn Abī Zakarīyā Yaḥyá bin Sh...