Madrasah Darul Iman - MDI

Madrasah Darul Iman - MDI

Share

Madrasah Darul Iman adalah sebuah Sekolah Agama Rakyat yg berlokasi di kg titian baru/Kedai Buloh, Kuala Terengganu

Photos from Madrasah Darul Iman - MDI's post 03/04/2026

🥀 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MADRASAH DARUL IMAN 2026🌸

📆 2 April 2026 (Khamis)

⏰ 8:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari

"Syawal disyukuri, nikmat dirasai, anak-anak dirai"❤️

”MEMACU DIDIKAN INSANIAH”

Photos from Madrasah Darul Iman - MDI's post 31/03/2026

Tahniah & Syabas!! 🌟

Warga Madrasah Darul Iman (MDI) menumpang rasa bangga atas kejayaan cemerlang para alumni MDI yang telah memperoleh keputusan yang sangat membanggakan dalam SPM 2025.

Semoga para alumni MDI terus melangkah jauh, menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.

Antara kejayaan dari Alumni MDI ( yang kami terima maklumat )

1. AHMAD DANIEL BIN AHMAD SHUKRI
- SM IMTIAZ YT KUALA BERANG (12 A+)

- TOP 5 PELAJAR TERBAIK TERENGGANU

2. AMEIR WAFIEQ BIN MUHAMAD SHAHARUDIN.
- SMASZA BATU BURUK (11 A)

3. UMAR BIN MUHAMMAD KHALIL
- SMASZA BATU BURUK (1O A)

4. MUHAMMAD AL AMIN BIN ABDUL HADI
- SMIDI DUNGUN (9A)

5. MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN MOHD ASLIAH
- SMIDI DUNGUN ( 8A )

6. NUR QURRATU AIN
- SMA KHAIRIAH ( 10 A )

Harapan warga MDI, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada adik-adik pelajar Madrasah Darul Iman untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu serta menggapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi kepada semua alumni!

MADRASAH DARUL IMAN SENTIASA BERBANGGA DENGAN ANDA. ✨

21/03/2026

Selamat Hari Raya mohon maaf Zahir dan Batin dari kami Warga Pendidik Madrasah Darul Iman 2026 ❤️

20/03/2026

Salam Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

kami warga Madrasah Darul Iman ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ibubapa, anak-anak didik , keluarga, sahabat handai dan kenalan.

Semoga Ramadan yang baru berlalu membersihkan hati kita, dan Syawal membawa kedamaian, keberkatan serta kebahagiaan. Ampunkan segala salah dan silap kami.

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, rezeki yang luas, dan kasih sayang yang kekal.

Selamat Hari Raya!

_“Minal aidin wal faizin”_

-warga MDI-

05/03/2026

Assalamualaikum,

MEMO KEKOSONGAN PEKERJA KANTIN MDI

Dimaklumkan bahawa MDI membuka kekosongan jawatan Pekerja Kantin (sepenuh masa).

Syarat:
• Warganegara Malaysia
• Berumur 18 tahun ke atas
Perempuan
• Rajin, bertanggungjawap, bekerjasama dan sihat tubuh badan.

Calon yang berminat boleh menghubungi/wassap Puan Shalihah (PK HEM) 0139772946 atau hadir terus ke pejabat MDI untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan MDI

25/02/2026

Alhamdulillah 🤲✨ 46 CALON 9A

TAHNIAH CALON UPKK MDI SESI 2025

Pihak Madrasah Darul Iman dengan penuh rasa syukur dan bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon UPKK atas pencapaian yang sangat membanggakan.

🌟 9A – 46 orang
🌟 8A – 11 orang
🌟 7A – 11 orang
🌟 6A – 5 orang
🌟 5A – 11 orang
🌟 4A – 10 orang
🌟 3A – 33 orang
🌟 2A – 24 orang
🌟 1A – 2 orang

Jumlah calon: 156 orang

Syabas atas kejayaan cemerlang ini! Semoga pencapaian ini menjadi asbab untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajari.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para guru atas dedikasi yang tidak pernah jemu serta kepada ibu bapa atas doa, sokongan dan pengorbanan yang berterusan.

Semoga Madrasah Darul Iman terus melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia. 🌙📖



19/02/2026

🌙 *RAMADAN BULAN BERBAGI REZEKI & PAHALA* 🌙

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Madrasah Darul Iman akan menghantar para asatizah sebagai Imam dan Penyampai Tazkirah Tarawih ke masjid-masjid terpilih bagi mengimarahkan malam-malam Ramadan dengan bacaan Al-Quran dan peringatan agama.

Di sebalik setiap alunan ayat suci…
Di sebalik setiap tazkirah yang menyentuh hati…
Ada usaha mendidik generasi Islam yang perlu kita sokong bersama.

💚 *Tuan/Puan berpeluang menyumbang ke Tabung Pendidikan Madrasah Darul Iman* bagi membantu:
✅ Kos operasi pendidikan pelajar
✅ Kebajikan guru & pelajar
✅ Pengurusan program Madrasah
✅ Kelangsungan pembangunan madrasah

“Barangsiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”

✨ Rebut peluang gandakan pahala di bulan Ramadan ini!

Setiap sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang berkekalan.

📌 Salurkan sumbangan anda ke:
BANK RAKYAT
1102079669
Tabung Pendidikan Madrasah Darul Iman (TEKAD)

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab lahirnya generasi huffaz dan daie masa hadapan 🤲





Photos from Madrasah Darul Iman - MDI's post 19/01/2026

Perhimpunan kali pertama murid² Madrasah Darul Iman bagi sesi 2026.

Semoga murid² terus bersemangat untuk datang ke sekolah hari ini dan seterusnya.

Photos from Madrasah Darul Iman - MDI's post 23/12/2025

📌Assalamualaikum wbt.

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK BAIK PULIH TEMPAT MAKAN & REHAT MURID

Dengan rendah hati, pihak Madrasah Darul Iman memohon sumbangan daripada para dermawan bagi tujuan baik pulih dan penambahbaikan kawasan makan serta tempat rehat murid.

Jumlah murid yang semakin bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak lagi mampu menampung keperluan dengan selesa.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
🏦 Bank Rakyat
No. Akaun: 1100077994
Atas nama: Madrasah Darul Iman
📱 Atau melalui QR Code yang disediakan.

Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan keberkatan dan ganjaran yang berpanjangan.

Jazakumullahu khairan.

19/12/2025

✨ SELAMAT BERCUTI ✨

📅 19 Disember 2025 hingga 10 Januari 2026

📌 Tarikh penting untuk perhatian ibu bapa & penjaga:
📝 Pendaftaran Pelajar Sesi 2026
➡️ 27 Disember 2025

🏫 Sesi Persekolahan 2026 bermula
➡️ 11 Januari 2026

Gunakanlah musim cuti ini sebaiknya sebagai ruang untuk bersama keluarga, memperbaiki akhlak dan menyuburkan iman anak-anak.

Ke masjid bersama ayah bonda,
Langkah diatur penuh tertibnya,
Musim cuti peluang berharga,
Perbaiki akhlak, suburkan iman sentiasa.

🌿 Ikhlas daripada: Warga Madrasah Darul Iman🌿

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lot 983 Kampung Titian Baru, Kedai Buluh 21070 Kuala
Kuala Terengganu
5.2499856,103.1271374/5.2493867,103.126869/@5.2497083,103.1248732,17Z

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00